Check out if your pet is eligible for insurance

It’s a fun quiz made just for pet parents like you!

Check Now
Join thousands of furparents who have done this quiz
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Cara Hilangkan Cacing Kucing (Disyorkan Oleh Vet)

Table of Content

Sebut sahaja cacing, pastinya terbayang-bayang kegelian cacing ini terutamanya sekiranya ia menjangkiti kucing anda. 

Bukan sahaja menggelikan, ia boleh sampai ke tahap bahaya di mana parasit ini boleh masuk ke dalam paru-paru kucing. Kesiannya!

Jika dibiarkan buat masa yang lama, ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh membawa maut. Dalam artikel ini Oyen akan kongsikan kepada anda cara hilangkan cacing kucing ini.

Jenis cacing kucing

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita kenali jenis cacing kucing dan punca cacing kucing di dalam perut yang biasanya mudah menjangkiti si comel ini.

Tapeworms (cacing pita)

Cacing pita merupakan sejenis cacing yang panjang dan leper. Rupa telur yang menjangkiti kucing ini biasanya berbentuk seperti beras dan biasanya dijumpai di tempat tidur. Selain itu, ia juga boleh dijumpai pada bulu di bahagian punggung kucing anda.

Sekiranya kucing anda dijangkiti cacing pita ini, anda biasanya akan menjumpai telur cacing ini di bahagian najis. Masalah cacing ini biasanya terjadi pada kucing yang lebih tua atau anak kucing yang dijangkiti kutu.

Hookworms (cacing kerawit)

Seterusnya, cacing kerawit merupakan sejenis cacing yang hidup di dalam tanah. Bagi kucing yang tinggal di kawasan luar rumah, sewaktu mereka membersihkan badan dan menjilat tapak kaki, cacing kerawit ini boleh masuk ke dalam badan.

Malah, najis kucing lain yang sudah dijangkiti cacing ini yang menggunakan pasir kucing atau litterbox yang sama juga boleh menjadi penyebar kepada kucing yang lain

Roundworms (cacing bulat)

Bagi roundworms atau cacing bulat, ia merupakan jenis cacing kucing yang paling mudah ditemui di dalam badan mereka. Apa yang menakutkan, telur daripada cacing jenis ini boleh hidup di dalam persekitaran sehingga beberapa tahun.

Cacing bulat juga boleh menjangkiti kucing daripada pelbagai peringkat umur. Biasanya, telur cacing ini menjangkiti kucing daripada persekitaran yang telah tercemar. Selain itu, kucing juga boleh dijangkiti sekiranya mereka memakan haiwan yang telah dijangkiti cacing ini seperti tikus.

Bukan itu sahaja, cacing jenis ini juga boleh disebarkan melalui ibu kucing yang dijangkiti kepada anak kucingnya melalui susu

Boleh atau tidak cacing pada kucing menular ke manusia?

Tidak dinafikan, ada jenis cacing yang sama juga boleh menjangkiti manusia terutamanya kana-kanak kecil. Namun, ini tidak bermakna anda tidak boleh memelihara kucing di rumah. Apa yang penting, kucing anda hanya memerlukan rawatan rutin bagi nyahcacing yang disarankan oleh pihak veterinar.

Kelebihan melakukan rawatan deworm kucing secara berkala

Walaupun nampak remeh, melakukan rawatan deworm kucing sejak daripada kecil akan memberi banyak kelebihan kepada kucing anda.

1. Kucing akan menjadi lebih sihat

Kucing anda mungkin nampak sihat di luar, tetapi sakit di dalam. Cacing ini boleh hidup di dalam usus kucing dan memakan nutrien di dalam badan serta darah. Dengan mendapatkan rawatan deworm, anda bukan sahaja merawat penyakit daripada luar tetapi daripada dalam.

2. Melindungi keluarga anda daripada jangkitan cacing

Disebabkan terdapat cacing yang boleh menjangkiti manusia, rawatan deworm kucing ini boleh melindungi keluarga anda daripada jangkitan cacing kucing ini.

3. Mengelakkan jangkitan semula cacing kucing 

Bagi mengelakkan kucing dijangkiti semula cacing, rawatan deworm ini perlu diberikan secara berkala.

Bila kucing saya patut menerima rawatan deworm (nyahcacing)

Bagi mengatasi masalah ini atau mencegahnya daripada awal, kucing anda perlu mendapatkan rawatan deworming atau nyahcacing. Berikut merupakan jadual kekerapan rawatan nyahcacing secara umum:

Anak kucing 2 minggu hingga 3 bulan

  • 2 minggu sekali

4 bulan hingga 6 bulan

  • 1 bulan sekali

6 bulan ke atas

  • 3 bulan sekali

Tanda-tanda kucing dijangkiti cacing

Bagaimana untuk mengenalpasti kucing anda telah dijangkiti cacing? Terdapat beberapa tanda kucing dijangkiti kucing iaitu:

  • Muntah
  • Ciri-birit
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
  • Pot belly atau perut yang besar
  • Kerap membersihkan bahagian hujung punggung (anus)
  • Kucing berak berdarah

Walaubagaimanapun, sesetengah kucing langsung tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah berada di dalam keadaan yang teruk.

Panduan ubat cacing kucing

Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang pilihan ubat cacing kucing, tahukah sebenarnya terdapat beberapa pilihan bagi ubat kucing ini. Dapatkan nasihat veterinar anda pilihan yang mana terbaik bagi si comel.

Tablet

Biasanya disuap terus je mulut kucing atau dicampur bersama makanan, ia paling mudah didapati di pasaran.

Spot-on

Spot-on dewormer digunakan dengan cara yang sama seperti rawatan kutu: dengan menyapu beberapa titik ubat di belakang leher kucing

Pes

Walaupun jarang digunakan, sesetengah pemilik memilih ubat cacing jenis ini untuk dicampurkan bersama makanan kucing

Bagi menghilangkan cacing kucing sepenuhnya, anda perlu mendapatkan nasihat veterinar kerana tidak semua ubat cacing boleh membunuh semua jenis cacing. Malah, ubat cacing juga perlu diberikan  bergantung kepada berat kucing tersebut.

Senarai ubat cacing kucing yang anda boleh cuba

Seterusnya, Oyen kongsikan beberapa produk ubat cacing kucing  yang anda boleh cuba. Jom kita lihat beberapa pilihan yang ada di dalam pasaran:

1. Advocate

Rujukan Gambar: © Advocate

Apa yang menarik bagi jenama ini, ubat cacing Advocate bukan sahaja merawat masalah cacing, malah merawat masalah kutu. Salah satu kelebihan bagi jenama ini ialah ia bukan sahaja membunuh cacing kucing dewasa, malah menghapuskannya di peringkat larva lagi.

Apabila cacing sudah dihapuskan di peringkat larva, kitaran hidup mereka akan terputus dan dengan penggunaan rutin setiap bulan, masalah cacing akan sukar untuk berulang kembali!

Cara menggunakan ubat: Spot-on

Harga:  Bermula dengan harga RM 51.20

Dapatkan di: Lazada | Shopee

2. Drontal

Gambar Rujukan: © Drontal

Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan ubat cacing secara tablet, anda boleh mencuba pilihan jenama ini. Ubat ini juga sesuai digunakan bagi anak kucing mahupun kucing dewasa.

Ubat cacing ini juga boleh diberikan tanpa makanan atau bersama dengan makanan dan sesuai digunakan bagi menghapuskan roundworm dan juga tapeworm di dalam usus kucing.

Cara menggunakan ubat: Tablet

Dapatkan di: Lazada | Shopee

3. Wormnil

Seterusnya, bagi membasmi masalah cacing gelang (roundworms), cacing kerawit (hookworms) dan stomach worms pada kucing dan anjing anda boleh menggunakan jenama ini. 

Ubat cacing ini mengandungi bahan aktif 250mg Pyrantel Pamoate USP.  Pyrantel Pamote merupakan  sejenis ubat cacing yang biasanya digunakan pada anak kucing dan anak anjing.

Cara menggunakan ubat: cecair 

Harga:  RM16.10

Dapatkan di: Lazada | Shopee

4. revolutionPLUS

Gambar Rujukan: © revolutionPLUS

Salah satu kelebihan bagi ubat cacing kucing ini ialah ia boleh diberikan kepada anak kucing seawal umur 8  minggu. Hanya dengan satu dos bulanan, ia dikatakan dapat membunuh 6 jenis parasit yang menjangkiti kucing.

Malah, laman web rasmi jenama ini menyatakan hasil keberkesanan dari 99% hingga 100% bagi menghapuskan cacing jenis hookworms, roundworms, heartworms.

Cara menggunakan ubat: Spot-on

Harga:  Bermula RM148.15

Dapatkan di: Lazada | Shopee

Cara mencegah kucing dijangkiti cacing

Sebenarnya, tidak ada ubat cacing yang mampu menghapuskan cacing sepenuhnya . Selain daripada rawatan deworm secara berkala, terdapat beberapa langkah lain yang boleh dilakukan bagi mencegah kucing dijangkiti cacing.

1. Kerap bersihkan bekas pasir kucing

Bekas pasir kucing boleh menjadi salah satu tempat penyebaran. Bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada kucing lain, pastikan bekas pasir kucing ini dibersihkan secara kerap terutamanya jika sudah mempunyai najis

2. Jangan lupa rawatan bagi menghapuskan kutu

Tahukah anda, kutu juga boleh membawa telur bagi cacing pita. Oleh itu, salah satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah mendapatkan rawatan bagi menghapuskan kutu.

3. Sentiasa dapatkan rawatan deworm atau nyahcacing bagi kucing baru

Sekiranya anda menambah kucing baru di dalam rumah, jangan lupa untuk mendapatkan rawatan cacing terlebih dahulu sebelum bermain dengan kucing yang lain di rumah.

4. Pastikan kawasan rumah dibersihkan secara kerap

Tidak kira luar atau di dalam rumah, kawasan yang dibersihkan secara kerap akan mengurangkan risiko jangkitan cacing kucing. Anda juga boleh menggunakan disinfectant yang selamat bagi kucing.

Bagi mengatasi masalah cacing kucing ini sepenuhnya, ia memerlukan komitmen dan tanggungjawab sepenuhnya daripada pemilik kucing. Anda perlu memastikan ubat cacing diberikan secara berkala dan mengikut jadual.

Namun, ia semua tidak akan tidak ternilai dengan kualiti kehidupan dan kesihatan yang akan dijalani oleh si comel anda. Jika mampu berkata-kata pastinya si comel ini akan mengucapkan terima kasih kepada anda!

Tuntut balik kos-kos merawat cacing kucing anda di Malaysia

Tahukah anda, Oyen juga menawarkan Oyen Prevention Care Plans yang merangkumi pelan vaksinasi, ubat cacing dan juga rawatan rutin. 

Dengan mendapatkan pelan ini, ia akan membantu kucing anda menjalani kualiti hidup yang lebih baik dan pada masa yang sama mampu menjimatkan kos bagi anda sebagai pemilik!