Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Perkongsian dari Oyen: Pengalaman Kucing Sakit Buah Pinggang

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Mungkin seperti tidak percaya, bukan sahaja manusia, tetapi kucing kesayangan anda juga boleh menghadapi masalah buah pinggang. Malah, keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk hingga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat daripada awal.

Kali ini, kami kongsikan pengalaman seorang pemilik kucing, Puan Mimah dan kucingnya, si Tommy yang mengalami masalah buah pinggang. Demi kasih sayang yang mendalam, bagaimana cekal dan gigihnya seorang pemilik kucing yang sanggup berkorban masa, tenaga dan duit menjaga kucing kesayangannya.

Keadaan Tommy sewaktu masih sihat menyambut hari raya 

Menyambut hari raya bersama keluarga

Tommy tidak sihat sejak mula dibela

Pada akhir tahun 2018. Tommy sudah berusia hampir 4 tahun ketika kali pertama kami mengambilnya daripada pemilik lama.

Pemilik lama terpaksa menjual dan menyerahkan Tommy kepada kami kerana masalah kesihatannya.

Setelah membela Tommy buat beberapa ketika, kami  menyedari bahawa Tommy sentiasa berada dalam keadaan tidak sihat. Ia sering selsema dan juga mempunyai luka-luka di bahagian badannya.

Tommy mula hilang berat badan

Tommy disahkan menghidap penyakit Sporo

Disebabkan kerap mempunyai luka dan sukar sembuh, kami memutuskan untuk membawanya ke veterinar untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, Tommy disahkan mempunyai penyakit sporo.

Lebih merumitkan keadaan, suami saya juga dijangkiti penyakit Sporo hingga terpaksa menjalani rawatan di Klinik Pakar Kulit. 

Dalam masa 3 bulan, Tommy menjalani rawatan bagi penyakit Sporo. Alhamdulillah, kesihatan Tommy semakin baik serta berat badannya juga semakin bertambah.

Kesihatan Tommy merosot sekali lagi dan disahkan menghidap penyakit buah pinggang

Namun, kami diduga sekali lagi dengan kesihatan Tommy. Kali ini, pada tahun 2020, Tommy mula menunjukkan simptom kerap kencing. Saya perhatikan Tommy sangat kerap menggunakan pasir kucing berbanding kucing peliharaan saya yang lain.

Tommy kerap membuang air kecil

Bukan itu sahaja, Tommy kembali kerap selsema yang sukar untuk baik. Oleh itu saya memutuskan untuk membawa Tommy kembali mendapatkan rawatan di veterinar.

Disebabkan masalah selsema ini kerap berulang, doktor veterinar memutuskan untuk membuat ujian darah bagi mengenalpasti sekiranya terdapat masalah kesihatan lain yang tidak diketahui. 

Seperti tidak percaya, doktor veterinar memaklumkan saya Tommy disahkan mempunyai sakit buah pinggang. Bacaan creatinine yang menentukan fungsi buah pinggang pada Tommy sangat tinggi dan melebihi kadar normal yang ditetapkan.

Fakta bersama Oyen:

 Penyakit buah pinggang (Chronic Kidney Disease) Biasanya berlaku dalam kalangan kucing yang tua dan berusia berusia 7 tahun ke atas.

Simptom kucing sakit buah pinggang

Sekiranya anda mengesyaki kucing anda mengalami masalah, berikut merupakan beberapa simptom yang boleh diperhatikan bagi kucing yang mengalami masalah ini.

  • Minum air lebih banyak daripada biasa
  • Kerap kencing, lebih kerap menggunakan pasir kucing
  • Hilang selera makan dan akhirnya boleh menyebabkan penurunan berat badan
  • Bau nafas yang busuk
  • Tidak membersihkan bulu
  • Muntah-muntah

Punca kucing sakit buah pinggang

Berikut merupakan beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kucing sakit buah pinggang.

Polycystic Kidney Disease

Penyakit yang diwarisi yang biasanya dijumpai dalam kalangan kucing baka Parsi. Tisu buah pinggang yang normal digantikan dengan cyst dengan cecair

Tumor buah pinggang

Masalah tumor contohnya lymphoma boleh menjejaskan fungsi buah pinggang

Racun

Sesetengah racun dan dadah boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang kucing.

Tommy diduga lagi dengan kaki patah

Pada masa yang sama, Tommy juga mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru. Lebih memburukkan keadaan, tidak selama selepas itu, Tommy mengalami kecelakaan sewaktu bergaduh dengan kucing lain di rumah saya.

Lagi menyedihkan, kakinya juga disahkan patah setelah membuat ujian X-Ray.

Tidak berputus asa dan mahu memberikan yang terbaik untuk Tommy

“Walaupun dengan semua keadaan ini, saya tekad untuk tidak berputus asa dan mahu memberikan yang terbaik untuk Tommy. Bagi saya, ada sebab kenapa Tuhan memilih saya menjadi pemilik Tommy. 

Mungkin kerana saya mampu untuk memberikan perhatian dan rawatan yang terbaik bagi Tommy, ujar Puan Mimah.

Memberikan penjagaan yang terbaik untuk si Tommy

“Bagi memastikan Tommy mendapatkan penjagaan yang terbaik, saya dan suami membuat keputusan untuk menukar makanan Tommy dengan makanan kucing  yang dikhaskan bagi masalah buah pinggang.

Dalam masa yang sama, Tommy juga menunjukkan simptom yang lain seperti kerap haus, lidah yang sentiasa terjelir dan cepat penat, sambung Puan Mimah.

Tommy kerap terjelir dan dahaga

Cara menjaga kucing sakit buah pinggang

Sebenarnya, adakah kucing sakit buah pinggang boleh sembuh? Malangnya, tidak.

Walaupun penyakit buah pinggang tidak dapat disembuhkan,  namun dengan penjagaan yang baik, kucing anda masih lagi mampu menikmati kualiti hidup yang terbaik.

Oyen juga ingin kongsikan beberapa tips penjagaan bagi mereka yang mempunyai kucing sakit buah pinggang. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dicuba:

1. Berikan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

Bagi kucing yang mengalami masalah buah pinggang, mereka memerlukan lebih banyak air berbanding kucing biasa. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk membantu mereka ialah memberikan mereka makanan di dalam tin.

2. Ubat-ubatan 

Bagi membantu kucing anda mendapat kualiti hidup yang lebih baik, berdasarkan nasihat daripada veterinar, anda perlu memberikan mereka ubat-ubatan

3. Pemeriksaan berkala ke veterinar

Jika perlu, pihak veterinar mungkin akan mencadangkan pemeriksaan ujian darah secara berkala bagi memantau dan memastikan sebarang komplikasi dikesan lebih awal

Tommy dimasukkan ke ICU

Sewaktu negara kita dilanda pandemik Covid, kesihatan Tommy juga semakin merosot. Saya membawa Tommy ke veterinar dan akhirnya Tommy dimasukkan ke ICU atau Unit Rawatan Rapi di bandar besar.

Pada waktu ini, kos rawatan bagi Tommy sudah mencecah harga RM 2 000 lebih. Namun, ia tidak ternilai untuk dibandingkan dengan kesihatan Tommy untuk ia pulih kembali.

Walaupun jarak antara rumah dan juga klinik veterinar yang berada di bandar besar ini memakan masa selama sejam setengah, Puan Mimah tekad untuk berulang bagi menjenguk keadaan Tommy.

Setiap kali melawat Tommy, Puan Mimah tak pernah jemu untuk memberikan semangat kepada Tommy untuk terus berjuang. Dalam keadaan getir ini, Puan Mimah masih tidak berputus asa dengan keadaan Tommy.

Walaupun begitu, akhirnya Tommy pergi juga. Pihak veterinar telah menghubungi Puan Mimah dan memaklumkan Tommy sudah tiada. 

“ Pada waktu itu, saya masih berada di tempat kerja. Habis saja waktu bekerja, saya terus ke klinik veterinar bagi mengambil Tommy. Kami kebumikan Tommy di tempat kesukaannya di bawah pokok.

Tips mencegah kucing sakit buah pinggang

Sebenarnya, tidak ada cara yang mampu menjamin bahawa kucing anda tidak akan mempunyai masalah buah pinggang, namun terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko penyakit ini

1. Buang pokok yang beracun kepada kucing

Cantik tetapi beracun. Sesetengah pokok boleh membahayakan nyawa kucing dan merosakkan buah pinggang kucing jika dimakan. Anda boleh menyemak senarai pokok yang berbahaya kepada kucing di sini.

2. Kekalkan berat badan ideal bagi kucing anda

Kucing gemuk dan obesiti mungkin nampak comel dan sedap dipeluk, namun ia boleh menjejaskan kesihatan mereka termasuklah terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang.

Bukan itu sahaja, kucing yang gemuk dan berada di tahap obesiti juga akan cenderung untuk mengalami masalah komplikasi kesihatan yang lain.

3. Rawatan rutin ke veterinar

Apa jua masalah kesihatan yang akan berlaku, boleh ditangani dengan lebih berkesan sekiranya dikesan dengan lebih awal.

Malah, Oyen juga menawarkan Oyen Pet Wellness untuk perlindungan lebih holistik termasuk pemeriksaan kesihatan dan ubat cacing!

Bagi sebarang perkara yang tidak dijangka di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.