Kutu, kutu, kutu! Sebut sahaja sudah meremang, bayangkan pula parasit menghisap darah di tubuh si comel! Kucing anda bukan sahaja tergaru- garu, malah jika dibiarkan terlalu lama, boleh menyebabkan si comel jatuh sakit. Kesiannya!
Jika sebelum ini, Oyen kongsikan kepada anda cara menghapuskan kutu kucing, kali ini Oyen senaraikan kepada anda 10 ubat kutu kucing yang digunakan oleh veterinar dan ubat kutu kucing tradisional meghapuskan kutu kucing.
Rawatan kutu kucing
Bagi memilih ubat kutu kucing yang paling berkesan dan terbaik, anda perlu tahu tentang pilihan rawatan kutu kucing yang ada.
Bagi menghapuskan kutu kucing, terdapat beberapa jenis rawatan yang biasanya diberikan iaitu:
- Syampu kutu kucing
- Ubat spray kutu kucing
- Ubat titis kutu kucing
- Kolar anti kutu kucing
- Suntikan
Bahan yang selamat dan berkesan di dalam ubat kutu kucing
Secara umumnya, beberapa bahan ini adalah selamat dan berkesan bagi menghapuskan kutu kucing iaitu:
- Selamectin - boleh menghapuskan kutu kucing di dalam masa beberapa jam hingga beberapa hari. Tidak sesuai digunakan bagi kucing yang sakit dan kurang berat badan.
- Sarolaner - Hanya sesuai digunakan bersama kombinasi bahan lain apabila merawat kucing dan juga boleh membantu merawat kutu telinga kucing
- Pyriproxyfen -Boleh membantutkan perkembangan telur kutu kucing. Tidak boleh membunuh kutu kucing yang sudah dewasa. Biasanya digunakan dalam bentuk ubat kutu kucing spray. Bahan ini selamat digunakan dalam sebagai ubat kutu untuk kucing mengandung dan kucing menyusu.
Namun, ingat! Walaupun bahan ini ada di dalam kandungan ubat kutu anjing, jangan sesekali menggunakannya pada si kucing kerana ia tidak sesuai dan boleh membahayakan kucing.
Ubat Kutu Kucing Terbaik
Ubat Kutu Kucing Jenis Titis (Spot-On Treatment)
Sekiranya anda tercari-cari ubat kutu kucing letak di tengkuk, ia merupakan ubat kucing jenis titis atau spot-on. Bagi ubat kutu kucing jenis ini, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum menggunakannya:
- Baca label dan dos penggunaan ubat kutu kucing ini dengan teliti.
- Umur kucing yang minima bagi ubat kutu kucing.
- Elakkan kucing menjilat ubat kutu kucing. Asingkan segera kucing yang dititis ubat ini dengan kucing yang lain.
1. Ubat Kutu Kucing Advantage
Ubat kutu kucing jenis spot-on ini adalah pilihan yang popular bagi ramai pemilik kucing. Dengan bahan aktif imidacloprid, Advantage berkesan menghapuskan kutu dewasa dan larva kutu kucing. Ia tidak hanya bertindak pada kutu yang sedia ada tetapi juga mencegah pembiakan kutu. Produk ini sesuai untuk digunakan pada kucing dengan berat badan sehingga 4 kg dan lebih daripada 4 kg.
- Harga: Bermula dari RM 59 (<4kg) dan RM 71 (>4kg)
- Beli di: Shopee
Bagi kucing 4 kg ke bawah:

Bagi kucing 4 kg ke atas:

2. Ubat Kutu Kucing Advocate
Advocate adalah satu lagi ubat kutu kucing yang terkenal. Selain menghapuskan kutu kucing, ia juga efektif dalam mengatasi masalah kutu telinga dan cacing pada kucing. Salah satu kelebihan utama produk ini ialah ia boleh digunakan pada kucing yang sedang mengandung atau menyusukan anak. Untuk menggunakan produk ini, umur minima kucing mestilah 9 minggu ke atas. Advocate ditawarkan dalam dua pilihan berdasarkan berat badan kucing.
- Harga: Bermula dari RM39 hingga RM138.75
- Beli di: Lazada

3. Ubat Kutu Kucing Stronghold
Jenama Stronghold juga tidak ketinggalan dalam senarai ini. Stronghold menggabungkan dua bahan aktif iaitu Selamectin dan Sarolaner yang bertindak secara pantas untuk membunuh kutu kucing dalam masa kurang dari enam jam. Ia bukan sahaja menghapuskan kutu tetapi juga parasit lain seperti cacing. Stronghold mudah kering dan tidak meninggalkan bau pada bulu kucing.
- Harga: Bermula dari RM137
- Beli di: Shopee

4. Ubat Kutu Kucing Frontline
Sebagai salah satu pilihan yang sangat popular, Frontline terkenal kerana keberkesanannya dalam menghapuskan sengkenit, kutu, larva kutu, dan kutu telinga. Ubat kutu kucing ini sesuai digunakan pada kucing berumur 8 minggu ke atas dan juga selamat untuk kucing bunting dan menyusukan anak. Setelah disapu, ubat ini akan meresap ke seluruh permukaan tubuh kucing dalam masa 24 jam.
- Harga: Bermula dari RM21.66 hingga RM57.24
- Beli di: Shopee

Ubat kutu kucing jenis serbuk
5. Ubat Kutu Kucing dalam Bentuk Serbuk
Bio-D PawPal Flea And Tick Control Powder adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin menggunakan produk semulajadi. Serbuk ini mengandungi 100% bahan semulajadi seperti Diatomaceous Earth yang selamat untuk kanak-kanak dan kucing. Bahan ini bukan sahaja boleh digunakan pada kucing tetapi juga di rumah, terutama pada kawasan yang sering dilawati kutu seperti katil kucing, sofa, atau karpet. Meskipun tidak membunuh kutu secara langsung, serbuk ini bertindak dalam tempoh 24 jam untuk mengeringkan kutu dan menyebabkan ia mati.
- Harga: Bermula RM15
- Beli di: Shopee, Laman web Pawpal

Ubat kutu kucing dalam bentuk makanan
6. Ubat Kutu Kucing dalam Bentuk Makanan
Nanovet™ Pet Flea and Tick Chews adalah pilihan yang sangat sesuai bagi kucing yang sukar untuk diberi rawatan kutu berbentuk titisan atau semburan. Makanan ini mengandungi serbuk bawang putih yang dikatakan berkesan untuk menghalau kutu selama 12 minggu. Ia hanya perlu diberi seperti makanan kucing biasa, dengan kuantiti mengikut berat badan kucing.
- Harga: Bermula RM99
- Beli di: Shopee

Ubat kutu kucing spray
7. Ubat Kutu Kucing Jenis Spray
Nanovet™ Pet Flea and Tick Control Spray adalah pilihan semburan semulajadi yang berkesan untuk membunuh kutu dan pepijat pada kucing. Ubat kutu jenis ini juga berfungsi untuk menghalau nyamuk. Dengan bahan semulajadi yang digunakan, produk ini memberikan alternatif yang lebih selamat bagi pemilik kucing yang ingin mengelakkan bahan kimia yang berbahaya.
- Harga: Bermula RM34.50
- Beli di: Shopee

10. Ubat Kutu Kucing Jenis Spray - Frontline Spray
Original FRONTLINE Spray for Cat & Dog Anti Flea adalah pilihan yang sangat baik untuk mengatasi masalah kutu pada kucing. Spray ini berfungsi dengan baik untuk membunuh kutu dan pepijat serta memberikan perlindungan dari parasit untuk jangka masa panjang. Anda dinasihatkan untuk mengulangi rawatan ini setiap 8 minggu. Ia juga selamat digunakan pada anak kucing berumur 2 hari ke atas.
- Harga: RM23.99 hingga RM73.99
- Beli di: Lazada

Syampu kutu kucing
Sekiranya kucing anda boleh memberikan kerjasama yang baik sewaktu mandi, apa kata cuba mandikan si comel dengan syampu kutu kucing?
Jom lihat beberapa pilihan syampu kutu kucing yang ada:
9. Aniflea Anti Flea Cat Shampoo
Syampu kutu kucing Aniflea ini mengandungi bahan IGR bagi menghapuskan kutu dan juga menghalang perkembangan larva.
Sewaktu memandikan kucing, pastikan anda membersihkan di kawasan-kawasan yang menjadi tempat tumpuan kutu kucing terutamanya yang tersembunyi seperti belakang telinga, celah-celah tangan dan juga di belakang ekor.
Syampu ini juga mampu berkesan selama 5 minggu dan sesuai bagi kucing yang berumur 6 minggu ke atas.
Walaupun begitu ia tidak sesuai digunakan sebagai ubat kutu kucing bagi kucing yang mengandung dan menyusukan anak.
- Harga: Bermula RM26.95
- Beli di: Shopee

10. Bio-D PawPal No Rinse Flea and Tick Pet Shampoo
Bagi pemilik kucing yang mencari kemudahan, Bio-D PawPal menawarkan syampu kutu kucing tanpa perlu dibilas. Anda hanya perlu meratakan syampu ini ke seluruh badan kucing tanpa memerlukan bilasan air. Selain berkesan menghapuskan kutu dan pepijat, syampu ini turut mempunyai formulasi antibakteria yang melawan bakteria berbahaya. Produk ini juga membantu memastikan kucing anda berbau segar sepanjang hari.
- Harga: Bermula RM19.90 hingga RM38.90
- Beli di: Shopee

Seterusnya, pilihan syampu kutu kucing ini juga sangat mudah dan menarik! Anda hanya perlu meratakan syampu ini ke seluruh badan kucing tanpa memerlukan bilasan air.
Ia juga mempunyai formulasi antibakteria yang boleh melawan bakteria bahaya dan pada masa yang sama memastikan kucing anda berbau segar sepanjang hari.
Ubat kutu kucing tradisional
Bagi mereka yang ingin mencuba petua semulajadi bagi menghapuskan kutu kucing, jom Oyen kongsikan beberapa pilihan yang boleh dicuba:
Lemon
Seperti yang diketahui, lemon mengandungi kandungan asid sitrik yang boleh menghapuskan kutu kucing. Anda hanya perlu sembur larutan lemon bersama dengan air di sekitar bulu kucing.
Bagi mendapatkan jus lemon, rebus lemon dan rendam beberapa jam. Kemudian, campur air rebusan lemon bersama air. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membasuh alas tempat tidur kucing dengan jus lemon.
Daun Rosemary
Daun Rosemary bukan sahaja berguna sebagai salah satu herba dalam masakan, namun berguna bagi menghalau kutu kucing, Caranya cukup mudah, anda hanya perlu mengisar daun Rosemary dan taburkan di kawasan kucing anda selalu berada. Contohnya sofa, karpet atau tempat tidur.
Selain itu, anda juga boleh merendam daun Rosemary di dalam air panas selama 30 minit dan sejukkan air rebusan. Kemudian, tapis dan sembur pada bulu kucing.
Cuka epal atau apple cider vinegar
Cuka epal tidak akan membunuh kutu kucing, tetapi bahan ini boleh menghalau kutu kucing. Caranya, campurkan cuka epal ini bersama air dengan bancuhan 2:1 dan sembur di bulu kucing.
Minyak kelapa
Kelapa, buah dengan seribu kegunaan malah turut berkesan menghapuskan kutu kucing. Minyak kelapa kaya dengan lemak sihat yang boleh membantu melegakan kulit gatal dan juga menghapuskan kutu.
Caranya, anda perlu mandikan kucing terlebih dahulu. Kemudian, sapukan minyak kelapa pada bulu kucing yang masih lembap.
Biarkan minyak pada kucing anda buat beberapa ketika, bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih yang kering. Hasilnya, bulu kucing bukan sahaja menjadi lebih lembut dan sihat, malah bebas kutu.
Minyak Oregano
Oregano mengandungi sejenis bahan yang bernama carvacrol, berkesan untuk menghapuskan kutu kucing. Campur satu sudu kecil minyak oregano dan tiga sudu kecil minyak zaitun.
Gunakan dalam kuantiti yang kecil dan sapukannya di sekitar kawasan tubuh badan kucing di mana kutu kucing suka berkumpul seperti perut, belakang leher dan hujung ekor.
Kunyit
Seterusnya, Oyen kongsikan kepada anda cara menghilangkan kutu kucing dengan kunyit.
Di dalam kunyit, terdapat suatu bahan yang dikenali sebagai curcumin yang boleh menghalau kutu kucing secara semulajadi.
Caranya cukup mudah, campur sahaja serbuk kunyit dengan sedikit air bagi membentuk tekstur seperti pes kunyit. Kemudian, lumurkan di keseluruhan badan kucing namun elakkan di bahagian mata dan hidung.
Biarkan selama 30 minit sebelum membilas badan kucing dengan air suam.
Penafian: Segala petua semulajadi dan ubat kutu kucing ini hanya dikongsikan sebagai panduan. Dapatkan nasihat pakar daripada pihak veterinar sebelum mencuba mana-mana alternatif ini.
Kos rawatan kutu kucing
Sebenarnya, kos rawatan kutu kucing boleh bergantung kepada tahap jangkitan kutu kucing pada badan si comel ini. Namun, ia boleh mencecah harga ratusan ringgit dan rawatan kutu kucing ini perlu dilakukan secara rutin.
Penutup
Sekiranya masalah bil rawatan veterinar merisaukan anda, jangan bimbang! Dengan serendah RM32 sebulan, anda boleh membuat tuntutan balik 90% bil rawatan anda!
Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000.
Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.
Lindungi Kucing Anda Bermula Dari Sini
Kos rawatan vet boleh mencecah ribuan ringgit tanpa diduga. Dengan insurans haiwan peliharaan Oyen, anda boleh mendapat perlindungan sehingga RM10,000 setahun di mana-mana klinik vet berlesen di Malaysia.
Semak kelayakan haiwan peliharaan anda sekarang - hanya mengambil masa kurang dari 2 minit.
.png)







