Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Proses dan Hukum Memandulkan Kucing

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi pemilik kucing, keputusan memandulkan kucing bukanlah suatu perkara yang mudah.Terdapat pelbagai aspek yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan ini. 

Namun, dalam beberapa situasi dan keadaan, memandulkan kucing merupakan salah satu jalan terbaik yang boleh dilakukan.

Dalam perkongsian artikel kali ini, Oyen akan kongsikan beberapa perkara penting bagi proses dan hukum memandulkan kucing.

Hukum memandulkan kucing

Sebagai seorang Islam, pastinya anda tertanya-tanya tentang hukum memandulkan kucing. Walaupun terdapat beberapa pandangan daripada ulama, pihak JAKIM telah menjawab persoalan ini dengan jawapan berikut:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Mengembiri Binatang Kesayangan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa mengembiri binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah”.

Sumber rujukan jawapan:JAKIM

Penafian: Informasi yang dikongsikan adalah berdasarkan sumber dan hanya sebagai infomasi. Dapatkan nasihat yang lebih lanjut dengan pihak yang bertauliah.

Kebaikan memandulkan kucing

Sumber infografik: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sebagai pemilik kucing, semestinya kita inginkan yang terbaik bagi si comel kesayangan, bukan? Terdapat beberapa kebaikan yang akan diperolehi oleh si comel ini setelah selesai menjalani prosedur pemandulan ini iaitu:

  • Tidak kira kucing jantan atau betina, mereka akan menikmati hidup yang lebih berkualiti dan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti kanser testis (bagi kucing jantan) dan jangkitan rahim (kucing betina)
  • Mengurangkan masalah kucing jantan yang suka kencing merata kerana menanda kawasan
  • Selepas proses pemandulan ini, kucing akan mengalami perubahan hormon. Malah, sesetengah kucing dikatakan akan menjadi lebih gembira dan manja.

Kos memandulkan kucing

Di Malaysia, kos memandulkan kucing bergantung kepada caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh klinik veterinar. Anda boleh melakukan prosedur pemandulan ini di klinik veterinar swasta atau kerajaan. Jika anda tinggal di Pulau Pinang dan Lembah Klang, anda boleh merujuk ke senarai klinik veterinar ini.

Kebiasaannya, kos rawatan ini akan mencecah RM150-200 bagi kucing betina dan di antara RM100-150 bagi kucing jantan. Ia tidak termasuk kos tambahan atau rawatan lain sekiranya perlu.

Proses memandulkan kucing

Maksud neuter and spay

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita kenali beberapa perkataan yang anda akan biasa dengan bagi proses memandulkan kucing ini. Bagi proses memandulkan kucing ini atau juga dikenali sebagai neuter and spay.

Secara mudahnya, spay merujuk kepada proses pemandulan dengan membuang organ pembiakan haiwan betina manakala neuter merujuk kepada proses pemandulan haiwan jantan.

Persediaan sebelum memandulkan kucing

Sama seperti manusia, sebelum melakukan pembedahan, kucing memerlukan persediaan sebelum meneruskan prosedur ini. Oyen akan  kongsikan beberapa persediaan yang lazimnya akan dilakukan kepada kucing yang akan dimandulkan ini iaitu:

1. Kucing perlu dibawa menjalani pemeriksaan di veterinar terlebih dahulu

Terdapat beberapa keadaan kucing yang sesuai dan direkomenkan bagi mengurangkan komplikasi pembedahan iaitu:

  • Kucing berada dalam keadaan sihat sewaktu proses pemandulan. Ia akan mempercepatkan lagi proses pemulihan
  • Umur kucing yang sesuai bagi menjalani proses pemandulan ini ialah sewaktu berumur 2 hingga 5 bulan
  • Kucing bebas daripada jangkitan kutu. Ia akan mengurangkan risiko mendapat jangkitan lain seperti kuman parasit darah, cacing pita dan virus berbahaya
  • Kucing sudah divaksinasi untuk melengkapkan antibodi badan bagi melawan penyakit

Bergantung kepada keputusan dan saranan daripada pihak veterinar, kucing akan diberikan tarikh pembedahan bagi proses pemandulan ini.

2. Kucing perlu berpuasa bermula daripada malam sebelum pembedahan

Bag keadaan ini, kucing mungkin perlu dikurung bagi mengelakkan mereka makan di luar atau tanpa pengetahuan anda. Ia boleh diberi air kosong tetapi perlu dialihkan terus pada pagi hari pembedahan tersebut.

3. Pada waktu pagi hari pembedahan

  • Pada hari ini, jangan memberikan apa jua jenis makanan kepada kucing. Ini bagi mengelakkan mereka muntah sewaktu dibius yang boleh menyebabkan komplikasi yang lain
  • Pastikan kucing anda datang dalam keadaan yang bersih dan kering. Ia akan memudahkan pihak veterinar untuk menjalankan prosedur ini
  • Anda mungkin akan diminta bagi menandatangani borang keizinan pembedahan. Pastikan pihak veterinar menerangkan dengan jelas kepada anda prosedur yang akan dilakukan
  • Jangan lupa untuk meninggalkan nombor telefon anda untuk dihubungi oleh pihak veterinar jika berlaku sebarang kecemasan atau untuk makluman

4. Sewaktu pembedahan

  • Bagi kucing betina, pihak veterinar akan membuat suatu bukaan kecil di bahagian kiri badan atau di tengah-tengah badan bagi membuang bahagian ovari dan uterus. Pada sesetengah keadaan, hanya bahagian ovari sahaja perlu dibuang
  • Bagi kucing jantan, bahagian testikel akan dibuang. Proses ini lebih mudah dan selamat.

Penjagaan kucing selepas pemandulan

Sama seperti manusia, kucing juga memerlukan penjagaan yang rapi selepas pembedahan. Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan bagi memastikan proses penyembuhan kucing berjalan lancar iaitu:

1. Beri ruang dan masa kepada kucing anda selepas pembedahan

Selepas pembedahan, kucing anda mungkin akan masih lagi dalam keadaan yang mengantuk kesan daripada akibat ubat bius yang diberikan. Berikan mereka ruang dan masa untuk tidur serta berehat selepas pembedahan ini.

2. Perhatikan simptom-simptom yang tidak normal pada kucing

Walaupun anda perlu memberikan ruang kepada si comel untuk berehat, perhatikan juga sebarang simptom yang tidak normal pada kucing anda. Sekiranya kucing anda mengalami simptom-simptom seperti berikut, segera hubungi pihak veterinar bagi rawatan lebih lanjut:

  • Sesak nafas
  • Muntah tanpa henti lebih daripada 24 jam
  • Gusi yang pucat

3. Pastikan kucing anda berada di dalam rumah dan mengurangkan pergerakan

Biasanya, proses bagi pemulihan untuk kucing kembali sembuh boleh memakan masa sehingga 2 minggu. Dalam keadaan ini, pastikan kucing anda mengehadkan pergerakannya sebelum luka tersebut benar-benar sembuh.

Elakkan kucing anda untuk bermain di luar rumah dengan luka pembedahan yang belum sembuh. Bukan sahaja ia mudah terdedah kepada jangkitan, luka yang belum sembuh juga boleh terbuka jahitannya sekiranya si comel ini bergaduh dengan kucing lain pula!

4. Perhatikan kesan jahitan luka setiap hari sehingga sembuh

Setiap hari, perhatikan kesan jahitan jika ada sebarang bengkak atau pendarahan. Pada hari pertama selepas pembedahan, sedikit kesan darah adalah normal, namun sekiranya berlaku pendarahan tanpa henti, segera bawa ke veterinar.

Selain itu, sekiranya luka tersebut semakin bengkak atau bernanah, dapatkan rawatan veterinar dengan kadar segera kerana kemungkinan luka jahitan tersebut telah mengalami jangkitan. Jangan tunggu terlalu lama bagi mendapatkan rawatan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

5. Memberi makanan kepada kucing anda

Pembedahan dan ubat bius boleh menjadikan perut kucing anda sensitif kepada makanan. Selepas kucing anda sedar, berikan mereka kuantiti makanan yang sedikit  terlebih dahulu. Dalam masa 24 jam, kebiasaannya, selera makan mereka akan kembali kepada biasa.

Namun, sekiranya kucing anda kerap muntah atau ciri-birit selepas makan sehingga melebihi 24 jam, segera rujuk ke klinik veterinar.

Semoga perkongsian Oyen kali ini dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik bagi si comel kesayangan anda. Bagi memberikan rawatan yang terbaik sejak daripada awal lagi, apa kata dapatkan perlindungan bagi si comel ini sejak dari awal lagi.

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.

Semak kelayakan di sini.