Apabila anda mengakses laman web kami (https://www.oyen.my/) (“laman web”), anda mungkin diminta untuk memberi data peribadi anda kepada Oyen Sdn Bhd (“kami”). Dasar Privasi ini (“Dasar Privasi”) menetapkan bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda. Dengan terus melayari laman web kami, berkomunikasi dengan kami, atau secara sukarelanya memberi data peribadi anda kepada kami, anda menjamin bahawa anda berumur 18 tahun dan ke atas, dan secara jelas menyetujui pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, dan penzahiran data peribadi anda seperti yang dinyatakan di bawah.

1. Pengumpulan Data Peribadi

Anda boleh melayari laman web kami tanpa memberi data peribadi anda kepada kami dan kekal tanpa nama. Namun, anda perlu mendaftar satu akaun sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan kami, dimana anda mungkin perlu memberi data peribadi anda kepada kami. Kami juga mungkin akan mengumpul data peribadi melalui kaedah komunikasi yang lain, termasuk borang-borang cadangan atau dokumentasi lain yang anda melengkapi, dan juga secara lisan bersemuka, melalui penggilan telefon atau secara elektronik melalui Internet.  “Data peribadi” mempunyai maksud yang sama selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) Malaysia.

Data peribadi yang mungkin kami kumpulkan, tanpa batasan, merangkumi:

  • Nama, umur, nombor kad pengenalan, jantina dan tarikh lahir anda;
  • Alamat kediaman, alamat e-mel dan nombor telefon anda;
  • Maklumat akaun bank anda;
  • Maklumat lain yang dikumpulkan daripada penggunaan laman web kami oleh anda. 

(secara kolektif dirujuk sebagai “Data Peribadi”)

Sekiranya anda memberi Data Peribadi milik pihak ketiga kepada kami, atau di mana anda menamakan pihak ketiga sebagai pihak yang diinsuranskan, benefisiari, penama, pemegang amanah, wakil dan Data Peribadi tidak dikumpulkan secara langsung daripada pihak ketiga tersebut, persetujuan akan dianggap telah diberikan kepada kami untuk memproses dan menzahirkan Data Peribadi pihak ketiga tersebut.

Anda mengakui bahawa anda memberikan Data Peribadi kepada kami secara sukarela. Kami akan memaklumi anda apabila pembekalan data peribadi tertentu oleh anda adalah pilihan atau wajib untuk tujuan mengambil polisi insurans. Sekiranya dinyatakan bahawa anda wajib memberikan Data Peribadi anda kepada kami, kegagalan untuk memberi maklumat tersebut mungkin menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan perkhidmatan kami.

2. Penggunaan Data Peribadi

Kami akan mengumpul dan memproses Data Peribadi dan/atau Data Peribadi Sensitif anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk berkomunikasi dengan anda dan menghantar sebarang maklumat yang kami berpendapatan akan menarik minat anda;
  • untuk memudahkan penggunaan anda di laman web kami dan menggunakan perkhidmatan kami;
  • untuk mengesahkan identiti anda dan mengekalkan akaun anda dengan kami;
  • untuk mengembangkan, mengekalkan dan menambah baikkan perkhidmatan kami;
  • untuk bertindak balas atas sebarang pertanyaan anda; 
  • untuk memasarkan (termasuk pemasaran langsung) produk-produk insurans kepada anda;
  • bekerjasama dengan atau membantu dalam penyiasatan yang dijalani oleh badan-badan insurans dan takaful;
  • untuk mengelakkan penipuan atau aktiviti haram dan menguatkuasakan syarat penggunaan kami; 
  • untuk penyelidikan, audit, penilaian risiko, termasuk penyelidikan statistik dan kajian data;
  • untuk melaksanakan sebarang kewajiban di bawah skim pemindahan perniagaan yang sah;
  • untuk membolehkan kami mematuhi kewajiban di bawah undang-undang atau peraturan-peraturan atau untuk membantu siasatan oleh badan-badan penguatkuasaan.

(secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”)

3. Penzahiran Data Peribadi anda

Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda menyetujui untuk kami memproses Data Peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua Data Peribadi yang anda memberi adalah tepat dan lengkap, dan tidak ada yang mengelirukan atau bukan terkini. Anda akan dengan segeranya memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda.

Jika anda membeli polisi melalui laman web kami, Data Peribadi yang anda memberi akan didedahkan kepada MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BHD (46983-W). Jika anda ingin mengetahui bagaimana MSIG memproses Data Peribadi anda, satu salinan Notis Privasi MSIG boleh diakses di sini. Sekiranya pihak bebas terlibat dalam tuntutan insurans untuk anda, contohnya syarikat penyiasatan tuntutan, hospital, dan lain-lain, persetujuan dianggap telah diberikan kepada pihak-pihak bebas ini untuk memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda. Kami tidak akan menzahirkan sebarang Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda, kecuali kepada kumpulan syarikat kami atau syarikat yang berkaitan, penasihat profesional, pentadbiran sumber manusia, ejen pengurusan, pembekal gaji, pembekal perkhidmatan IT, pembekal insurans, bank dan / atau institusi kewangan kami, di dalam atau di luar Malaysia, berdasarkan asas perlu tahu untuk Tujuan-Tujuan di atas dan untuk tujuan perniagaan lain yang sah sahaja, dan kepada mana-mana pihak yang kami terpaksa atau diperlukan oleh undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kerajaan.

Jika anda tidak memberi Data Peribadi di atas, kami mungkin tidak dapat melaksanakan perkhidmatan kami dengan berkesan.

4. Akses kepada Data Peribadi

Kami komited untuk melindungi Data Peribadi anda dan memastikan ia disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada (butir-butir di bawah), meminta salinan, dan meminta untuk mengemas kini atau membetulkan Data Peribadi yang disimpan oleh kami. Anda juga mempunyai hak pada bila-bila masa untuk meminta kami (butir-butir di bawah) untuk mengehadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda (termasuk untuk tujuan pemasaran langsung), tertakluk pada hak kami untuk bergantung kepada pengecualian statutori dan/atau pengecualian untuk mengumpul, mengguna dan menzahirkan Data Peribadi anda. 

Jika anda menarik persetujuan anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat terus memberikan perkhidmatan kami kepada anda. Kami akan memaklumkan anda tentang akibat yang mungkin berpunca daripada penarikan persetujuan tersebut apabila kami menerima notis penarikan persetujuan anda. Anda akan menanggung semua akibat undang-undang yang timbul daripada penarikan persetujuan dan / atau penamatan polisi insurans yang berikutan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, pertanyaan, aduan, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda, sila hubungi kami di privacy@oyen.my

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa, sebarang kemas kini mengenai Dasar Privasi ini akan diterbitkan di laman web kami.

Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, Dasar Privasi ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku apa-apa pencanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.  

Bertarikh pada 1 Mac 2021.