Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Kenapa kucing muntah? Apa yang anda boleh lakukan segera!

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Sebagai pemilik kucing, pastinya anda pernah terlihat kucing anda muntah. Namun, tahukah anda kucing muntah sebenarnya bukan perkara yang boleh diambil mudah. Malah, keadaan kucing muntah ini boleh menjadi semakin teruk dan boleh memudaratkan kesihatan kucing! 

Pastinya, anda akan tertanya-tanya kenapa kucing muntah dan tidak mahu makan. Jangan bimbang, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kenapa kucing muntah dan apa yang anda patut lakukan.

Punca kucing muntah

©Acoma Animal Clinic

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh menjadi punca kucing muntah. Berikut merupakan beberapa perkara utama yang boleh menjadi punca kucing muntah iaitu:

Racun

Sabun pencuci atau peluntur

Walaupun di dalam rumah, beberapa perkara yang berada di sekitar rumah boleh menjadi racun kepada kucing. Sebagai contoh, bahan pencuci atau bahan peluntur di dalam bilik air, sekiranya dijilat oleh si comel ini boleh menyebabkan keracunan.

Minyak aromaterapi atau essential oil

Wangi tapi bahaya untuk si comel! Tahukah anda, minyak aromaterapi atau essential oil juga boleh mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keracunan bahan kimia kepada kucing.
Tahukah anda, walaupun hanya dengan menghirup udara daripada minyak aromaterapi dan essential oil ini, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan pada kucing. Malah, keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya kucing anda mempunyai masalah pernafasan seperti penyakit asma.
Bukan itu sahaja, sekiranya essential oil atau minyak pati ini melekat pada bulu kucing dan sekiranya kuncit menjilat badannya, ia boleh menjadi racun kepada si bulus! 

Tanaman atau pokok hiasan

Nampak selamat, tetapi beracun kepada kucing! Tahukah anda, sebenarnya beberapa jenis tanaman di rumah juga boleh menjadi tanaman beracun kepada kucing. 
Berikut merupakan beberapa jenis tanaman yang boleh menjadi beracun kepada kucing iaitu:

  • Bunga lili
  • Lidah buaya
  • Bunga kertas
  • Bunga daffodil

Ubat-ubatan

Ubat boleh menjadi penyembuh kepada manusia, tetapi ia merupakan bahan yang boleh menjadi racun kepada kucing. Ini kerana sistem badan manusia dan kucing adalah berbeza dan tidak sama.
Sebagai contoh, ubat Panadol atau lebih tepatnya Paracetamol mengandungi bahan aktif acetaminophen yang  boleh menyebabkan kucing anda mengalami kesan sampingan seperti muntah-muntah, malah seterusnya boleh menyebabkan kematian disebabkan keracunan!

Diet atau pemakanan

Sekiranya kucing anda muntah-muntah setelah mengalami perubahan diet atau makanan, itu mungkin menjadi puncanya!
Sama seperti manusia, kucing juga boleh mengalami ketidakhadaman atau sensitif terhadap sesetengah jenis makanan. Contohnya, penukaran diet atau makanan secara mendadak juga boleh menjadi salah satu faktor kucing akan mengalami masalah ketidakhadaman dan muntah-muntah
Bukan itu sahaja, kemungkinan juga kucing anda memakan bangkai haiwan seperti tikus, lipas atau cicak tanpa disedari.

Hairball atau bulu gugur

Percaya atau tidak, hairball juga boleh menjadi salah satu sebab mengapa kucing mengalami simptom muntah. Seperti yang anda tahu, menjilat badan dan membersihkan bulu merupakan cara semulajadi bagi kucing membersihkan badan, bulu yang gugur sewaktu dijilat biasanya akan melalui sistem penghadaman tanpa sebarang masalah.
Biasanya, kucing akan memuntahkan semula bulu ini. Namun, sekiranya ada bulu kucing yang masih tertinggal di dalam perut, lama kelamaan ia boleh membentuk gumpalan bulu atau  hairball. 
Jika gumpalan bulu atau hairball ini tidak dapat dikeluarkan oleh si comel, lama kelamaan ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Masalah kesihatan

Walaupun nampak remeh, sebenarnya simptom kucing yang muntah-muntah boleh menjadi tanda-tanda awal masalah kesihatan atau penyakit yang lebih serius.
Secara umumnya, berikut merupakan beberapa jenis masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kucing anda muntah iaitu:

Tips untuk mengesan punca kucing anda muntah

©Freepik

Bagi memudahkan anda mengesan punca sebenar kucing muntah, Oyen senaraikan beberapa soalan yang boleh membantu anda. 
Soalan-soalan ini juga boleh membantu memudahkan doktor veterinar anda membuat penilaian serta memberi rawatan yang sewajarnya:

  • Adakah kucing anda terdedah kepada racun atau pokok yang beracun?
  • Bilakah simptom muntah ini bermula?
  • Apakah kandungan muntah
  • Adakah kucing anda boleh mengalami cirit-birit?
  • Adakah kucing anda juga mengalami hilang selera makan serta hilang berat badan
  • Adakah kucing anda kencing seperti biasa?

Jenis-jenis muntah kucing

Tak kenal, maka tak tahu. Seterusnya, jom kita kenali jenis muntah kucing dan penyebabnya dengan lebih lanjut. 
Berpandukan jenis muntah kucing ini, ia boleh membantu veterinar anda mengesan punca sebenar mengapa kucing anda mengalami simptom muntah-muntah
Tips Oyen
: Anda boleh menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar muntah kucing. Dengan ini, anda boleh membantu memberikan gambaran lebih jelas kepada pihak veterinar yang akan merawat nanti.

Muntah Hairball

Kucing muntah bulu atau muntah hairball sebenarnya bukanlah suatu perkara asing, namun sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan usus kucing tersumbat!

Langkah mencegah kucing muntah bulu

Mencegah lebih baik dari merawat. Secara umumnya, berikut merupakan beberapa langkah bagi mencegah kucing muntah bulu iaitu:

  • Kucing yang mengalami masalah bulu gugur yang teruk boleh mengalami masalah muntah hairball ini. Oleh itu, cuba tukar makanan kucing yang khas untuk bulu gugur

  • Tambah Hairball Malt Paste dalam makanan si manja. Malt Paste membantu hairball melalui usus kucing anda dengan lembut dan berkesan

  • Bersihkan kucing anda dengan menyikat bulu kucing setiap hari. Lebih banyak bulu yang anda sikat,  semakin kurang risiko bagi pembentukan hairball

  • Bantu penghadaman kucing anda dengan memberikan lebih banyak air dan makanan yang mengandungi serat

  • Bagi kucing dengan bulu panjang atau sederhana, gunting atau grooming bulu kucing anda supaya sentiasa dalam keadaan pendek. Bulu kucing bukan sahaja akan menjadi lebih mudah untuk diuruskan, ia juga akan mengurangkan masalah hairball

Sekiranya kucing anda mengalami masalah muntah pada tahap berikut, segera bawa ke pihak veterinar:

  • Kerap mencuba muntah tetapi tiada yang keluar
  • Batuk dengan kerap
  • Kucing anda mengalami masalah untuk berak
  • Bahagian perut dan abdomen menjadi keras
  1. Muntah Berbuih

Punca kucing muntah buih

Biasanya, kucing muntah berbuih apabila perut berada dalam keadaan kosong. Berikut merupakan punca lain yang boleh menyebabkan muntah kucing menjadi berbuih dan berair iaitu:

  • Makan benda asing
  • Masalah cacing
  • Inflammatory Bowel Disease atau IBS
  • Pancreatitis
  • Kegagalan hati dan buah pinggang

  1. Muntah Kuning

Ya, jangan terkejut sekiranya anda bangun pagi dan lantai rumah dipenuhi dengan muntah berwarna kuning. 

Punca kucing muntah kuning

Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi sebab kenapa muntah kucing kuning iaitu:

  • Boleh disebabkan hempedu dan penyakit hati
  • Muntah ketika perut kucing kosong
  • Kucing makanan yang berwarna kuning
  • Saluran kencing tersumbat
  • Kegagalan buah pinggang 

  1. Muntah Darah

Bukan sahaja manusia, kucing anda juga boleh mengalami muntah darah! Secara saintifiknya, keadaan ini yang dinamakan hematemesis. Malah, keadaan ini akan melibatkan muntah yang berwarna coklat seperti kopi yang dipanggang

Punca muntah berdarah

Berikut merupakan beberapa sebab yang boleh menyebabkan kucing muntah berdarah seperti:

  • masalah muntah berpanjangan yang tidak dirawat
  • masalah cacing
  • Masalah penghadaman IBD atau ulser perut
  • Menelan objek yang tajam seperti tulang ikan
  • Masalah pembekuan darah
  • Kecederaan trauma contohnya jatuh, kemalangan dan sebagainya

  1. Muntah Cacing

Bayangkan sewaktu anda bangun di waktu pagi, ada muntah cacing yang masih bergerak-gerak di atas lantai. Eww!
Namun, sebenarnya muntah cacing ini boleh memberikan tanda bahawa kucing anda mempunyai masalah cacing yang serius. Bukan sahaja serius, ia juga boleh menjangkiti kucing lain yang berada di rumah.

Punca kucing muntah cacing

  • Anak kucing yang dijangkiti menerusi ibu kucing
  • Dijangkiti cacing melalui najis kucing yang lain

  1. Muntah Makanan

Akhir sekali, kucing anda juga boleh memuntahkan kembali makanan yang dimakan. Sekiranya perkara ini berlaku, berikut merupakan beberapa kemungkinan perkara ini berlaku:

Kenapa kucing muntah makanan

  • Makan terlalu cepat
  • Alahan makanan
  • Hairball
  • Gastritis

Bila anda perlu bimbang sekiranya kucing muntah dan perlu dibawa ke veterinar?

Sebenarnya, kucing muntah boleh dibezakan dengan dua kategori:

Muntah ringan atau acute vomiting

Kucing anda akan mengalami simptom muntah dalam tempoh sehari dua. Biasanya, ia akan sembuh dalam masa beberapa hari.

Muntah kronik atau chronic vomiting

Kucing anda muntah beberapa kali dalam sehari dan juga mempunyai simptom yang lain seperti lemah, kucing muntah darah dan juga darah pada najis.
Cara yang terbaik untuk menentukan keadaan ini bagi kucing anda adalah dengan memerhatikan tabiat mereka. Sekiranya isu ini berlaku contohnya disebabkan pemakanan dan juga tabiat memakan tanaman yang tidak sesuai bagi mereka, ia masih boleh diubah.
Namun, sekiranya perkara ini membawa kepada simptom yang lebih teruk yang lain, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pihak veterinar yang lebih pakar.

Cara menjaga kucing muntah di rumah

Bagi memberikan rawatan dan penjagaan yang terbaik di rumah, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan sebagai pemilik kucing:

  1. Berikan ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh veterinar
  2. Sentiasa buat pemerhatian kepada kucing sama ada simptom muntah semakin kerap atau berulang
  3. Pastikan kucing anda mendapatkan air yang secukupnya bagi mengelakkan mengalami dehidrasi
  4. Perhatikan juga tabiat kucing anda di rumah bagi mengenalpasti punca kucing muntah dan mengelakkannya daripada berulang kembali

Kesimpulan

Sebenarnya, keadaan kucing muntah masih boleh dirawat lebih awal sebelum ia menjadi serius. Ia juga boleh menjadi petanda dan simptom awal kepada penyakit yang lebih serius. 
Sekiranya kucing anda mengalami tanda-tanda muntah seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel ini, segera bawa kucing anda ke klinik haiwan berdekatan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor veterinar.
Sebagai pemilik kucing, pastikan anda mengenalpasti tabiat dan simptom in terlebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius dan kos rawatan juga akan menjadi semakin tinggi.
Sekiranya masalah bil rawatan veterinar merisaukan anda, jangan bimbang! Dengan serendah RM32 sebulan,  anda boleh membuat tuntutan balik 90% bil rawatan anda!

Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka  kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.