Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Tips Penjagaan Kucing Mengandung Di Malaysia

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi pemilik kucing, memiliki kucing mengandung pastinya mengundang seribu satu rasa. Perasaan takut, berdebar-debar dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pastinya bermain di fikiran.

Bukan itu sahaja, kucing yang mengandung juga mungkin akan menunjukkan tabiat dan perangai yang sedikit berbeza berbanding dengan mereka dahulu disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Jangan bimbang, dalam artikel kali ini, Oyen akan kongsikan tips kepada anda tips penjagaan kucing mengandung.

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai , jom kita ketahui beberapa perkara penting bagi kucing mengandung ini.

Berapa bulan kucing mengandung?

Secara umumnya, kucing akan mengandung selama 63-65 hari atau 9 minggu. Ia lebih kurang 2 bulan 2 minggu sebelum mereka melahirkan anak.

Apakah tanda kucing mengandung

Kucing biasanya akan menunjukkan tanda-tanda kucing mengandung bermula pada minggu ketiga. Antara tanda-tanda kucing mengandung ialah:

  • Bahagian perut yang semakin membesar
  • Puting dada kucing yang akan mula kemerahan dan membesar
  • Bagi sesetengah kucing mengandung, disebabkan hormon bulu mereka mulai gugur
  • Lebih manja dan inginkan perhatian
  • Mudah stres dengan keadaan sekeliling yang tidak selesa
  • Walaupun jarang, ada sesetengah keadaan kucing yang bunting dikatakan muntah-muntah
  • Makan lebih banyak daripada biasa bagi memberikan nutrisi yang secukupnya kepada anak kucing yang dikandung

Adakah kucing mengandung boleh vaksin atau tidak?

Biasanya, kucing mengandung tidak disyorkan mengambil vaksin kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada anak kucing. Walaupun begitu, anda boleh mendapatkan nasihat yang lebih pakar daripada pihak veterinar mengenai vaksin bagi kucing mengandung.

Tips penjagaan kucing mengandung

Jom kita lihat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan proses kehamilan kucing anda ini berjalan dengan lancar.

1. Buat lawatan ke veterinar

Sebaik sahaja kucing anda sudah menunjukkan tanda-tanda mengandung, bawa si ibu kucing ke veterinar. Ini bagi memastikan kucing anda tidak mengalami sebarang komplikasi sewaktu kehamilan.

Biasanya pihak veterinar akan menjalankan rawatan ultrasound bagi mengesahkan kehamilan atau terdapat sebarang komplikasi penyakit yang lain. Sekiranya tidak menjadi masalah, pihak veterinar mungkin akan memberikan anda tarikh rawatan susulan seterusnya bagi memantau kesihatan si ibu kucing sekiranya jika perlu. 

2. Tukar makanan kucing mengandung

Seterusnya, ibu kucing yang mengandung memerlukan nutrisi makanan yang lebih tinggi. Salah satu cara yang baik ialah menukar makanan kucing mengandung kepada makanan anak kucing. Mengapa? Makanan anak kucing mengandungi kadar nutrisi yang lebih tinggi berbanding dengan makanan kucing dewasa dan sangat sesuai bagi ibu kucing yang mengandung.

Malah, kucing mengandung juga akan makan lebih banyak dan kerap bagi memastikan kandungannya yang sihat. Berikan sahaja makanan tambahan sekiranya perlu dan diminta oleh si ibu kucing ini. Mereka mempunyai naluri yang semulajadi bagi mendapatkan makanan serta nutrisi yang secukupnya bagi tubuh badan mereka.

Sekiranya perlu, anda boleh mendapatkan nasihat pakar bagi mendapatkan vitamin tambahan yang sesuai bagi kucing yang mengandung ini. Ia boleh membantu mereka menambah sebarang kekurangan nutrisi di dalam badan.

3. Sediakan bekalan air minuman

Hidrasi, hidrasi, hidrasi! Sepenting nutrisi makanan, memastikan kucing anda mendapatkan bekalan air minuman yang secukupnya juga penting. Apabila kandungan mereka semakin  besar, kucing mengandung akan menjadi kurang aktif dan juga sukar untuk bergerak.

Letakkan sahaja bekas minuman air lebih banyak di sekitar ruangan rumah. Ia akan membantu memudahkan mereka untuk mendapatkan air yang secukupnya.

4. Sediakan pasir kucing atau litter box

Selain itu, anda juga boleh menyediakan lebih banyak pasir kucing atau litter box di sekitar rumah. Ibu kucing yang mengandung akan lebih kerap kencing disebabkan tekanan pada pundi kencingnya terutamanya apabila kandungan mereka semakin membesar.

Dengan menyediakan lebih banyak akses kepada pasir kucing ini, ia akan memudahkan kucing anda serta mengelakkan urin kucing anda terlepas ke merata-rata tempat di sekitar rumah.

5. Sediakan persekitaran selesa bagi si ibu kucing untuk melahirkan anak

Biasanya, si ibu kucing ini akan mencari tempat yang selesa untuk melahirkan anak. Bagi cara ini, anda boleh meletakkan selimut yang tebal di sekitar rumah sebagai persediaan serta pilihan bagi kucing mengandung ini. Anda boleh meletakkan alas surat khabar atau plastik bagi memudahkan anda membersihkannya nanti selepas mereka melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyediakan kelengkapan lain seperti pad pemanas atau heating pad, tuala atau kain yang bersih. Pastikan semua keperluan ini disediakan di tempat yang lebih senyap dan bersih bagi memastikan kucing anda berasa lebih selamat dan tenang.

6. Lihat tanda-tanda kucing anda ingin melahirkan anak

Akhirnya, perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan kucing anda sudah bersedia untk melahirkan anak. Pastikan anda sentiasa memerhatikan proses kelahiran kucing anda ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia apabila mereka memerlukan bantuan.

Biasanya, proses melahirkan anak kucing akan  memakan masa 10 minit hingga 1 jam. Namun sekiranya ia berlarutan lebih daripada 3 jam serta  berlaku sebarang komplikasi, dapatkan bantuan pihak veterinar dengan segera.

Selepas melahirkan anak, kucing boleh memakan hanya masa 6 minggu sebelum mengandung semula. Sekiranya anda ingin mengawal kucing anda daripada melahirkan lebih ramai anak kucing dan mengelakkannya daripada terabai, ada baiknya mandulkan sahaja kucing.

Dengan cara ini, anda akan lebih menumpukan perhatian dan memberikan penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti. Bagi mereka masih keliru dengan proses dan hukum memandulkan kucing, perkongsian artikel ini mungkin boleh membantu anda.

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, sekurang-kurangnya kos rawatan penyakit dan kemalangan di veterinar bagi kucing mengandung anda tidak lagi menjadi masalah. Namun sebarang rawatan rutin atau komplikasi disebabkan kehamilan tidak dilindungi di bawah polisi kami.

Semak kelayakan di sini.