Dapatkan perlindungan untuk Si Bulus serendah RM32/sebulan untuk perlindungan sebanyak RM8,000 setahun!
Dapat Quote Sekarang!Sementara Masih Ada!
Proses secara atas talian
(daftar, serah tuntutan dan gambar resit)
Bagi pemilik kucing atau haiwan kesayangan, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan datang. Tidak kira sama ada kucing anda jatuh sakit atau berlaku kemalangan yang tidak diingini, anda perlu bersedia untuk ke klinik atau hospital veterinar yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera.
Kali ini, Oyen akan kongsikan 16 senarai vet yang bagus dan murah di KL dan Selangor. Jangan lupa untuk kongsikan dan simpan senarai ini untuk kegunaan masa akan datang.
Jom kita bermula!
Bagi pemilik kucing yang tinggal di Kuala Lumpur, anda bertuah kerana mempunyai pelbagai pilihan klinik veterinar yang boleh dikunjungi. Tidak kira klinik haiwan kerajaan atau swasta, pilih sahaja yang sesuai dengan bajet dan berdekatan dengan rumah anda!
Jika HKL terkenal sebagai hospital kerajaan di Kuala Lumpur, perkhidmatan klinik veterinar kerajaan tidak kurang hebatnya di Hospital Veterinar Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai HVKL.
Bukan itu sahaja, Hospital Veterinar Kuala Lumpur ini turut menawarkan beberapa perkhidmatan yang tidak kurang hebatnya dengan perkhidmatan di klinik veterinar swasta seperti:
Nombor untuk dihubungi: 03-92849716/18
Waktu Operasi :
Isnin hingga Rabu:
Sesi pagi: 7.45 pagi hingga 10.00 pagi
Sesi petang: 2.00 petang hingga 2.45 petang
Khamis hingga Jumaat
Sesi pagi: 7.45 pagi hingga 10.00 pagi
Sabtu, Ahad dan Cuti umum: Tutup
Alamat: Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Dengan pengalaman 10 tahun dalam bidang veterinar, Bangsar Veterinary Clinic And Surgery merupakan salah satu klinik veterinar yang mempunyai review yang positif di Google.
Kebanyakan ulasan positif yang diberikan di Google memberikan pujian kepada Dr Joel yang mesra dan berkebolehan mengendalikan haiwan peliharaan yang cemas dan sakit.
Anda boleh menghubungi mereka di:
Nombor untuk dihubungi: 03-2284 4051
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat:
9:30 AM – 5:30 PM
Sabtu:
9:30 AM – 4:30 PM
Ahad: Tutup
Alamat:
94, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Seterusnya, anda juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Veterinar Dwitasik yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Dengan ulasan yang positif 4.9 bintang Facebook dan juga 4.6 bintang di Google. Malah, ada komen pelanggan yang datang dari jauh hanya semata-mata ingin mendapatkan rawatan di klinik ini.
Apa yang menarik, klinik veterinar ini turut menawarkan perkhidmatan bagi grooming kucing. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkhidmatan veterinar yang tidak ditawarkan di klinik ini seperti berikut
Nombor untuk dihubungi: +60323030906
Waktu Operasi:
Ahad:
11.00 a.m-12.45 p.m
2.30 p.m - 5.00 p.m
Isnin hingga Khamis:
11.00 a.m-12.45 p.m
2.30 p.m - 8.00 p.m
Jumaat dan cuti umum: Tutup
Sabtu:
11.00 a.m-12.45 p.m
2.30 p.m - 5.00 p.m
Alamat:
34-G, Jalan Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Seterusnya, antara klinik veterinar swasta dengan komen positif pelanggan tentang servis doktor veterinar yang mesra dengan harga berpatutan ialah Hayward Animal Clinic. Rata-rata pelanggan memuji pengalaman dan servis yang ditawarkan di sini.
Bukan sahaja servis yang memuaskan, doktor veterinar di sini juga diberikan pujian kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang penjagaan haiwan kesayangan. Sekiranya anda merupakan pemilik kucing yang tinggal berdekatan dengan klinik veterinar ini, jangan lupa untuk berkunjung ke klinik ini.
Nombor untuk dihubungi: 03-42563175
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat:
10.00 a.m- 1.00 p.m
3.30 p.m- 5.30 p.m
Sabtu:
10.00 a.m - 4.00 p.m
Ahad:Tutup
Alamat: No. 437, Jalan Batu 41/2, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan Desa Pandan, Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan perkhidmatan klinik veterinar ini. Malah, klinik ini juga mempunyai media sosial yang aktif di Facebook untuk anda mendapatkan maklumat terkini serta perkongsian ilmu oleh klinik ini.
Bukan itu sahaja, klinik veterinar swasta ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
Apa yang menarik lagi, klinik veterinar ini tidak mengenakan sebarang caj atau yuran konsultasi bagi servis rawatan dan juga vaksinasi.
Nombor untuk dihubungi: 03-9202 1880 / 018-362 1880
Waktu Operasi:
Isnin- Jumaat: 10 pagi hingga 7 petang
Sabtu-Ahad: 10 pagi hingga 4 petang
Alamat: 20, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Seterusnya, anda juga boleh berkunjung ke Klinik Veterinar C&D yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Apa yang menarik tentang klinik ini, mereka turut menawarkan perkhidmatan bagi rawatan cuci gigi atau scaling yang mungkin tidak akan dijumpai di semua klinik.
Bukan itu sahaja, klinik ini juga mempunyai perkhidmatan ultrasound dan juga ujian makmal bagi membantu mengesan penyakit dengan lebih tepat dan cepat. Dengan semua perkhidmatan yang ditawarkan ini, rata-rata pelanggan memuji perkhidmatan yang profesional dengan harga yang masih berpatutan.
Selain itu, klinik ini turut menawarkan perkhidmatan yang lain seperti:
Nombor untuk dihubungi: 03-62636371 / 0182091088
Waktu Operasi:
Isnin: Tutup
Selasa hingga Jumaat: 10 pagi hingga 7.30 malam
Ahad: 10 pagi hingga 2.30 petang
Alamat: 15, Jalan 9/62a, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Seterusnya, anda juga boleh berkunjung ke Klinik Veterinar CPAC yang mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu:
Pada masa ini, klinik veterinar ini juga mempunyai perkhidmatan staf yang terlatih daripada pelbagai jawatan seperti pakar bedah veterinar dan juga staf veterinar. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan rawatan yang lengkap seperti pembedahan, rawatan gigi, X-Ray dan juga farmasi.
Selain itu, salah satu keunikan bagi klinik veterinar ini ialah kedua-dua cawangan klinik ini mempunyai pengiktirafan Cat Friendly Clinic (CFC) oleh Persatuan International Society for Feline Medicine.
Nombor untuk dihubungi:
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat : 10:00 pagi - 7:00 malam
Sabtu hingga Ahad: 10:00 pagi - 3:00 petang
Cuti Umum: 10:00 pagi - 2:00 petang atau akan ditutup berdasarkan notis
Alamat:
VPAC Kuchai Lama: No. 49, Jalan Kuchai Lama, Taman Lian Hoe, 58100, Kuala Lumpur, Malaysia
VPAC Solaris Mont Kiara: No. 5, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman web | Facebook VPAC Kuchai Lama | Facebook Solaris Mont Kiara
Seterusnya, Wangsa Melati Vetrinary Clinic pula hanya menawarkan perkhidmatan bagi rawatan kesihatan kucing. Sekiranya anda lebih selesa mendapatkan rawatan di klinik yang hanya menerima kucing, klinik ini mungkin boleh menjadi pilihan anda.
Nombor untuk dihubungi: 03-4142 2854
Waktu Operasi:
Ahad: 11 pagi hingga 1 petang
Isnin: 11 pagi hingga 3 petang
Selasa: Tutup
Rabu: 11 pagi hingga 3 petang
Khamis: 11 pagi hingga 3 petang
Jumaat: 10:30 pagi–12 petang, 2–3 petang
Sabtu:11 pagi hingga 3 petang
Alamat: No. 41, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dengan ulasan pelanggan yang menyatakan klinik veterinar ini merupakan yang terbaik di KL, klinik ini boleh menjadi salah satu pilihan utama untuk mendapatkan rawatan. Salah satu keistimewaan klinik ini ialah ia memberikan perkhidmatan kepada semua jenis haiwan termasuklah haiwan eksotik.
Bukan itu sahaja, klinik ini juga menawarkan perkhidmatan house call atau servis veterinar ke rumah bagi pemilik yang mempunyai kesukaran untuk membawa haiwan kesayangan ke klinik.
Klinik ini juga aktif berkongsi di media sosial tentang ilmu veterinar dan kes-kes haiwan yang dirawat di klinik mereka.
Nombor untuk dihubungi: 03-9226 8766
Waktu Operasi:
Ahad: 9:30 pagi- 4:30 petang
Isnin: Tutup
Selasa hingga Sabtu: 9:45 pagi–4:30 petang
Alamat: 21, Tingkat G, Jalan 1/76,Desa Pandan, Kuala Lumpur 55100, Kuala Lumpur.
Seterusnya, Oyen akan kongsikan pula perkhidmatan veterinar kerajaan dan veterinar swasta yang ditawarkan di Selangor.
Negeri Selangor mempunyai beberapa perkhidmatan veterinar kerajaan di sekitar negeri ini.Berikut merupakan maklumat daerah yang mempunyai perkhidmatan veterinar kerajaan ini iaitu:
03-61402979 / 03-61403217
No.1, Jalan PJU 10/1E, Damansara Damai, Sungai Buloh, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
03-60641041
Jalan Kolam Air 44000 Kuala Kubu Bharu
03-87365002
C-17, Jalan TKS 2, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor
03-31686077
Jalan Haiwan, Kampung Kastam, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
03-31917193
Jalan Sungai Buaya, Kampung Sungai Jarom, 42600 Jenjarom, Selangor
03-32891537 / 03-32811184
Jalan Tanjong Keramat, Selangor, 45000 Kuala Selangor
03-60919962 / 03-60924148
Lot 4831, Greenpark, 48000 Rawang, Selangor
03-8705 2489 / 03-31421362
No. 32, Jalan 11, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor
Seterusnya, anda juga boleh berkunjung ke klinik veterinar swasta ini yang terletak di Shah Alam, Selangor. Klinik ini menawarkan beberapa perkhidmatan iaitu:
Bagi yang mengenali Dr Ima yang aktif berkongsi tentang ilmu haiwan kesayangan di media sosial, pastinya akan gembira untuk mendapatkan perkhidmatan di sini. Malah, klinik ini juga menerima apa jua haiwan kesayangan anda termasuklah haiwan eksotik.
Mengikut ulasan yang diberikan, Dr Ima akan memberikan penerangan yang jelas mengenai masalah kesihatan haiwan kesayangan anda dan penjagaan yang perlu diberikan. Jika anda merupakan salah seorang penduduk di Shah Alam, jangan lupa untuk menjadikan klinik ini salah satu pilihan anda!
Nombor untuk dihubungi: 03-5131 9188
Waktu operasi:
Isnin hingga Rabu:
10:00 pagi - 2:00 petang
3:00 petang - 7:00 malam
Khamis:
9:00 pagi - 2:00 petang
3:00 petang- 5:30 petang
Jumaat dan Ahad: Tutup
Sabtu:
10:00 pagi - 2:00 petang
3:00 petang - 5:00 petang
Alamat: 32, Jln Anggerik Vanilla BE 31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Seterusnya, anda juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Haiwan iVet Petcare. Bukan sahaja dari segi perkhidmatan veterinar, klinik ini juga menawarkan kemudahan aplikasi iVet Petcare, di mana anda boleh membuat temujanji, mendapatkan maklumat tentang haiwan kesayangan dan juga membuat pembelian secara online.
Bukan itu sahaja, klinik turut menawarkan kemudahan iVetZoom bagi sesi konsultasi secara online bagi memberikan diagnosis awal bagi kes yang tidak serius. Ini pastinya akan memudahkan pemilik haiwan kesayangan yang mempunyai kekangan masa dan tenaga untuk berkunjung ke klinik.
Bukan sahaja di Petaling, klinik ini juga mempunyai beberapa cawangan yang lain seperti berikut:
03-55453560
No 86-GF, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam
Isnin hingga Sabtu: 10:30am-7:30pm
Ahad: 10:30am-7:00pm
03-55243560
21-C Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi L 16/L, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.
03-42666115
1-G, Jelatek Business Center, Jalan Jelatek 1, 54200 Kuala Lumpur.
03-8082 2076
25, Jalan BK 5a/3a, Bandar Kinrara 5, 47180 Puchong, Selangor
03-7932 3528
3 Two Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor
03-7832 3443
No 5, Jalan Pelapik B U8/8, Bukit Jelutong 40150, Shah Alam, Selangor.
03-4065 5912
B3-3A, Liberty ARC @ Ampang UKAY, Jalan Kabus, 68000 Ulu Kelang, Selangor.
Facebook| Instagram | Youtube | Twitter | Aplikasi iVet Petcare
Di samping itu, Kitty's Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Klang merupakan salah satu klinik swasta yang terkenal di daerah ini. Klinik ini yang memfokuskan rawatan dan penjagaan kucing, turut mempunyai pakej perkhidmatan spa kucing!
Malah, klinik ini juga kerap menjalankan promosi di media sosial mereka bagi perkhidmatan rawatan kucing. Contohnya, mereka menjalankan promosi raya pakej Spay + Vaccine untuk kucing betina pada masa artikel ini ditulis. Menarik kan!
Nombor untuk dihubungi: 03-5166 5224
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat:
10.00 pagi –1:30 petang, 3.00–7.00 petang
Sabtu dan Ahad:
10.00 pagi hingga 3.00 petang
Alamat: 71, Lorong Sanggul 1f, Bandar Puteri, 41200 Pelabuhan Klang, Selangor
Klinik Veterinar Muezza ini ditubuhkan sejak tahun 2011. Dengan hanya bermula daripada sebuah bilik kecil, klinik ini telah berkembng dengan maju kepada bangunan dua tingkat yang lebih selesa.
Buat masa ini, klinik ini menawarkan 5 orang doktor veterinar yang berpengalaman dan juga 8 staf bagi memberikan khidmat yang terbaik bagi pelanggan mereka.
Selain itu, klinik veterinar ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan veterinar. Antaranya ialah:
Dengan misi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang masih mampu milik, klinik ini merupakan salah satu pilihan yang boleh dicuba!
Nombor untuk dihubungi: 03-40315082
Waktu Operasi :
Isnin hingga Khamis: 10.30 AM- 5.30 P.M
Jumaat dan Cuti Umum: Tutup
Sabtu dan ahad: 10.30 AM- 5.30 P.M
Alamat: 1-2, Residensi Gombak, G-3,Residensi Gombak 126, No.133 Jalan Gombak,, 126, Jln Gombak, Gombak, 53000 Gombak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sesuai dengan namanya, Klinik Veterinar Dr Paws juga mempunyai ulasan pelanggan yang baik dari sudut layanan yang mesra oleh doktor veterinar di klinik ini. Salah seorang pelanggan juga memberikan komen harga rawatan yang dikenakan adalah murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan klinik veterinar lain di sekitar Kuala Langat dan Sepang.
Sekiranya anda inginkan khidmat yang profesional dan mesra tetapi masih dengan harga yang berpatutan di Sepang, jangan lupa untuk berkunjung ke klinik ini.
Nombor untuk dihubungi: 011-5862 5864
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat: 11.00 pagi - 2.00 petang, 3:00 petang - 6:45 petang
Sabtu: 11.00 pagi-2.00 petang
Ahad: Tutup
Alamat: Kip Sentral, G-83A, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Bagi penduduk di daerah Hulu Langat yang memerlukan rawatan bagi kucing kesayangan anda, klinik ini boleh menjadi salah satu pilihan anda. Bagi Kitty’s Care, mereka bukan hanya sekadar sebuah klinik veterinar, namun lebih dari itu.
Klinik ini bukan sahaja merawat kucing yang dibawa, malah kucing jalanan juga akan dirawat di sini. Apa yang menarik, mereka turut menjalankan beberapa aktiviti sosial seperti adoption atau adopsi kucing, bank makanan kucing dan juga memandulkan kucing.
Malah, klinik ini turut menawarkan perkhidmatan veterinar yang cukup lengkap dari khidmat rawatan kecemasan dan kemalangan, ujian diagnostik hinggalah prosedur pembedahan. Selain itu, kucing anda juga boleh mendapatkan servis grooming dan juga spa di klinik ini!
Tidak sahaja terhad di daerah Hulu Langat, klinik ini juga mempunyai beberapa cawangan yang lain seperti berikut:
No. 18, Jalan P8G1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
011-11445002
No. 100, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
011-55558644
No 6-G, Jalan Suria Setapak, Taman Suria Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
011-5558 0509
Waktu Operasi:
Isnin hingga Khamis: 10.30 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat:
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
3.00 petang hingga 5.30 petang
Sabtu dan Ahad:
10.30 pagi hingga 4.00 petang
Oyen harap senarai klinik veterinar yang dikongsikan ini akan membantu anda membuat pilihan terbaik untuk haiwan kesayangan. Bagi rawatan kecemasan, jangan bimbang anda boleh berkunjung ke senarai klinik veterinar 24 jam ini bagi mendapatkan rawatan.
Oyen tahu anda pastinya inginkan rawatan yang terbaik bagi haiwan kesayangan. Namun, kadang-kadang kos rawatan yang tinggi boleh menjadi halangan. Jangan bimbang!
Tahukah anda, sebenarnya bil rawatan veterinar ini boleh dituntut semula dengan Oyen Pet Insurance sehingga RM 8 000!
Jom semak kelayakan kucing anda di sini.
Penafian: Oyen tidak bertanggungjawab dengan sebarang isu tentang perkhidmatan dan tiada kaitan dengan mana-mana klinik yang dikongsikan. Artikel ini bertanggungjawab bagi memberikan perkongsian maklumat sahaja
Bagi pemilik kucing, pastinya anda inginkan kucing kesayangan kelihatan sihat dan gebu? Namun, bagaimana pula sekiranya kucing yang dibela semakin kurus dari hari ke hari? Bimbangnya!
Salah satu cara untuk menambah berat badan kucing yang mengalami masalah kurang berat badan ini ialah memberikan makanan yang akan membantu menambah berat badan. Kali ini, Oyen akan kongsikan kepada anda senarai 8 jenama makanan kucing untuk gemuk.
Sebelum itu, jom kita belajar beberapa fakta mengenai berat badan kucing yang anda perlu tahu.
Secara umumnya, berat badan normal kucing biasanya dalam anggaran 4kg - 4.5 kg. Namun, ia juga bergantung kepada jenis baka kucing tersebut. Kucing dengan baka yang lebih besar akan mempunyai berat badan yang lebih berat.
Sebagai panduan umum, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengesan dan menentukan adakah kucing anda sebenarnya berada dalam kategori kurus dan kurang berat badan.
Berikut merupakan empat bahagian badan yang boleh diperhatikan iaitu:
Bahagian tulang rusuk akan jelas kelihatan dan boleh dirasa dengan sentuhan tangan
Bahagian tulang punggung dan belakang badan akan nampak timbul dengan tanpa atau hanya sedikit lapisan lemak
Perut dalam keadaan leper di belakang tulang rusuk. Sekiranya kucing anda berbadan kurus, tetapi mempunyai perut atau buncit, ia mungkin merupakan tanda-tanda awal penyakit kucing lain yang membawa maut.
Bahagian tulang belakang jelas menampakkan tulang. Lapisan lemak hanya sedikit atau tiada langsung.
Anda boleh menjadikan gambar di bawah sebagai salah satu rujukan:
Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan? Apakah punca sebenar perkara ini boleh berlaku.
Bagi kucing, kehilangan berat badan boleh berlaku disebabkan faktor usia, namun ia juga boleh disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:
Disebabkan berat badan normal kucing hanya mencecah 4 kg hingga 4.5 kg, apabila kucing anda telah kehilangan berat badan walaupun serendah 1 kg, ia akan membawa perubahan besar kepada kucing.
Sekiranya kehilangan berat badan ini berterusan, ia boleh mengancam nyawa kucing. Segera berjumpa dengan veterinar sekiranya perkara ini masih berterusan.
Salah satu cara merawat kucing yang kurus kering adalah mengesan sekiranya ada masalah lain seperti penyakit dan sebagainya. Sebagai pemilik kucing pula, salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah mengubah diet pemakanan atau gaya hidup mereka.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan sebagai salah satu cara membuat kucing gemuk dan bulu lebat:
Bagi membantu kucing menambah berat badan, anda perlu memastikan makanan kucing yang diperbuat daripada bahan utama seperti daging, ayam atau ikan akan lebih menarik dan mudah dihadam.
Bagi makanan dry food, kucing yang kurus perlu mengambil makanan dengan kandungan 30% protein dan juga 20% lemak, manakala wet food dengan kandungan 7% protein dan juga 5% lemak, atau lebih tinggi.
Jom kita lihat senarai jenama makanan kucing yang anda boleh cuba di pasaran:
1. Royal Canin Digestive Care (0.4kg) Adult Dry Cat Food Feline Care Nutrition
Bagi pemilik kucing yang mencari makanan kucing royal canin untuk gemuk, ini merupakan salah satu pilihan yang boleh dicuba. Bukan itu sahaja, makanan kucing ini sesuai bagi si comel yang mengalami masalah penghadaman.
Sekiranya kucing anda kerap mengalami simptom seperti sembelit atau cirit-birit, sehingga menyebabkan kehilangan berat badan, jangan lupa untuk mencuba makanan ini.
Hanya dalam masa 10 hari, makanan kucing ini dikatakan mampu membantu masalah penghadaman anda.
Bukan itu sahaja, kandungan protein dalam makanan ini sebanyak 38% dan juga 15% lemak, boleh membantu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada kucing anda.
Harga bermula: RM 19.90
2. Instinct Original Grain Free Recipe With Real Chicken Cat Food 5kg
Seterusnya, jika anda mencari kibbles dengan kandungan protein yang tinggi, cubalah Instinct Original Grain Free Recipe With Real Chicken Cat Food.
Apa yang menarik, makanan ini diperbuat daripada tanpa sebarang pengawet dan pewarna tambahan yang boleh mengganggu sistem penghadaman mereka. Setiap butir kibbles ini akan disalut dengan protein daripada daging ayam yang telah disejuk beku.
Tidak hairanlah sekiranya kandungan nutrisi makanan ini mencatat 41% protein dan juga 21% lemak yang cukup sesuai untuk menambah berat kucing anda.
Harga: Bermula RM 152 bagi 2.2 Kg
3. IAMS Proactive Health Premium Cat Food–Cat Food Dry Food in Chicken & Salmon Meal Flavor, 8kg
Seterusnya, anda juga boleh mencuba makanan daripada jenama IAMS ini yang juga mengandungi kandungan protein yang tinggi daripada salmon dan juga ayam.
Selain itu, dengan kandungan minyak ikan, dan juga ubi beet ia akan membantu
sistem penghadaman, sistem pertahanan badan dan juga menjadikan kulit dan bulu kucing lebih sihat.
Harga bermula: RM 152.60 bagi 8 KG
4. Hills Prescription Diet Restorative/Urgent Care
Selain itu, anda juga boleh mencuba memberikan wet food ini kepada kucing. Makanan wet food ini, bukan sahaja tinggi kalori tetapi kaya dengan nutrien.
Walaupun ia dikhaskan bagi kucing yang sedang dalam proses penyembuhan daripada kemalangan atau pembedahan, namun kandungan nutrien yang tinggi dalam makanan ini juga sesuai bagi membantu kucing kurus dan salah satu cara bagi kucing gemuk kembali.
Dengan tekstur yang lembut, ia sangat sesuai bagi anak kucing atau kucing anda yang mengalami masalah mulut. Sekiranya perlu, ia juga mudah untuk diberikan melalui syringe atau picagari.
Kandungan nutrisi makanan ini juga tinggi dengan protein dan lemak serta potassium dan Omega-3.
Beli di sini: Shopee
5. Royal Canin Mother & Babycat
Tahukah anda, makanan anak kucing juga kaya dengan tenaga dan juga nutrien bagi membantu si kecil ini untuk membesar dengan sihat dan kuat. Oleh itu, makanan anak kucing juga sesuai digunakan sebagai salah satu diet makanan bagi mana-mana peringkat kucing bagi membantu menambah berat badan dan meningkatkan imuniti.
Sebenarnya, kandungan makanan ini direka bagi anak kucing dalam usia beberapa bulan atau ibu kucing yang mengandung atau menyusu. Disebabkan itu, kandungan makanan ini juga penuh dengan antioksidan untuk menguatkan imuniti badan.
Dalam tekstur wet food, ia akan lebih mudah dihadam serta lebih mudah untuk dimakan kucing yang mengalami masalah mulut.
Selain itu, ia juga didatangkan dalam bentuk dry food atau kibbles dengan kandungan nutrisi yang sama yang juga dapat membantu bagi kucing yang kurus dan mengalami masalah kurang berat badan.
Beli di sini: Wet food: Shopee Dry food: Shopee
Harga: Bermula RM 11
6. PURINA ONE® Healthy Adult with Salmon & Tuna
Sekiranya anda mencari makanan kucing untuk gemuk, tetapi dengan manfaat imuniti tambahan, jangan lupa untuk mencuba pilihan ini.
Makanan ini mengandungi 3 bahan utama bagi membantu memberi imuniti tambahan iaitu:
Dengan protein daripada salmon dan tuna, ia mampu membangkitkan selera si comel dan pada masa yang sama memberikan nutrisi yang secukupnya.
Beli di sini: Shopee
7. PRO PLAN® Adult Fussy Beauty with Salmon in Gravy
Bagi anda yang mencari makanan kucing untuk bulu gugur, dan pada masa yang sama mempunyai nutrien yang secukupnya, apa kata cuba PRO PLAN® Adult Fussy Beauty with Salmon in Gravy.
Dengan kandungan inulin membantu penyerapan nutrien serta Zinc dan methionine untuk mengurangkan masalah bulu gugur. Bukan itu sahaja, kandungan Omega 3 juga akan membantu kucing mempunyai kulit dan bulu yang lebih sihat dan gebu.
Anda boleh memberikan makanan wet food ini sebagai diet makanan seharian, atau sebagai tambahan dalam diet pemakanan kucing anda.
Beli di sini: Shopee
Harga: Bermula RM 3.67 bagi satu paket (85 g)
8. PRO PLAN® Adult Sensitive with Chicken in Gravy
Bagaimana cara membuat kucing menjadi gemuk sekiranya kucing anda mengalami masalah penghadaman yang sensitif?
Apa kata anda cuba PRO PLAN® Adult Sensitive with Chicken in Gravy yang mempunyai probiotik yang membantu sistem penghadaman kucing anda. Selain itu, makanan kucing ini juga diperbuat daripada kandungan bahan yang mudah dihadam.
Hasilnya, penyerapan nutrien akan menjadi lebih baik, kucing anda akan lebih sihat serta bertenaga!
Beli di sini: Shopee
Harga: Bermula RM 3.67 bagi satu paket (85 g)
Penafian: Oyen tidak menyokong sebarang tabiat pemakanan yang tidak sihat. Artikel yang dikongsikan ini sebagai panduan dan perkongsian maklumat untuk membantu masalah kucing yang kurang nutrisi dan berat badan sahaja.
Sekiranya berlaku sebarang masalah atau sebarang simptom pada kucing anda, sila rujuk kepada veterinar bagi mendapat nasihat dan tindakan profesional.
Tidak kira masalah kucing kurus atau kucing gemuk, pastinya sebagai seorang pemilik kucing, kita inginkan yang terbaik untuk si comel ini. Sekiranya anda sudah memberikan penjagaan makanan yang terbaik untuk kucing kesayangan, apa kata kali ini berikan perlindungan kesihatan yang terbaik pula?
Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.
Semak kelayakan di sini.
Bagi pemilik kucing, pastinya anda akan teruja untuk membawa pulang si comel kesayangan. Anda pasti tidak sabar untuk bermain, dan menjadikan kucing kesayangan ini sebahagian dari hidup anda,
Mungkin juga, anda ingin menambah bilangan ahli keluarga si bulus di rumah yang sudah ada. Makin ramai, makin seronok, kan! Sebenarnya, membawa kucing baru balik ke rumah perlu dilakukan dengan cara yang betul dan anda perlu bersedia sepenuhnya untuk menyambut kedatangan mereka.
Bagaimana caranya? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips bawa balik kucing baru yang anda perlu tahu. Jom bermula!
Walaupun nampak remeh, persediaan sebelum membawa kucing baru sangat penting bagi memastikan situasi yang tidak diingini boleh berlaku. Berikut merupakan beberapa situasi dan keadaan yang boleh terjadi kepada kucing anda.
Sebenarnya, reaksi kucing berada dalam keadaan takut dan cemas adalah normal terutamanya bagi si comel yang berada di tempat baru. Namun, tanpa persediaan yang betul, kucing anda akan memakan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri.
Sekiranya anda sudah mempunyai kucing yang lain di rumah, perkara ini boleh menjadi lebih rumit dan bermasalah. Kucing yang baru dibawa balik ke rumah boleh menjadi agresif dan terancam dengan kucing anda sekiranya tidak diperkenalkan dengan cara yang betul.
Apabila sudah terancam, ini boleh menyebabkan kucing anda bergaduh sesama sendiri. Lebih menyukarkan keadaan, situasi ini biasanya sudah sukar untuk diubah dan anda mungkin terpaksa berhadapan dengan pergaduhan kucing ini setiap hari!
Seterusnya, jom Oyen kongsikan beberapa persediaan yang perlu dilakukan anda sebagai pemilik kucing sebelum membawa si comel ini pulang ke rumah.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah menyediakan bilik atau ruang yang berasingan dengan kucing lain di rumah. Ruang ini sangat penting bagi memberikan kucing yang sudah dibela dan baru ini masa untuk menyesuaikan diri.
Kucing baru anda memerlukan bilik ini untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru manakala kucing yang sudah dibela rumah juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan bau kucing yang baru ini.
Seterusnya, pastikan kelengkapan makanan dan minuman juga sudah disediakan di dalam bilik atau ruang yang diasingkan. Ini memastikan kucing anda berasa selesa sewaktu dalam proses untuk menyesuaikan diri.
Berikan makanan dan minuman ini di dalam bekas yang berasingan dengan kucing yang lain. Pastikan juga bekas makanan dan minuman ini mudah untuk
Selain itu, jangan lupa untuk menyediakan pasir kucing bagi memastikan kucing baru anda ini boleh membuang air dengan selesa. Di dalam ruang atau bilik yang disediakan ini, anda juga boleh menyediakan persekitaran yang sesuai bagi kucing baru ini meninggalkan bau mereka.
Letakkan selimut atau tempat mencakar bagi menggalakkan kucing baru ini mula meninggalkan bau mereka di rumah anda,
Dalam proses menyesuaikan diri, sediakan juga beberapa tempat persembunyian bagi kucing anda. Ia akan membuatkan kucing ini berasa selamat untuk berada di dalam rumah.
Anda boleh membeli terowong kucing atau cat tunnel, atau sediakan sahaja kotak kosong atau tempat tidur dengan selimut di mana mereka boleh menyembunyikan diri mereka.
Pada permulaan ini, kucing anda mungkin akan cenderung untuk melarikan diri. Oleh itu, sewaktu kucing anda masih dalam fasa menyesuaikan diri, pastikan pintu depan dan belakang ditutup bagi mengelakkan si comel ini melepaskan diri.
Sekiranya ada ahli keluarga lain di dalam rumah, pastikan mereka juga tahu dan berjaga-jaga untuk mengelakkan kucing ini terlepas.
Ya, pastinya kanak-kanak yang berada dalam rumah paling teruja untuk bermain dengan si comel ini. Namun, bunyi yang kuat dan bising boleh mendatangkan ketakutan bagi kucing baru.
Anda boleh memberi penerangan secara baik kepada anak-anak kecil ini untuk membelai dan bermain dengan kucing ini dalam keadaan yang lebih tenang dan lembut. Terangkan kepada kanak-kanak ini, dengan cara yang lebih lembut dan tenang ini, kucing akan lebih mudah untuk percaya dan selesa bersama mereka.
Sekarang, rumah anda sudah bersedia untuk menerima kedatangan si comel baru. Jadi, apa yang anda perlu lakukan bagi membantu mereka menyesuaikan diri? Jom ikuti beberapa langkah ini.
Dalam langkah ini, Oyen akan kongsikan beberapa teknik yang boleh dilakukan bagi membantu kucing anda menyesuaikan antara satu sama lain.
Apabila kucing anda sudah selesa berada di dalam bilik mereka yang diasingkan, ini masanya untuk memperkenalkan mereka dengan bau di sekitar rumah.
Kucing merupakan sejenis haiwan yang sangat peka dengan bau persekitaran mereka. Untuk mereka rasa lebih selesa, mereka perlu membiasakan diri mereka dengan bau yang berada di sekitar rumah.
Langkah ini sangat penting terutamanya jika anda mempunyai kucing lain di dalam rumah. Pada tahap ini, anda boleh memperkenalkan bau kucing lama anda kepada mereka.
Caranya cukup mudah, berikan ruang untuk kucing lama dan kucing baru bertukar ruang dan bilik. Anda boleh mengasingkan kucing yang baru di dalam bilik air atau tandas, dan kemudiannya bawa kucing lama ke dalam bilik kucing baru tadi.
Lakukan sebaliknya bagi kucing baru, beri mereka ruang untuk meneroka di dalam rumah dan membiasakan diri dengan bau kucing lama. Dengan cara ini, kedua-dua ekor kucing boleh mengenali bau masing-masing tanpa perlu bertentang mata dan terus bergaduh.
Caranya cukup mudah, sewaktu anda memberikan makanan bagi kedua-dua kucing ini, dekatkan jarak mereka setiap hari. Pada kali pertama, berikan mereka makanan dalam keadaan pintu yang tertutup tetapi berhadapan.
Pada kali kedua, sekiranya nampak selesa, berikan makanan dalam keadaan pintu sedikit terbuka. Sekiranya kedua-duanya masih nampak selesa dan tidak berlaku sebarang pergaduhan, anda boleh meneruskannya pada hari seterusnya dengan jarak yang semakin dekat.
Dalam proses ini, pastikan anda sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga. Kucing anda mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan akan bergaduh bila-bila masa. Pastikan anda sudah mempunyai rancangan untuk mengasingkan mereka sekiranya berlaku pergaduhan.
Apabila mereka sudah selesa bermain bersama, ini masanya untuk mewujudkan hubungan yang baik dan selesa antara mereka. Bagi memudahkan proses ini berjalan, anda boleh meminta pertolongan ahli keluarga yang lain untuk bersedia bagi kemungkinan yang tidak diingini.
Jom Oyen kongsikan bagaimana untuk menggalakkan mereka bermain bersama.
Sebenarnya, tempoh masa kucing menyesuaikan diri di tempat baru akan bergantung kepada personaliti kucing itu sendiri. Ada yang memakan masa berminggu, malah berbulan-bulan!
Namun, dengan persediaan yang lengkap dan teknik yang Oyen kongsikan, ia akan menjadikan proses ini lebih mudah bagi anda!
Bagaimana pula sekiranya anda ingin membawa kucing jalanan ke rumah baru? Ada beberapa tips tambahan yang Oyen ingin kongsikan.
Kali ini, kami bawakan perkongsian Puan Suziana, tentang pengalaman beliau membawa pulang kucing baru ke rumah. Ikuti perkongsian beliau bersama kami.
“Saya sebenarnya ada pengalaman dua kali bawa kucing ke rumah baru. Pada mulanya, memang tak ada pengalaman langsung. Orang kata, letak saja kucing dalam bilik yang sama, pandai-pandai la kucing ni berbaik, kan? Masalahnya, yang sebaliknya berlaku.
Pengalaman saya kali pertama dengan Bubu dan Hachi. Bubu memang dah tinggal bersama saya selama 2 tahun, kemudian saya bawa pulang Hachi ke rumah. Memang saya tak buat sebarang persediaan. Ingatkan okay, tapi dua ekor tu memang tak boleh serasi!
Salah satu kesilapan saya, tak mandulkan Bubu dan dia rasa terancam dan akan serang Hachi dengan teruk. Malah, anak perempuan saya yang nak leraikan pergaduhan diserang dan dicakar di betis.
Bila Bubu hilang sebab salah saya juga tak mandulkan, saya nekad untuk mandulkan Hachi. Selepas itu, saya bawa pulang Aling ke rumah sebagai peneman Hachi dan kali ini, saya perkenalkan kucing saya ini secara yang betul. Akhirnya, Hachi dan Aling boleh rapat dan tak ada masalah,”kata Puan Suziana.
Dengan kucing baru di rumah, pastinya ia tanggungjawab yang besar bagi anda sebagai pemilik kucing. Bukan sahaja daripada aspek makan dan minum, perlindungan kesihatan juga sangat penting bagi memastikan kucing anda dilindungi sepenuhnya.
Dengan Oyen Pet Insurance, anda boleh memberikan perlindungan yang terbaik kepada si kucing baru ini hanya dengan harga serendah RM 32 bagi sebulan!
Bagi memberikan rawatan yang terbaik sejak daripada awal lagi, apa kata dapatkan perlindungan bagi si comel ini sejak dari awal lagi.
Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.
Semak kelayakan di sini.
Sekiranya ini merupakan kali pertama anda berhadapan situasi ini, jangan bimbang kerana masih ada alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti susu untuk anak kucing. Dalam artikel ini, Oyen akan kongsikan 12 susu anak kucing terbaik di pasaran yang boleh dicuba.
Sebelum Oyen kongsikan dengan lebih lanjut, ayuh kita belajar beberapa perkara tentang susu anak kucing. Jom kita bermula!
Biasanya, terdapat beberapa situasi yang menyebabkan anak kucing tidak boleh menyusu dengan ibu kucing seperti berikut:
Bagi anak kucing yang berusia di bawah 4 minggu, perut mereka masih belum sesuai untuk menghadamkan makanan biasa. Oleh itu, pengganti susu anak kucing ini perlu diberikan sepenuhnya sehingga anak kucing ini berusia 4 minggu.
Jadi, berapa ml anak kucing minum susu ini sebenarnya? Berikut merupakan panduan umum yang boleh digunakan untuk menentukan sukatan susu anak kucing yang sesuai:
Secara ringkasnya, jom kita belajar beberapa langkah untuk memberi susu kepada anak kucing
Set ini dilengkapi dengan puting botol susu yang sesuai untuk memberikan susu kepada anak kucing. Bukan itu sahaja, set ini juga mempunyai berus botol susu untuk memudahkan anda membersihkan sebarang celahan dan kotoran.
Sekiranya anda ingin menggunakan botol susu ini, lubang pada puting susu perlu ditebuk sendiri mengikut kesesuaian anak kucing.
Tonton video tutorial ini bagi cara membuat lubang pada puting susu kucing ini.
Harga: Bermula RM 20
Sekiranya anda inginkan set botol susu yang lebih mudah untuk membuat lubang, ini merupakan salah satu pilihan yang boleh dicuba.
Botol susu ini diperbuat daripada bahan yang boleh bertahan dengan cuaca panas. Ia juga dilengkapi dengan 3 jenis puting botol susu yang boleh digunakan mengikut kesesuaian anak kucing anda.
Seterusnya, jom kami senaraikan beberapa jenama susu anak kucing yang terbaik dan sesuai. Jom kita bermula!
© Pets Mall
Jenama yang sudah tidak asing lagi bagi anak kucing, PetAg merupakan pilihan pertama yang anda boleh cuba sebagai pengganti susu anak kucing. KMR atau Kitten Milk replacer ini dirumus khas sesuai bagi anak kucing yang baru lahir sehingga berusia 6 minggu.
Kandungan pengganti susu kucing ini dirumus khas sesuai dan mudah dihadam untuk anak kucing. Dalam bentuk serbuk, ia juga mudah untuk dibancuh sebelum diberikan kepada anak kucing.
Harga: Bermula dengan RM 59.90 bagi 6 oz
© Bearphar
Seterusnya, Bearphar Lactol Kitten Milk Replacer juga sangat mudah untuk digunakan dan senang untuk dibancuh. Bukan itu sahaja, kandungan susu ini juga terdiri daripada DHA, taurine, serta vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak kucing untuk membesar.
Susu kucing ini juga sesuai digunakan bagi kucing yang baru lahir sehingga usia mencecah 6 minggu.
Harga: Bermula RM 64.50
© Your Lucky Shop
Sekiranya anda mencari susu kucing Midalac, jangan lupa menjadikan ini sebagai salah satu pilihan. Susu ini sesuai bagi semua peringkat umur bermula dari anak kucing, kucing dewasa hinggalah kucing tua.
Dengan menggunakan susu kambing, ia lebih sesuai berbanding dengan susu lembu dan tidak akan menyebabkan cirit-birit disebabkan laktosa. Selain itu, susu kambing juga mengandungi kandungan karbohidrat, protein dan lemak bagi tumbesaran kucing.
Bukan itu sahaja, susu ini juga mengandungi vitamin dan mineral seperti Vitamin A, B Kompleks , C dan juga kalsium untuk sistem imunisi kucing serta tulang yang lebih kuat dan bulu yang lebih sihat.
Harga: Bermula RM 11.50
© Pets Own
Seterusnya, anda juga boleh mencuba susu kucing daripada Pets Own. Dengan kandungan susu yang bebas laktosa, ia juga mengandungi glucosamine yang membantu memberikan otot yang kuat bagi kucing.
Selain itu, susu ini juga dirumus khas bagi membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat serta kulit dan bulu yang sihat.
Harga: Bermula RM 6.10
© Cindy’s Recipe
Bagi mereka yang ingin memilih susu kucing yang mudah dibawa, anda boleh mencuba susu kucing daripada Cindy’s Recipe. Dalam bentuk botol, susu ini mudah dibawa terutamanya sekiranya anda dalam perjalanan yang jauh atau tempat yang terhad untuk membancuh susu kucing.
Dengan kandungan susu yang bebas laktosa, ia tidak akan menggangu sistem penghadaman kucing anda.
© PETALAC
Seterusnya, anda juga boleh mendapatkan pengganti susu kucing daripada Jenama PETALAC. Produk yang dirumus khas daripada Australia ini, sesuai diberikan kepada anak kucing yang baru lahir sehingga mereka berusia 8 minggu
Harga: Bermula RM34.90 bagi 215 g
© Neu Za
Akhir sekali, anda juga boleh mencuba produk daripada Neu Zea Milk Replacer. Dengan kandungan laktosa yang rendah tetapi masih kaya dengan nutrien yang lain seperti vitamin, mineral dan amino acid, susu ini boleh menjadi salah satu alternatif untuk dicuba.
Salah satu pilihan yang popular bagi susu anak kucing ialah susu kambing. Walaupun tidak boleh dijadikan sebagai pengganti susu kucing bagi kucing yang baru lahir, ia masih selamat untuk diminum oleh kucing.
Malah, susu kambing ini juga sesuai digunakan oleh kucing di semua peringkat usia. Kami kongsikan perbandingan jenama dan harga terbaik bagi susu kambing untuk anak kucing ini.
Jawapannya, tidak boleh. Susu lembu biasa yang ada di pasaran mengandungi laktosa dan tidak sesuai untuk perut kucing dan tidak boleh dihadam.
Sekiranya diberikan, kucing akan mengalami cirit-birit dan muntah. Sekiranya simptom ini semakin teruk, kucing anda juga perlu dibawa ke veterinar untuk mendapatkan rawatan.
Sebagai pemilik anak kucing, pastinya 1001 persoalan dan tanggungjawab berada dalam fikiran anda terutamanya jika anda menjaga anak kucing tanpa ibunya.
Tahukah anda, anak kucing boleh dilindungi di bawah Oyen Pet Insurance seawal usia 12 minggu. Dengan hanya serendah RM 32 sebulan, anda berpeluang memberikan perlindungan kesihatan yang terbaik untuk mereka.
Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM3, 500. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.
Semak kelayakan di sini.Seperti yang kita tahu, susu ibu kucing merupakan nutrien yang terbaik boleh diberikan kepada anak kucing. Namun, bagaimana sekiranya anak kucing kehilangan ibu atau ibu kucing tidak dapat memberikan susu?
Sebagai pemilik kucing, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang sangkar kucing. Namun, sekiranya anda ingin menempatkan kucing anda di lokasi yang lebih selesa dan luas, apa kata kali ini anda berikan rumah kucing untuk si comel kesayangan?
Malah, pelbagai design rumah kucing yang menarik boleh didapati di Malaysia. Ada rekaan rumah kucing mewah seperti banglo kucing dan ada juga rumah kucing simple.
Dalam artikel ini, Oyen akan kongsikan segala yang anda perlu tahu tentang rumah kucing ini. Apa lagi, jom kita bermula!
Secara ringkasnya, rumah kucing merupakan tempat khas bagi kucing anda untuk bermain, tidur atau melakukan aktiviti. Di Malaysia, rumah kucing ini juga dikenali dengan pelbagai panggilan nama seperti banglo kucing dan sebagainya.
Rumah kucing ini terdiri daripada pelbagai jenis rekaan dan boleh diperbuat daripada pelbagai bahan binaan. Contohnya, rumah kucing simple seperti rumah kucing kotak atau yang lebih eksklusif seperti rumah kucing kayu pallet.
Apa yang menarik, bergantung kepada keselesaan dan kreativiti, anda boleh membina rumah kucing di dalam luar atau dalam rumah.
Biasanya, rumah kucing outdoor boleh menempatkan aktiviti yang boleh dilakukan oleh si comel kesayangan seperti memanjat, melompat di dalam rumah kucing ini, Dengan menyediakan tempat khas seperti rumah kucing ini, kucing anda dapat melakukan aktiviti ini dengan lebih selamat dan terkawal.
Manakala, rumah kucing indoor pula boleh memberikan si comel ini kawasan dan ruang selamat mereka sendiri. Ia juga akan memberikan lebih keselesaan dan boleh menjadi tempat selamat khas untuk mereka.
Bagi pemilik kucing yang memilih rumah kucing buatan sendiri,anda boleh mengubahsuai dan membuat pelan rumah kucing ini mengikut citarasa anda sendiri.
Sekiranya anda berminat untuk diy rumah kucing sendiri, jom ikuti langkah ini untuk membina rumah kucing ini.
Salah satu langkah yang paling penting ialah memilih lokasi yang sesuai bagi rumah kucing anda.
Walaupun nampak remeh, pemilihan lokasi sangat penting dan perlu mempertimbangkan beberapa aspek seperti berikut:
Berdasarkan keperluan kucing anda, tentukan saiz rumah kucing yang sesuai. Ia boleh bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut.
Seterusnya, ini masanya anda memilih gaya dan design rumah kucing yang sesuai. Berdasarkan inspirasi dan idea yang ada, rangka pelan rumah kucing yang anda mahukan. Ini akan membantu anda untuk membuat anggaran persediaan bahan yang diperlukan.
Apabila anda sudah ada pelan rumah kucing yang diingini, tiba masanya untuk anda merangka bajet dan membuat anggaran kos dan kuantiti bahan yang diperlukan. Anda boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan bahan kitar semula seperti kayu terpakai, lebihan atap zink atau cat terpakai.
Jangan takut untuk menjadi kreatif!
Bagi yang inginkan lebih banyak inspirasi untuk buat sendiri rumah kucing ini, jom Oyen kongsikan kepada anda beberapa idea rumah kucing yang boleh dicuba. Teruskan membaca!
Bagi membantu anda untuk bermula, kami kongsikan senarai video tutorial sebagai panduan untuk rumah kucing pertama. Jom kita bermula!
Anda inginkan rumah kucing berbumbung yang boleh dibina dengan kelengkapan dan arahan yang mudah? Apa kata anda cuba design rumah kucing yang Oyen kongsikan ini?
Rumah kucing yang berbumbung akan membantu daripada kucing anda kebasahan sekiranya cuaca hujan dan juga mengelakkan daripada serangan haiwan liar pada waktu malam.
Seterusnya, sekiranya anda ingin membina rumah kucing dengan bajet yang rendah, apa kata anda bina rumah kucing simple dengan menggunakan bahan terpakai sahaja?
Gunakan sahaja apa sahaja yang ada di rumah anda dan jadi kreatif! Oyen kongsikan video tutorial sebagai panduan di bawah.
Nak dapatkan rumah kucing dengan hasil yang unik daripada alam semulajadi? Apa kata guna kayu dan buluh bagi memberikan hasil kemasan yang bukan sahaja klasik tetapi juga sangat unik.
Rumah kucing besar
Contoh rumah kucing buatan sendiri seterusnya ialah rumah kucing dengan saiz yang agak besar. Apa yang menarik, dalam video tutorial ini, pemilik kucing ini menggunakan kreativiti sendiri untuk mengecat dan memberikan sentuhan peribadi yang unik untuk si comel.
Selain itu, anda juga boleh membina rumah kucing indoor yang diletakkan di dalam rumah. Bukan sahaja lebih selamat, rumah kucing anda akan kurang risiko daripada terkena cuaca yang buruk atau serangan haiwan liar di luar rumah.
Walaupun hanya daripada kotak, sekiranya kreatif anda juga mampu menghasilkan rumah kucing buatan sendiri. Anda boleh menggunakan kotak atau kertas kadbod dan bahan asas yang lain seperti gam dan juga gunting.
Jom tonton beberapa video tutorial dengan design rumah kucing yang simple tetapi tetap menarik!
Siapa kata rumah kucing anda tak boleh kelihatan mewah walau hanya dengan menggunakan kotak? Dalam tutorial video ini, anda boleh membina istana kucing hanya dengan menggunakan kertas kotak dan cardboard!
Bagaimana pula sekiranya anda pemilik yang sibuk dengan masa dan kerja? Jangan bimbang, terdapat banyak pilihan yang anda boleh cuba di pasaran.
Bukan sahaja menarik, rumah kucing yang dijual di pasaran ini juga menawarkan pelbagai bajet harga mengikut kemampuan anda sebagai pemilik kucing.
Sekiranya anda peminat kayu pallet, laman web ini merupakan salah satu pilihan yang wajib anda pertimbangkan. Dengan design rumah kucing yang mewah serta eksklusif, pastinya akan membuatkan siapa sahaja terpegun.
Anda juga boleh memilih design rumah kucing yang mempunyai pintu kaca. Rekaan ini akan akan membuat rumah kucing anda kelihatan kemas dan juga mewah.
Selain itu, anda juga boleh memerhatikan aktiviti dan keadaan kucing anda dengan lebih mudah.
Bagi pemilik kucing yang inginkan design rumah kucing yang besar dan mewah, mereka boleh membuat pilihan di Instagram Banglo Kucing Selangor. Dengan pelbagai pilihan yang ada, pastinya sesiapa sahaja akan rambang mata!
Selain itu, sekiranya anda hanya inginkan pilihan yang mudah, murah dan ringkas di pasaran, apa kata beli sahaja rumah kucing ini. Bukan sahaja murah, ia juga bersaiz kecil dan mudah untuk diletakkan di mana-mana ruang dalam rumah.
Selain itu, sekiranya anda inginkan kandang kucing di dalam rumah, apa kata cuba rumah kucing ini. Saiznya lebih besar daripada sangkar kucing biasa dan mempunyai reka bentuk seperti rumah kucing.
Apa yang menarik, rumah kucing ini mempunyai dua tingkat untuk memberikan lebih ruang kepada kucing untuk bermain dan melakukan aktiviti.
Akhir sekali, bagi peminat barangan rotan, anda juga boleh memiliki rumah kucing daripada rotan. Ia pastinya memberikan bukan sahaja keselesaan kepada kucing, tetapi ia juga akan kelihatan unik dan klasik.
Sebagaimana pentingnya rumah kucing bagi melindungi si comel dan sebagai tempat berteduh, begitu juga pentingnya insurans untuk melindung kesihatan mereka.
Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000.
Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.
Bagi pemilik kucing, pasti anda ingin menyediakan segala yang terbaik bagi kucing kesayangan anda. Salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah pemakanan yang betul dan sesuai dengan kucing.
Walaupun nampak mudah, pemilihan makanan yang sesuai dan betul mampu membantu kucing anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Dalam perkongsian kali ini, Oyen akan kongsikan tentang panduan yang anda perlu tahu tentang makanan kucing.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, secara umumnya, terdapat beberapa komponen nutrien yang penting yang perlu ada dalam makanan kucing:
Protein biasanya akan diperolehi daripada makanan kucing yang mengandungi protein daripada haiwan seperti lembu, ayam dan juga ikan. Protein penting bagi kucing untuk membina dan mengekalkan otot, bulu dan kulit yang sihat
Kucing menggunakan lemak baik yang biasanya akan diperolehi melalui daging dan ikan bagi mengawal suhu badan mereka, menghasilkan tenada serta bagi menyerap vitamin penting.
Antara jenis lemak baik yang hanya boleh diperoleh daripada makanan mereka ialah Omega-3 dan Omega-6.
Walaupun karbohidrat hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil, ia masih boleh menjadi sumber tenaga kucing serta mengekalkan fungsi sistem penghadaman.
Bukan itu sahaja, air juga memainkan peranan yang penting dalam makanan kucing. Selain mendapatkan air daripada bekalan air yang bersih dan mencukupi, anda juga boleh memberikan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
Sebagai contoh, makanan basah kucing akan membantu memastikan mereka kekal terhidrasi sewaktu memakannya.
Seterusnya, jom kita belajar tentang jenis makanan kucing yang mudah dijumpai di pasaran,
Wet food atau makanan basah merupakan salah satu pilihan makanan kucing yang popular di pasaran. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 65% kelembapan. Biasanya, ia akan dimasak dalam suhu yang tinggi bagi menjalani proses steril bagi menjadikannya lebih tahan lama.
Di pasaran, biasanya ia akan mudah didapati di dalam tin atau bungkusan paket kecil. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bagi makanan basah in kepada kucing iaitu:
Disebabkan kandungan air yang tinggi, tekstur wet food atau makanan basah ini sangat mudah untuk dikunyah berbanding dengan dry food. Oleh itu, ia sesuai digunakan dalam diet pemakanan bagi anak kucing, kucing yang sudah tua dan juga kucing yang mengalami penyakit mulut atau gusi.
Bagi kucing yang sakit atau yang sukar minum, wet food boleh membantu meningkatkan pengambilan air dalam kuantiti yang sedikit. Kucing anda tetap memerlukan bekalan air yang secukupnya dari air yang diminum.
Seterusnya, diet pemakanan dalam bentuk makanan basah juga boleh membantu bagi beberapa masalah kesihatan.
Sebagai contoh, bagi kucing yang mengalami masalah berat badan, wet food yang mengandungi kalori lebih rendah boleh membantu proses menurunkan berat badan.
Selain itu, bagi kucing yang mengalami masalah sembelit, wet food yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu kucing anda.
Biasanya, harga yang ditawarkan bagi wet food ini lebih mahal berbanding dengan dry food di pasaran.
Disebabkan kandungan kelembapan yang tinggi, makanan wet food tidak akan tahan lama setelah ia dibuka atau tidak ditutup dengan baik.
Dry food atau biasanya dipanggil kibble kucing, merupakan makanan kucing yang biasanya akdn dijumpai dalam bentuk seperti biskut. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan kekurangan bagi dry food untuk kucing.
Dry food atau kibbles biasanya akan dengan harga yang lebih murah berbanding makanan basah atau wet food dan dijual dalam kuantiti yang banyak.
Disebabkan kandungan kelembapan yang sangat rendah di dalam makanan ini, ia lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
Bagi makanan kibbles, ia mudah digunakan dan hanya perlu diletakkan di dalam bekas makanan kucing.
Malah, ia juga boleh digunakan bersama food dispenser automatik yang sesuai digunakan sekiranya anda tidak berada di rumah.
Dry food atau kibbles lebih mudah dijumpai di pasaraya serta ditawarkan dalam pelbagai perisa. Malah, ada kibbles kucing yang dirumus khas dengan ramuan tersendiri bagi membantu masalah bulu gugur dan sebagainya.
Disebabkan kandungan air yang rendah, kucing anda memerlukan bekalan air yang secukupnya di dalam kehidupan seharian mereka.
Disebabkan tekstur yang lebih keras, ia kurang sesuai diberikan kepada kucing tua atau anak kucing yang masih kecil.
Secara umumnya, terdapat 4 peringkat umur bagi kucing yang memerlukan anda memberikan perhatian terhadap kandungan nutrien makanan yang diberikan ini.
Bermula umur 4 minggu, anak kucing sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal selain susu ibu. Jika tekstur makanan masih lagi keras buat mereka, cuba lembutkan dengan membasahkan dengan sedikit air
Setelah berusia 12 bulan, kucing anda sudah boleh diperkenalkan sepenuhnya kepada makanan kucing dewasa. Berikut merupakan beberapa ciri nutrien makanan yang boleh digunakan:
Sebenarnya, kucing yang telah dimandulkan memerlukan 20% kalori yang kurang daripada kucing yang tidak dimandulkan. Disebabkan kadar metabolism yang semakin menurun dan lebih mudah untuk naik berat badan.
Bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti makanan, kucing anda juga boleh mendapatkan formulasi makanan yang khusus dengan nutrien yang lengkap bagi kucing dimandulkan.
Sebenarnya, jadual pemakanan kucing bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah dan kekerapan makanan perlu diberikan seperti:
Berikut merupakan rujukan jumlah kalori yang boleh digunakan kepada kucing anda:
Sebenarnya, ia bergantung kepada anda sebagai pemilik kucing untuk menyediakan yang selesa untuk memberikan makanan kepada kucing anda. Oyen kongsikan beberapa ciri tempat yang perlu ada bagi memastikan kucing anda selesa:
Dengan lambakan bekas makanan kucing dengan pelbagai corak dan reka bentuk yang comel, pastinya anda boleh rambang mata untuk memilih. Bagi memilih bekas makanan yang sesuai untuk si comel ini, terdapat beberapa tips yang anda boleh cuba:
Walaupun nampak remeh dan mudah, makanan kucing merupakan salah satu faktor penting yang tetap perlu dititikberatkan oleh pemilik kucing. Bukan itu sahaja, perlindungan insurans dan perubatan juga sama pentingnya bagi kucing kesayangan anda.
Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000.
Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.