Check out if your pet is eligible for insurance

It’s a fun quiz made just for pet parents like you!

Check Now
Join thousands of furparents who have done this quiz
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Mulut Kucing Berbau Busuk: Mengapa & Cara Mengatasinya

Table of Content

Cuba bayangkan anda sedang membelai kucing kesayangan. Dengan muka yang comel dan bulu yang lebat, pastinya anda terhibur dengan telatah si comel ini. Namun, ada bau yang kurang enak mula menusuk hidung. Eww!

Rupa-rupanya, punca bau tadi datang daripada mulut kucing berbau busuk. Pasti anda tertanya-tanya, mengapa perkara ini berlaku dan apakah cara mengatasinya. Dalam artikel ini, Oyen akan kongsikan segalanya yang anda perlu tahu.

Mengapa mulut kucing berbau busuk

Sebenarnya, punca mulut kucing berbau busuk bukanlah hanya semata-mata kerana makan sesuatu yang busuk seperti bangkai dan sebagainya, ia lebih rumit daripada itu. Antara beberapa sebab mengapa mulut kucing berbau busuk ialah:

Masalah gigi

Secara umumnya, bau yang busuk ini berasal daripada bakteria. Air liur digabungkan bersama bakteria akan membentuk plak pada permukaan gigi kucing. 

Jika keadaan ini tidak dirawat buat jangka masa yang panjang, ia akan membawa kepada penyakit periodontal yang berkaitan dengan jangkitan pada tisu yang menyokong gigi.

Penyakit gusi

Bukan sahaja gigi yang perlu dijaga, gusi juga boleh menjadi salah satu punca mulut kucing berbau busuk. Antara penyakit gusi yang menyebabkan mulut kucing berbau busuk ialah gingivitis (radang atau inflamasi pada gusi).

Biasanya, ia berpunca daripada masalah gigi, namun ia juga boleh terjadi disebabkan bakteria, alahan atau virus.

Diet dan pemakanan

Selain itu, jenis makanan yang dimakan oleh kucing juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Kucing anda mungkin makan sesuatu yang busuk seperti bangkai dan sebagainya.

Jangan terkejut, sekiranya jenis makanan kucing  yang diberikan juga boleh menyebabkan masalah bau mulut kucing berbau busuk ini. Anda boleh mencuba untuk menukar jenis makanan atau membeli makanan kucing yang khas bagi masalah bau mulut ini.

Ulser mulut kucing

Bukan sahaja menyakitkan, masalah ulser mulut kucing atau juga dikenali sebagai stomatitis juga boleh menyebabkan bau busuk pada mulut kucing. Pada tahap teruk, ulser mulut ini boleh berada di lidah, bibir dan juga lelangit kucing.

Keadaan ini boleh menjadi sangat menyakitkan sehingga kucing tidak boleh membuka mulutnya. Walaupun nampak remeh, ulser mulut kucing merupakan salah satu tanda penyakit kucing yang boleh membawa maut seperti Feline immunodeficiency virus (FIV)

dan Feline leukemia virus (FeLV).

Penyakit kucing yang lain

Jika anda sudah buntu mencari punca, mungkin sebenarnya ia bukan berasal daripada masalah mulut. Sesetengah penyakit lain seperti diabetes, penyakit hati, serta penyakit buah pinggang juga boleh menyebabkan bau mulut kucing yang busuk.

Kanser mulut kucing

Tahukah anda, kucing juga sebenarnya juga boleh mendapat penyakit kanser mulut kucing. Malah, salah satu simptom bagi kanser mulut ini juga adalah nafas kucing berbau busuk.

Pihak veterinar perlu melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti prosedur biopsi atau mengambil tisu bagi mengesahkan sel tersebut merupakan sel kanser.

Tanda-tanda mulut kucing anda bermasalah

Berikut merupakan beberapa tanda yang anda boleh perhatikan pada mulut kucing. Sekiranya tanda-tanda ini berpanjangan, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan segera:

  • Mulut kucing berair dan air liur meleleh
  • Ulser pada bahagian mulut kucing
  • Enggan makan dan minum
  • Gusi atau mulut yang bengkak

Cara merawat mulut kucing berbau

Seterusnya, terdapat beberapa langkah yang anda perlu lakukan bagi merawat mulut kucing berbau seperti berikut:

1. Buat pemeriksaan terhadap mulut kucing anda

Kadang-kadang, mulut kucing berbau disebabkan makanan atau sesuatu yang menyekat makanan di dalam rumah mereka. Kucing kesayangan anda mungkin mengunyah pelbagai benda asing yang boleh melukakan atau menyekat makanan.

Sekiranya anda mendapati si comel ini menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan sakit, perkara yang pertama adalah cuba lakukan pemeriksaan di dalam mulut kucing. Lihat sama ada ada objek tajam atau benda asing yang boleh menyekat makanan.

2. Dapatkah rawatan daripada veterinar

Seterusnya, langkah terbaik bagi merawat masalah kucing ini ialah mendapatkan rawatan daripada pihak veterinar. Biasanya, pihak veterinar akan melakukan pemeriksaan fizikal terhadap mulut kucing bagi menentukan tahap kesihatan.

Pada tahap yang teruk, kucing anda mungkin memerlukan ubat pelali atau bius untuk melakukan pemeriksaan yang lebih menyeluruh. Jika perlu, pihak veterinar akan membersihkan karang gigi dan kotoran yang ada.

Bukan itu sahaja, pihak veterinar juga mungkin akan melakukan pemeriksaan darah bagi mengenalpasti punca penyakit lain yang menyebabkan perkara ini.

3. Ubah diet dan pemakanan kucing jika perlu

Selain itu, cuba perhatikan diet dan pemakanan kucing anda dan makanan yang menyebabkan bau mulut kucing berbau busuk. Lihat makanan apakah yang akan menyebabkan bau mulut itu datang kembali.

Anda juga boleh mencuba diet pemakanan yang boleh membantu kesihatan gigi dan mulut seperti berikut:

Gamabar rujukan: © cgpetstore

Apa yang menarik tentang snek kucing ini, ia dikatakan mampu membantu kesihatan gigi dan mulut dan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk kucing anda.

Snek makanan ini juga menawarkan 4 perasa enak iaitu salmon, ayam, catnip dan juga tuna.

Dapatkan di: Shopee

4. Berus gigi kucing setiap hari

Akhir sekali, langkah pencegahan yang terbaik adalah memastikan kesihatan mulut dan gusi kucing anda dijaga setiap hari dengan memberus gigi. Bagi mereka yang mahu memulakan rutin memberus gigi ini, terdapat beberapa tips mudah yang anda boleh cuba:

  • Sapukan gel bagi gigi pada mulut kucing pada peringkat awal ini. Pastikan ia selamat untuk ditelan oleh si comel
  • Bagi memudahkan proses ini, setiap kali selepas rutin ini, beri ganjaran kepada kucing dengan snek atau makanan kegemaran mereka
  • Letakkan gel gigi kucing ini sedikit pada jari anda dan sapu di permukaan gigi depan
  • Ulang langkah ini selama beberapa hari atau beberapa minggu, setelah kucing semakin selesa, sapu gel ini dengan lebih dalam di permukaan belakang mulut kucing

Apabila kucing anda sudah selesa dengan gel atau berus jari silikon, ini masanya untuk mencuba berus gigi pula. Jangan membuka mulut kucing secara paksa tetapi tarik permukaan bibir secara perlahan sebelum memberus gigi.

Nampak mudah, tetapi semua proses ini memerlukan masa dan perhatian yang secukupnya untuk menjadikannya rutin yang berjaya. Bagi proses ini. Oyen kongsikan juga beberapa produk yang anda boleh cuba:

Set berus gigi dan ubat gigi

Gambar rujukan: © mr.petchef

Bagi mereka yang ingin memulakan rutin untuk memberus gigi, anda boleh mencuba set lengkap ini untuk bermula. Dengan set yang dilengkapi berus jari, ubat gigi dan berus gigi kecil, anda sudah boleh bermula menjaga kesihatan mulut kucing anda.

Dapatkan di: Shopee

Kesimpulan

Nampak remeh, tetapi masalah mulut kucing berbau busuk yang tidak ditangani sejak dari awal, boleh menjadi tanda-tanda awal kepada penyakit kucing yang sebenarnya boleh membawa maut. 

Tahukah anda, Oyen juga menawarkan Oyen Preventive Care Plan yang merangkumi pelan vaksinasi, ubat cacing dan juga rawatan rutin?

Dengan mendapatkan rawatan rutin, anda juga boleh menangani masalah mulut kucing berbau busuk ini lebih awal sebelum menjadi lebih teruk. 

Dengan mendapatkan pelan ini, ia akan membantu kucing anda menjalani kualiti hidup yang lebih baik dan pada masa yang sama mampu menjimatkan kos bagi anda sebagai pemilik.