Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

10 Khasiat Pokok Catnip Kepada Kucing Anda (Yang Anda Tidak Tahu)

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Pernahkah anda dengar nama pokok catnip atau pokok galak kucing? Pernahkah anda nampak kucing anda makan rumput atau menghidu bau rumput tertentu kemudian muntah?

Jika ya, jangan risau! Kemungkinan besar kucing anda menelan pokok catnip!

Catnip pokok galak kucing merupakan suatu pokok yang mengkhayalkan, namun baik untuk kucing anda. Pokok renek ini berdaun lembut berwarna hijau dan berbunga putih-ungu. Ia juga dikenali sebagai catswort atau catmint.

Tahukah anda apa yang ada dalam pokok catnip? Batang dan bunga pokok catnip mengandungi bahan aktif nepetalactone yang memberi kesan kepada kebanyakan haiwan felin termasukalah jaguar dan harimau bintang. Pelbagai fungsi catnip untuk kucing juga kami akan terangkan.

10 Khasiat Pokok Catnip

Disebabkan adanya nepetalactone, terdapat 10 khasiat pokok catnip untuk kucing domestik:

1.Merawat masalah pencernaan

Kucing akan menggigit dan menelan pokok ini. Kemudian, ia akan muntah. Perlakuan ini membantu merawat masalah pencernaan yang dialaminya..

2.Membuat kucing aktif

Menghidu dan menggigit pokok catnip menjadikan kucing anda aktif. Ia akan bergolek-golek dan aktif bergerak. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan sebagai penggalak untuk kucing anda aktif.

3.Menambah tenaga

Kucing yang memakan catnip mampu menjadi lebih bertenaga. Anda akan perasan ia banyak bermain dan bergurau dengan anda dan kucing-kucing lain.

4.Membolehkan kucing rileks

Selain itu, pokok catnip juga mampu menjadikan kucing anda tenang. Lebih-lebih lagi jika anda ingin membawa kucing anda menaiki sebarang kenderaan atau menenangkannya daripada kemarahan.

5.Membantu kucing tidur

Ada sesetengah kucing yang terus tidur selepas menghidu dan bermain dengan pokok catnip. Anda cuma perlu mencuba dahulu sebelum terus memberikannya kepada kucing. Untuk memberikan kesan ini, anda hanya perlu meletakkan atau menyemburkan sedikit di tempat tidur atau istirahat kucing.

6.Menghalau serangga

Bahan aktif nepetalactone, jika diekstrak, mampu menghalau serangga seperti nyamuk, lipas, lalat, dan anai-anai. Ekstrak catnip ada dalam bentuk semburan untuk penggunaan mudah.

7.Tidak menyebabkan ketagihan

Walaupun pokok catnip ibarat ‘ganja’, ia tidak menyebabkan ketagihan. Kucing hanya akan mengalami kesan-kesan tertentu tetapi kucing tidak akan ketagih terhadapnya.

8.Salah satu cara melatih kucing

Jika anda ingin melatih kucing, anda boleh menggunakan pokok catnip sebagai ‘balasan’ untuk setiap perilaku yang anda mahu kucing anda lakukan.

9.Mudah bergaul

Jika anda berikan pokok catnip kepada sekumpulan kucing asing, ia mampu memudahkan mereka bergaul. Hal ini kerana mereka akan bermain dan menghidu catnip bersama.

10.Menghilangkan kebosanan

Memerhatikan kucing yang seronok ‘menikmati’ catnip akan membantu menghilangkan kebosanannya. Ia juga mampu menjadi penghibur untuk anda.

Berdasarkan manfaat catnip untuk kucing di atas, jelaslah anda tidak perlu risau akan penggunaannya. Ia selamat dan merupakan penggalak semula jadi untuk kucing anda.

Cara kucing menikmati pokok catnip

Terdapat bermacam-macam cara yang dilakukan kucing untuk ‘menikmati’ catnip. Cara-caranya termasuk menghidu, menjilat, dan menggigit.

Selain itu, ia juga akan menggeserkan badannya serta bergolek-golek di atas lantai. Perlakuan-perlakuan tersebut merupakan gelagat yang pasti mencuit perhatian anda.

Walau bagaimanapun, jangan pelik jika kucing anda tidak memberikan sebarang tindak balas terhadap pokok catnip. Biasanya kucing kampung atau kucing kacukan tidak hairan dengan catnip.

Bentuk pokok catnip

Catnip boleh didapatkan dalam pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kucing anda. Anda tidak perlu susah payah menanamnya kerana ia mudah dijumpai di pasaran. 

  • Daun: Anda boleh memberikan daun catnip terus kepada kucing anda. Anda boleh mendapatkan daun catnip dan mengetahui harga catnip kucing di sini.
  • Serbuk: Anda boleh mendapatkan catnip dalam bentuk serbuk di kedai-kedai haiwan peliharaan atau secara atas talian. Ia mungkin dibalut dalam kain yang boleh terus dimainkan oleh kucing tanpa perlu bersepah.
  • Semburan: Selain itu, jangan pelik jika anda menjumpai semburan catnip kerana ia memang ada. Semburan mudah digunakan kerana memberikan bauan sahaja kepada kucing. Jadi, jika anda ingin kucing anda tenang, semburkan sahaja di tempat tidurnya.

Berdasarkan senarai di atas, terdapat pelbagai cara memberikan catnip pada kucing. Semuanya bergantung pada keselesaan anda dan kucing. Jika anda tidak suka sisa-sisa serbuk catnip, anda boleh menggunakan ekstrak semburan atau dalam bentuk mainan.

Kenapa kucing sukakan pokok catnip?

Kucing sukakan catnip kerana catnip mempunyai bahan aktif nepetalactone yang membantu menjadikannya aktif dan bertenaga. Bahan aktif ini juga mampu menjadikan kucing anda tenang dan menghalau serangga perosak.

Apakah kesan sampingan pokok catnip pada kucing?

Catnip terkenal sebagai rumput untuk kucing sakit, terutamanya berkaitan masalah pencernaan. Selain itu, ia tidak menyebabkanefek sampingan catnip iaitu ketagihan seperti yang selalu diperkatakan.

Kucing anda mungkin akan memberikan tindak balas lazim seperti bergolek-golek, menggeserkan badannya, dan berperilaku aktif. Ada juga kucing yang tidak langsung memberikan sebarang reaksi. Hal ini bergantung kepada jenis dan kacukannya.

Adakah pokok catnip selamat?

Ya, pokok catnip selamat untuk kucing. Malah, ia mampu membantu menyelesaikan masalah pencernaan yang dialami kucing. Kucing akan memakan catnip dan memuntahkan isi perutnya. Jangan risau akan perbuatan ini. Ia adalah perkara lazim.

Berapa lamakah kesan pokok catnip terhadap kucing?

Kesan catnip hanya terhad semasa kucing berada dekat dengannya atau memakannya. Ia tidak mempunyai kesan jangka masa lama. Jika anda ingin menggunakan catnip untuk menenangkan kucing, cukup sekadar meletakkan sedikit di tempat tidurnya.

Bagaimana cara menanam rumput kucing?

Anda boleh menanam rumput kucing atau pokok galak kucing di halaman rumah anda atau di dalam pasu. Ia akan tumbuh segar di bawah sinaran matahari, jadi ia bukan tumbuhan ‘dalam rumah’. Anda juga tidak perlu menyiramnya dengan kerap, dan ia lebih gemar tanah beralkali.