Sebut sahaja kucing, pastinya anda sudah terbayang si comel ini dengan bulunya yang bukan sahaja lembut, gebu dan lebat. Pastinya seronok membelai dan menggosok bulu mereka ini, sebagai tanda kasih sayang anda terhadap mereka.
Namun, bagaimana sekiranya masalah bulu kucing gugur berlaku kepada anda? Malah lebih menyedihkan, masalah gugur ini semakin teruk hingga bulu kucing botak.
Dalam artikel kali ini, Oyen akan kongsikan segalanya tentang bulu kucing gugur, punca dan tips penjagaan bulu kucing.

Apa yang dimaksudkan dengan bulu kucing gugur?
Secara normalnya, bulu kucing lama akan gugur setelah beberapa ketika. Malah, jumlah bulu yang gugur juga bergantung kepada jenis baka. Malah, bulu kucing juga akan lebih banyak gugur pada cuaca yang panas berbanding sejuk.
Sekiranya bulu yang gugur ini akan disusuli dengan tumbuhnya bulu kucing baru, ia hanya merupakan kitaran normal. Namun, jika bulu ini gugur sehingga meninggalkan kesan botak pada badan kucing, ia merupakan tanda anda sudah perlu berjaga-jaga.
Kenapa bulu kucing gugur
Sebenarnya, ramai dalam kalangan pemilik kucing yang menganggap masalah bulu kucing gugur adalah perkara biasa, sehinggalah ia berada dalam tahap yang sudah teruk. Oleh itu, jom kita ketahui apa yang sebenarnya menjadi punca bulu kucing gugur.
Jangkitan fungus
Jangkitan ringworm atau kurap pada kucing merupakan salah satu punca bulu kucing gugur. Ia merupakan sejenis penyakit kulit pada kucing yang boleh menyebabkan kawasan jangkitan berbentuk bulat dan bulu gugur.
Jangkitan parasit
Tahukah anda, parasit seperti kutu juga boleh menyebabkan bulu kucing akan gugur. Apabila kutu ini hinggap dan menghisap darah, ia akan menyebabkan rasa gatal di badan kucing.
Apabila kucing menggaru di tempat yang sama berulang kali dan juga agresif kerana gatal, bulu kucing juga boleh gugur.

Alahan atau alergi
Seperti manusia, jangan terkejut sekiranya kucing anda juga mempunyai masalah alahan atau alergi. Malah, ia merupakan salah satu punca utama berlakunya masalah bulu kucing gugur.
Kucing juga boleh mempunyai alahan terhadap makanan, gigitan serangga malah habuk atau debunga. Kesannya, mereka akan mengalami kegatalan pada badan dan mereka akan menjilat bulu mereka hingga meninggalkan kesan bulu kucing gugur bertompok dan botak.
Kesan sampingan ubat-ubatan
Bergantung kepada jenis ubat-ubatan dan badan kucing itu sendiri, kucing mungkin akan mengalami kesan sampingan ubat-ubatan sekiranya ia tidak sesuai dengan badannya.
Sekiranya bulu gugur ni menunjukkan kesan selepas kucing anda ada mengambil ubat-ubatan tertentu, berbincanglah dengan pihak veterinar bagi pilihan ubat lain yang lebih sesuai.

Tekanan atau stres
Apabila kucing berada dalam tekanan atau stres, si comel ini boleh bertindak dengan menjilat bulu mereka secara berlebihan. Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan bulu kucing gugur.
Kucing anda mengalami penyakit yang boleh menyebabkan bulu gugur
Selain itu, bulu kucing gugur juga merupakan salah satu simptom beberapa penyakit kucing seperti kanser, serta penyakit metabolisma seperti hyperthyroidism. Oleh itu, sekiranya menunjukkan tanda-tanda atau simptom bulu kucing gugur
Tanda-tanda kucing anda mungkin mengalami masalah bulu gugur
Seterusnya, ayuh kita kongsikan tanda-tanda kucing anda mungkin mengalami masalah bulu gugur. Jangan lupa untuk perhatikan tanda-tanda berikut pada kucing anda:
- Bulu kucing botak
- Bulu kucing gugur teruk
- Bulu kucing gugur bertompok
- Kerap menjilat badan (overgrooming)

Bahagian badan kucing yang biasanya mengalami masalah bulu gugur
Selain itu, anda juga boleh memerhatikan beberapa bahagian badan kucing ini yang biasanya kerap mengalami masalah bulu kucing gugur ini:
- Bulu kucing gugur di ekor
- Bulu kucing gugur di kepala
- Bulu kucing gugur di telinga
- Bulu kucing gugur di punggung
- Bulu kucing gugur di atas mata
- Bulu kucing gugur di leher
- Bulu kucing gugur di perut
Cara merawat bulu kucing gugur
Sebelum pihak veterinar menentukan jenis rawatan yang akan diberikan, mereka akan menjalankan beberapa proses sebelum menentukan rawatan yang paling sesuai untuk diberikan kepada kucing anda.
Di veterinar, kucing anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan fizikal terutamanya di kawasan kulit yang mengalami masalah bulu gugur ini.

Seterusnya, kawasan yang mengalami masalah bulu gugur ini akan diperiksa dengan lebih teliti. Ini termasuklah mendapatkan sampel biopsi atau kutu pada bulu kucing ini.
Jika dirasakan perlu, pihak veterinar mungkin akan meneruskan proses diagnosis ini dengan melakukan ujian darah serta ujian X-Ray bagi mengesan kemungkinan penyakit yang lebih serius seperti kanser.
Rawatan untuk bulu kucing gugur
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor veterinar akan menentukan rawatan yang terbaik berdasarkan keputusan yang diperolehi. Terdapat beberapa pilihan rawatan yang biasanya akan diberikan bagi mengatasi masalah bulu gugur ini iaitu:
1. Rawatan krim topikal
Salah satu pilihan rawatan yang paling popular bagi bulu kucing gugur ialah krim topikal. Biasanya ia akan digunakan bagi masalah bulu kucing yang gugur disebabkan penyakit kulit, jangkitan kutu dan fungus.

2. Ubat antidepresan dan antiresah
Bagi masalah bulu kucing gugur disebabkan tekanan atau stres, pihak veterinar mungkin akan membekalkan ubat bagi membantu kucing anda mengatasi masalah ini. Cara ini dikatakan dapat membantu mengurangkan tabiat kucing yang menjilat bulu mereka secara berlebihan atau lebih dikenali sebagai over grooming.
3. Ubat alergik
Seterusnya, sekiranya kucing yang mengalami masalah alahan yang menyebabkan bulu mereka gugur, pihak veterinar akan memberikan ubat-ubatan yang boleh mengurangkan kesan alahan ini.
Setelah mengetahui punca sebenar alahan ini, cara paling terbaik di masa hadapan ialah mengelakkan punca alahan ini agar ia tidak berulang di masa depan kelak.
Cara melebatkan bulu kucing
Selain daripada mendapatkan rawatan berdasarkan diagnosis yang betul dengan pihak veterinar, anda juga boleh menggunakan produk bagi membantu melebatkan bulu kucing semula.
Jom kita lihat beberapa cara dan produk yang anda boleh gunakan untuk melebatkan bulu kucing.

Makanan untuk melebatkan bulu kucing
Salah satu cara bagi membantu ialah memberikan kucing nutrien yang secukupnya bagi membantu pertumbuhan semula bulu serta melebatkan kembali bulu si kucing ini.
Berikut merupakan beberapa pilihan yang anda boleh cuba:
1. Royal Canin Hair and Skin Care

Jenama Royal Canin sudah tidak asing lagi sebagai salah satu jenama yang menawarkan pilihan makanan kucing yang berkualiti. Apa yang menarik, ia menawarkan hasil bulu yang kelihatan berkilat dalam masa 21 hari.
Ia dikatakan dapat membantu untuk mengekalkan pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat dengan kandungan protein yang berkualiti tinggi seperti amino acid. Pada masa yang sama, ia juga boleh membantu kesihatan sistem urinari bagi kucing.
Sesuai untuk: Kucing dewasa
Harga: Bermula dengan RM 26 bagi 1 kg hingga RM 125 bagi 5 kg
2. SmartHeart Gold Skin & Coat Care Formula
Seterusnya, bagi membantu kulit dan bulu kucing anda tumbuh dengan sihat, anda juga boleh mencuba SmartHeart Gold Skin & Coat Care Formula. Dengan bahan Omega 3 dan 6 di dalam makanan ini, ia akan membantu bukan sahaja bagi kulit yang lebih sihat, malah bulu yang berkilat.
Bukan itu sahaja, makanan ini juga boleh membantu mengawal pembentukan hairball atau bebola bulu kucing di dalam sistem penghadaman.
Sesuai untuk: Kucing dewasa
Harga: Bermula dengan RM 91 bagi 6 kg hingga RM 125 bagi 5 kg
Dapatkan di: Lazada | Shopee | SmartHeart
Jika anda inginkan lebih banyak pilihan makanan kucing dengan jenama yang terbaik, baca perkongsian artikel kami di sini.
Shampoo kucing untuk bulu gugur
Bukan sahaja makanan, bagi memastikan kesihatan bulu kucing dikekalkan, rutin mandi dan pembersihan bulu secara berkala juga penting untuk dilakukan. Jom kita lihat beberapa pilihan syampu mandi kucing yang ada:
1. CHUN Essentio Aromatherapy Fur Growth Cats and Dogs Shampoo

Jika anda inginkan pilihan dengan bahan semulajadi, syampu ini merupakan salah satu pilihan yang boleh dicuba. Apa yang menarik, syampu ini juga mengandungi ekstrak minyak kelapa yang boleh membantu menjadikan bulu kucing anda lebih lembut dan lebat.
Malah, syampu ini juga bebas daripada kandungan berbahaya kepada si comel anda seperti paraben, silikon dan bahan kimia yang lain.
Harga: RM 41.30 bagi 500 ML
Dapatkan di:Shopee
2. Organic Olive Anti Hair Fall Pet Shampoo

Seterusnya, syampu mandi berasaskan buah zaitun ini juga menawarkan pilihan bahan yang organik serta membantu bagi mengatasi masalah bulu gugur. Ia juga selamat digunakan kepada haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.
Bukan itu sahaja, syampu ini juga mampu bertindak sebagai membunuh bakteria dan juga membantu bagi masalah kutu dan juga hama.
Harga: RM 5.88 bagi 450 ML
Dapatkan di:Lazada | 88petsmart
Jika anda ingin lihat lebih banyak pilihan syampu mandi lain yang terbaik bagi si comel, jom lihat senarai 15 Syampu Mandi Kucing Terbaik Di Malaysia.

Kesimpulan
Walaupun nampak remeh, masalah bulu gugur ini perlu dibendung daripada awal bagi mengelakkan ia menjadi lebih besar.
Malah, bulu kucing gugur juga boleh menjadi salah satu simptom penting yang perlu diperhatikan pada kucing yang berkemungkinan mengalami masalah kesihatan.
Tahukah anda, Oyen juga menawarkan Oyen Preventive Care Plan yang merangkumi pelan vaksinasi, ubat cacing dan juga rawatan rutin.
Dengan mendapatkan rawatan rutin, anda juga boleh mengesan masalah bulu kucing gugur ini lebih awal sebelum menjadi lebih teruk atau sehingga botak!
Dengan mendapatkan pelan ini, ia akan membantu kucing anda menjalani kualiti hidup yang lebih baik dan pada masa yang sama mampu menjimatkan kos bagi anda sebagai pemilik!