Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

15 Syampu Mandi Kucing Terbaik Di Malaysia (Termasuk Tips Penjagaan)

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Nak mandikan kucing ke tidak ya? Mesti pemilik kucing semua tertanya-tanya soalan ni. Yelah, kucing dah mandi sendiri, tapi kita masih perlu mandikan atau tidak? 

Perlukah Kucing Dimandikan

Jawapannya, mandikan kucing hanya perlu dilakukan apabila perlu sahaja.

Kucing menghabiskan kebanyakan masanya menjilat bulu dan membersihkan dirinya. Oleh itu, pemilik kucing tidak perlu risau, lebih-lebih lagi kucing terkenal dengan sifatnya yang pembersih.

Memandikan kucing hamil pula tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan stres. Nak tahu lebih lagi, baca artikel ini!

Bahan-bahan Syampu Kucing

Terdapat pelbagai jenis syampu kucing di pasaran. Anda sebagai pemilik harus tahu apakah masalah kesihatan kucing anda?

Setiap formula syampu mengatasi masalah berbeza. Contohnya kucing yang dihinggapi kutu mesti dicuci dengan syampu yang khusus untuk membasmi kutu. Tambahan pula, pemilik perlu tahu, bahaya ataupun tidak kandungan dalam setiap botok syampu? Jom baca.

Pyrethroids

Pyrethroids merupakan sejenis racun membunuh haiwan perosak yang ada digunakan dalam syampu mandi kucing. Bahan tersebut berkesan membunuh kutu dan sengkenit, tetapi mungkin toksik terhadap kucing jika tertelan.

Oleh itu, sebaiknya elakkan syampu yang mempunyai pyrethroids. Pilihlah bahan-bahan yang lebih alami dan selamat. 

Bahan Semulajadi

Kucing suka menjilat bulu. Oleh itu, bahan semulajadi seperti lidah buaya, air mawar, dan ekstrak kelapa disarankan untuk digunakan. Pastikan anda baca isi kandungan syampu!

Jenis-jenis Syampu Kucing

Syampu Kering

Syampu kering biasanya terdapat dalam bentuk semburan atau buih. Syampu kering hanya digalakkan untuk digunakan untuk:

  • Kotoran sisa najis 
  • Kotoran tanah
  • Anak kucing yang belum sesuai mandi dengan air

Anda tidak perlu menggunakan syampu kering dengan air kerana syampu kering hanya perlu disembur dan diusap pada bulu kucing tanpa langkah tambahan. Mudah sahaja!

Syampu Perubatan

Syampu Kutu

Syampu kutu merupakan syampu perawatan yang biasa dijumpai di pasaran. Kutu atau sengkenit yang hinggap pada bulu kucing boleh membiak dan menyebabkan kegatalan. 

Syampu Kulat

Kulat juga boleh tumbuh pada kulit kucing. Kulat boleh menyebabkan kegatalan dan luka pada badan kucing. 

Jika tidak dirawat, kulat boleh menyebabkan kucing kehilangan bulu dan menyebabkan berlakunya titik botak. Oleh itu, penggunaan syampu kulat boleh membantu meredakan kerengsaan.

Syampu Kelemumur

Ada kucing mempunyai kelemumur pada bulunya. Jika tidak dirawat, kelemumur boleh berkeruping dan menimbulkan ketidakselesaan.

Syampu Anti-Gugur

Bulu kucing gugur boleh menyebabkan kucing menjilat gumpalan bulu. Untuk mengelakkan lebih banyak bulu gugur, syampu anti-gugur sangat digalakkan. 

Baca lanjut senarai syampu kucing terbaik Malaysia di bawah!

15 Syampu Mandi Kucing Terbaik Di Malaysia

1. Dr Pets Flea & Tick All Natural Neem Pet Shampoo

Syampu ini dirumus khas untuk menghapuskan kutu dan sengkenit yang hidup pada bulu kucing. Syampu daripada Dr Pets di atas mengandungi bahan-bahan semulajadi. Ia juga melembapkan dan meyihatkan kulit kucing agar kucing tidak menggaru-garu bulunya. Selain itu, bulu kucing juga akan bersinar dan lembut.

Jika anda suka memeluk dan mencium kucing anda, cubalah syampu ini.

Jenis: Syampu kutu

Harga: ~RM19.99/ 500ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing 3 bulan ke atas

Bahan-bahan: Minyak neem dan minyak kayu putih

Beli di mana: Shopee | perromart | Lazada

2. Canaan Anti-Flee Cat Shampoo

Mengandungi IGR (Insect growth Regulator), syampu ini membantu membantutkan pembiakan kutu dan sengkenit sehingga 5 minggu! Jika tiada kutu lagi, anda bolehlah berhenti menggunakannya.

Syampu ini juga boleh membantu merapikan dan melembutkan bulu, terutamanya jika bulu kucing anda tebal.

Jenis: Syampu kutu 

Harga: ~RM23.92/ 500ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing 3 bulan ke atas; kucing berbulu lebat

Bahan-bahan: Bahan kimia selamat dan perapi

Beli di mana: Shopee | Lazada

3. Pawster Shampoo for Tick and Lice

Jika anda suka minyak pati, bolehlah cuba syampu ini untuk mandi kucing kutu. Diperkaya dengan minyak pati, bahan semulajadi, dan tanpa pewarna tiruan, syampu kucing keluaran Pawster ini lembut untuk kulit dan bulu kucing. Selain itu, ia juga sangat berkesan membunuh kutu dan sengkenit.

Jenis: Syampu kutu

Harga: ~RM17/ 100ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing 3 bulan ke atas; kucing berbulu lebat

Bahan-bahan: Bahan-bahan semulajadi, minyak pati

Beli di mana: Shopee

4. Maxhico Cat Flea Shampoo

Syampu ini dirumus dengan bahan-bahan semula jadi seperti margosa, serai wangi, pokok teh, dan kayu cedar. Jika anda tidak kisah dengan bau herba, anda boleh mencuba syampu ini untuk kucing anda. Syampu keluaran Maxhico ini sangat berkesan membunuh pinjal, sengkenit, kutu, dan tungau. 

Jenis: Syampu kutu

Harga: ~RM13.90/ 225ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing 3 bulan ke atas

Bahan-bahan: Margosa, serai wangi, pokok teh, kayu cedar; bauan herba
Beli di mana: Shopee | Lazada

5. Canaan Anti-Ticks, Fleas And Lice Spray

Syampu kering ini dirumus khas untuk membunuh pinjal dan sengkenit secara terus. Syampu keluaran Canaan ini sesuai untuk kawasan pelipat seperti telinga dan celah jari kaki. Selain mudah digunakan, syampu kering ini juga sesuai untuk kucing yang sukar mandi atau takut air dan anjing.

Anda juga boleh menggunakan semburan syampu ini untuk membersihkan kawasan permainan kucing anda. Walau bagaimanapun, elakkan disembur pada kucing 4 bulan ke bawah dan anjing 10 minggu ke bawah.

Jenis: Syampu kering 

Harga: ~RM30.03/ 300ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing 4 bulan ke atas dan anjing 10 minggu ke atas; tempat permainan kucing/ anjing

Bahan-bahan: Bahan kimia selamat

Beli di mana: Shopee | Lazada

6. Oster Oatmeal Naturals Hairball Control Shampoo for Cats

Syampu ini dirumus daripada bahan-bahan yang semulajadi dan terbiodegradasikan. Untuk mengelakkan gumpalan bulu, syampu keluaran Oster ini sangat sesuai untuk digunakan. Syampu ini mengandungi pH yang seimbang untuk melembapkan kulit dan melembutkan bulu.

Dengan haruman lidah buaya dan formula semulajadi, syampu ini sangat sesuai untuk kucing berbulu lebat agar mudah diurus dan tidak mudah gugur.

Jenis: Syampu anti-gugur 

Harga: ~RM38.88/ 532ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing berbulu lebat

Bahan-bahan: Mil oat semulajadi, lipid kesumba, lidah buaya, dan vitamin B5

Beli di mana: Shopee | manjapets

7. LOYALE CAT Fluffy Protection Cat Shampoo 

Kucing anda berbulu lebat? Gunakan syampu ini yang diperbuat daripada lidah buaya, ekstrak kelapa, dan ekstrak lavender. Syampu ini bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat agar kulit kucing berbulu lebat anda sentiasa bersih dan sihat. Syampu ini tidak menyebabkan alahan, oteh itu, gunalah tanpa waswas. 

Selain itu, syampu yang diimport ini juga berkesan mencegah kebotakan bulu, melembutkan bulu, dan berbau harum.

Jenis: Syampu anti-gugur 

Harga: ~RM50.00/ 350ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing berbulu lebat

Bahan-bahan: Lidah buaya, ekstrak kelapa, dan ekstrak lavender

Beli di mana: Shopee | onlinefriday

8. PETSLIFE Fragrance Pet Shampoo

Nak kucing wangi? Syampu ini berbau harum strawberi. Bau haruman syampu ini tahan lama, sangat sesuai untuk pemandian yang tidak kerap. Syampu ini juga membersih, melembutkan bulu, dan mudah dibilas. Oleh itu, anda tidak perlukan masa yang lama untuk memandikan kucing anda.

Dengan pH seimbang dan formulasi anti-bakteria, syampu ini sesuai untuk mencegah bulu gugur dan kebotakan.

Jenis: Syampu wangi

Harga: ~RM18.00/ 300ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing

Bahan-bahan: Ekstrak strawberi, minyak pati

Beli di mana: Shopee

9. FIDO Cat Shampoo

Kucing berkelemumur? FIDO Cat Shampoo diformulasi khusus anti-kelemumur dan mengurangkan kegatalan. Selain itu, syampu ini juga merapikan bulu dan menjadikan bulu bersinar. Syampu keluaran FIDO ini juga berkesan mencegah kutu, pinjal, dan sengkenit agar kucing berasa selesa dan tidak gatal.

Jenis: Syampu kelemumur

Harga: ~RM13.80/ 350ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing

Bahan-bahan: Haruman semulajadi, perapi

Beli di mana: Shopee | FIDO

10. VETERINARY FORMULA Clinical Care  Antiseptic and Antifungal Shampoo

Kulit kucing berkulat dan luka? Cuba VETERINARY FORMULA Clinical Care Antiseptic and Antifungal Shampoo yang diformulasikan dengan lanolin and lidah buaya. Kulat atau fungus yang melekat di kulit kucing boleh menyebabkan kegatalan dan nanah. Untuk merawatnya, anda memerlupak syampu khusus agar tidak merengsa lagi kulit kucing. 

Syampu keluaran VETERINARY FORMULA ini sangat berkesan merawat jangkitan kulit dan melegakan kegatalan. Syampu ini juga berbau harum.

Jenis: Syampu kulat

Harga: ~RM59.00/ 473ml

Sesuai untuk: Kucing yang dijangkiti kulat

Bahan-bahan: Benzethonium klorida, ketoconazole, lanolin, dan lidah buaya

Beli di mana: Shopee | Lazada

 11. Cat Shampoo Sulphur

Kucing sering menggaru? Cuba Fatty Cat Shampoo Sulphur yang anti-bakteria dan anti-kulat. Sebagai alternatif yang lebih murah untuk merawat kulat, anda juga boleh menggunakan syampu keluaran Fatty Cat ini. Walau bagaimanapun, syampu ini berpotensi menyebabkan alahan pada kucing. Oleh itu, anda digalakkan mencuba sedikit dahulu, sebelum digunakan untuk mandi.

Jenis: Syampu kulat

Harga: ~RM13.90/ 250ml

Sesuai untuk: Kucing yang dijangkiti kulat

Bahan-bahan: Asid sitrik, sodium klorida, haruman semulajadi, pewarna yang dibenarkan.

Beli di mana: Pets Direct

12. Petsmile Antibacterial and Antifungal Shampoo

Petsmile Antibacterial and Antifungal Shampoo merupakan syampu anti-bakteria dan anti-kulat.

Syampu keluaran Petsmile ini sesuai untuk semua jenis kucing berbulu lebat dan pendek. Jika kucing anda dalam proses pemulihan penyakit kulit, bolehlah gunakan syampu ini untuk mempercepat proses pemulihannya.

Syampu ini juga berkesan mencegah virus H1N1.

Jenis: Syampu kulat

Harga: ~RM13.50/ 400ml

Sesuai untuk: Kucing yang dijangkiti kulat atau fungus

Bahan-bahan: Ekstrak lavender, perapi

Beli di mana:Shopee | Lazada

13. Friskies Aloe Vera Cat Shampoo

Friskies Aloe Vera Cat Shampoo sesuai digunakan untuk semua jenis kucing. Syampu keluaran Friskies ini sesuai jika anda ingin kerap memandikan kucing anda. Syampu ini juga sesuai untuk kucing sensitif. Selain itu, syampu ini juga mampu merapikan bulu dan menjadikannya bersinar.

Jenis: Syampu harian

Harga: ~RM9.85/ 300ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing

Bahan-bahan: Diperkaya dengan lidah buaya

Beli di mana: Shopee | PGMALL | SUNTOS

14. Mclee’s Cat Shampoo

Mclee’s Cat Shampoo sesuai digunakan kerap untuk semua jenis kucing. Syampu ini dirumus dengan formulasi anti-kusut dan pembersihan lembut kerana mengandungi perapi. Ia juga berkesan menjadikan bulu bersinar.

Jenis: Syampu harian 

Harga: ~RM14.80/ 300ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing

Bahan-bahan: Bahan semulajadi

Beli di mana: Petsmore | Shopee | Lazada

15. Petswell Classic Shampoo Rose & Goat's Milk

Kucing anda suka bermain di luar? Petswell Classic Shampoo Rose & Goat's Milk sesuai digunakan untuk menghilangkan kotoran berminyak. Syampu keluaran Petswell ini berkesan mencegah kekusutan dan bakteria untuk mencegah kulit berkerak. Formulasinya juga tidak bersabun dan mempunyai haruman air mawar.

Jenis: Syampu harian 

Harga: ~RM34.00/ 400ml

Sesuai untuk: Semua jenis kucing

Bahan-bahan: Susu kambing dan ekstrak air mawar

Beli di mana: Shopee | Lazada

Tips Memandikan Kucing

Cara memandikan kucing persia dan kucing baka lain sama sahaja. Baca tips dan keperluan kucing di bawah.

Gunakan Air Suam

Air suam sangat digalakkan kerana membantu kucing menjadi lebih tenang. Tuang dalam besen untuk lebih mudah diurus. 

Syampu Kucing

Gunakan syampu mandi kucing yang sesuai mengikut keperluan. Pastikan bahan-bahan dalam syampu tidak menyebabkan alahan.

Berus Bulu

Secara semulajadi, kucing sangat gemar bulunya diberus dan disikat. Jadi, gunakan berus kucing yang sesuai untuk membelai bulunya.

Tuala

Sediakan tuala yang lebar dan mudah menyerap. Segera mengelap bulu, dan jika kucing anda mahu, biarkannya berjemur sebentar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan syampu mandi kucing dan cara pemandian yang yang sesuai memberi kesan terhadap kucing. Anda harus cakna jenis syampu yang mana yang sesuai dengan keperluan kucing anda. 

Anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor di bawah sebelum membeli mana-mana syampu:

  • Bilangan kucing
  • Isipadu syampu mandi kucing yang diperlukan
  • Kekerapan untuk menggunakan syampu mandi kucing
  • Harga
  • Masalah yang dihadapi kucing seperti bulu gugur atau kutu (jika perlu)

Jika kucing anda dijangkiti kutu atau pinjal atau sengkenit, gunalah syampu yang sesuai untuk membantunya. Jika anda tidak mempertimbangkan keperluan, anda mungkin akan membazir. Selain itu, gunakan juga semua tips penjagaan dan shampoo kucing yang terbaik Malaysia agar kucing anda gembira. 

Selamat mencuba!