Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Check out if your pet is eligible for insurance

It’s a fun quiz made just for pet parents like you!

Check Now
Join thousands of furparents who have done this quiz
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Pemilik Kucing Ini Kongsikan Pengalaman Kucing Sakit: Asma Kucing

Table of Content

Bagi setiap pemilik kucing, pengalaman kucing sakit bukan suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja daripada emosi, pemilik kucing juga perlu bersedia untuk membelanjakan kos rawatan dan perubatan.

Kali ini, kami bawakan perkongsian kisah seorang pemilik kucing, Adilah dan dan kucing kesayangannya, Aling. Dalam perkongsian ini, Adilah berkongsi pengalaman dan perbelanjaan yang perlu ditanggung olehnya demi kucing kesayangannya.

Aling si kucing jalanan

Gambar Aling sewaktu mula-mula dibela

Sebenarnya, Aling merupakan kucing jalanan yang dikutip oleh abang ipar di tempat kerjanya. Disebabkan Aling kakinya tempang, Aling selalu kalah sewaktu berebut makanan dengan kucing-kucing yang lain.

Disebabkan rasa kasihan terhadap Aling, abang ipar Adilah membawa pulang Aling ke rumah mertuanya di kampung. Sejak hari itu, Aling dibela oleh keluarga Adilah sejak tahun 2011.

Tabiat Aling yang kuat makan dan tidak aktif

“Sepanjang 10 tahun keluarga saya membela Aling, Alling mempunyai tabiat kuat makan. Pada awal sewaktu kami membelanya, Aling akan makan secara banyak. Malah, Aling juga akan mengiau marah kepada sesiapa yang mendekati makanannya. Bagi kami, ia mungkin disebabkan Aling dibesarkan di jalanan dan terpaksa berebut makanan. Jadi, itu mungkin salah satu cara ia mempertahankan diri.”

Tambah Adilah lagi, “Lama-kelamaan, Aling sudah semakin selesa dengan keluarga dan tidak lagi mengiau marah. Cuma, tabiat makan makanan secara banyak masih lagi kekal dalam dirinya.”

Cuba kawal pemakanan dan pastikan Aling aktif

“ Bukannya kami tak mencuba, banyak kali kami cuba untuk kawal pemakanan Aling. Malah, pada waktu petang, kami akan cuba bawa dia turun ke halaman rumah untuk membantu ia aktif. Namun, setiap kali kami mencuba, setiap kali itu juga Aling melarikan diri,” tambah Adilah.

Menurut Adilah juga, berat Aling pernah mencecah 8 kilogram dan sudah berada di tahap obesiti.

Gambar sewaktu berat Aling mencecah 8 kilogram

Tahun wabak pandemik dan tahun yang sukar bagi Aling

Jika pada tahun 2020, negara kita dilanda pandemik, tahun ini juga merupakan tahun yang sukar bagi Aling serta keluarga Adilah, Berikut merupakan sambungan perkongsian Adilah kepada pihak kami. “ Pada hujung tahun 202, Aling mula batuk-batuk seolah-olah ingin muntah. Kami telah membawa Aling beberapa kali ke klinik veterinar sewaktu rentas daerah dibenarkan. Pada mulanya, kami menyangka masalah Aling adalah masalah hairball atau mengeluarkan bulu yang dijilat Walaupun telah beberapa kali ke veterinar, tetapi masalah masih sama dan semakin teruk.  

Dalam masa setahun, hampir 10 kali kami berulang kali ke klinik veterinar dan masalah Aling semakin teruk. Malah, pada setiap kali rawatan kami terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 50 tidak termasuk kos minyak kerana klinik veterinar hanya ada di luar daerah, “ ujar Adilah.

Tahun 2021, keadaan Aling semakin teruk, sehinggalah...

“Sepanjang tahun 2021, berat Aling semakin menyusut. Hingga pada Ogos 2021, keadaan Aling berada di tahap yang paling teruk. Aling terlantar lemah dan terbaring tidak bermaya. Apabila bernafas, Aling akan ternganga dan sesak nafas. Berat badannya yang dahulu 8 kilogram, hanya tinggal 2 kilogram. 

“Badannya sudah menampakkan tulang, sehingga pada suatu tahap, Aling enggan makan. Saya sendiri terpaksa menyuap ikan rebus kegemarannya dan menggunakan syringe untuk memberikannya air,” tambah Adilah.

Aling hilang selera makan, hanya terbaring sepanjang hari.
Aling terpaksa tidur dalam keadaan kepala tinggi supaya dapat bernafas ketika mengalami serangan asma

“Lebih memburukkan keadaan, pada waktu itu pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan. Kami  juga tekad untuk menukar klinik veterinar  yang lebih jauh untuk merawat Aling di luar daerah. Malangnya, semua klinik veterinar pada masa itu tidak menerima pesakit kecuali dengan temujanji sahaja.

Tidak berputus asa, kakak saya telah menelefon setiap klinik veterinar di bandar utama, memohon supaya merawat Aling dengan segera sehinggalah ada sebuah klinik veterinar yang sanggup menerima Aling sebagai rawatan kecemasan.

Kami bergegas ke Pejabat Veterinar Daerah untuk mendapatkan surat rujukan bagi Aling. Ia juga penting sebagai dokumen sokongan bagi memohon surat kebenaran pergerakan di balai polis. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan dan kami berjaya mendapatkan kebenaran daripada pihak polis,” tambahnya lagi.

Setibanya di klinik veterinar, doktor veterinar terus menjalankan pemeriksaan terhadap Aling. Hampir sejam Aling diperiksa, doktor veterinar memberitahu paru-paru Aling sudah berada dalam keadaan yang teruk. Banyak parut atau scar pada paru-paru Aling, akibat batuk waktu yang lama dan Aling mungkin tidak akan kembali sihat seperti biasa. Aling juga disahkan menghidap Asma.

“Walaupun sedih dengan berita tersebut, kami sekeluarga tekad untuk menjaga Aling sehabis baik kami. Setiap bulan, kami akan membawa Aling ke veterinar bagi rawatan susulan atau sekiranya Aling menunjukkan simptom yang teruk. Pada suatu tahap, veterinar mencadangkan kami menggunakan inhaler sebagai alat bantuan pernafasan Aling. Malah, kos rawatan asma Aling juga semakin bertambah, dalam purata sebanyak RM 70 pada setiap sesi rawatan,” katanya lagi.

Ikhtiar rawatan terakhir buat Aling

“Setelah beberapa kali rawatan antibiotik, Aling masih kerap terkena serangan asma. Pada tahap ini, kami hampir berputus asa. Apa yang membuatkan kami lebih sedih, dalam keadaan sakit, Aling masih menggagahkan diri untuk makan apabila disuap seolah-olah berjuang untuk nyawanya. Melihat kesungguhan Aling untuk terus hidup, kami nekad mencari ikhtiar buat kali terakhir untuk mendapatkan rawatan bagi Aling.

Kali ini, doktor veterinar menyarankan untuk kami untuk menggunakan rawatan nebulizer di rumah. Setiap kali kos rawatan menggunakan nebulizer di veterinar, ia boleh mencecah purata RM 100 untuk rawatan nebulizer. Disebabkan lokasi veterinar yang jauh, serta Aling memerlukan nebulizer secara kerap, kami memutuskan untuk membeli nebulizer khas untuk Aling,” tambahnya lagi.

“Pada mulanya, kami membeli nebulizer murah untuk berjimat, namun setelah beberapa kali digunakan ia rosak dan langsung tidak boleh digunakan. Akhirnya, kami sekeluarga mengeluarkan duit untuk mesin nebulizer yang lebih berkualiti dengan harga mencecah RM 300.

Adilah membeli mesin nebulizer yang lebih berkualiti dengan harga mencecah RM 300

Bukan sahaja mesin nebulizer, cecair nebulizer juga memakan kos sebanyak RM 100 hingga RM 200 sebulan. Ini tidak termasuk kos ke veterinar di luar daerah sekiranya memerlukan rawatan lain.  Namun, dengan rawatan nebulizer di rumah setiap hari, Aling kini menunjukkan perubahan yang lebih positif. Ia boleh bernafas dengan lebih baik, serta melakukan aktiviti seharian yang biasa dilakukan.” terangnya lagi.

Tambah Adilah, jika  dahulu, Aling akan mendongakkan kepala untuk cuba bernafas namun setelah menjalani rawatan nebulizer secara kerap di rumah, Aling kembali ceria walaupun masih tidak sembuh sepenuhnya. Ia sudah boleh meminta ikan rebus kegemarannya, lebih aktif dan bermain di halaman rumah.

Keadaan Aling yang semakin sihat setelah menjalani rawatan nebulizer di rumah setiap hari.

Jumlah kos rawatan hampir  mencecah RM 2 000

“Jika dikira jumlah kos rawatan, ia mungkin sudah mencecah RM 2 000. Jika dikira, ia memang mahal tapi menjadi lebih ringan kerana kami sekeluarga berpakat menanggung kos rawatan Aling. Namun, bagi kami, ia tidak ternilai dengan melihat Aling kembali ceria seperti dahulu. Apa sahaja, asalkan Aling selesa.

Bagi mereka yang tidak mempunyai sokongan kewangan seperti saya, pastinya ia amat membebankan sekiranya kucing kesayangan mereka sakit. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap emosi, malah kewangan. Saya juga pernah membaca cerita di mana pemilik kucing terpaksa mengeluarkan wang KWSP beliau hanya kerana terpaksa menanggung kos rawatan ribuan ringgit,” ujar Adilah.

Menurut Adilah, setelah segala perbelanjaan yang dikeluarkan, ia memberi kesedaran tentang kepentingan insurans untuk kucing atau haiwan kesayangan. Sekurang-kurangnya  ia dapat mengurangkan beban kos rawatan haiwan kesayangan di samping kos menyara kehidupan yang lain.

“Walaupun Aling bukan kucing kayangan dan hanya kucing jalanan, Aling adalah keluarga bagi kami. Pengalaman kucing sakit ini mengajar saya dan keluarga sesuatu, iaitu bukan  manusia sahaja perlu insurans sebagai perlindungan, kucing kesayangan yang sudah dianggap keluarga juga memerlukan insurans. 

Jika saya boleh mengundur masa sebelum Aling sakit, pastinya kami akan mendapatkan insurans kucing bagi memberikan yang terbaik bagi Aling. Sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan tanggungan kos rawatan bagi Aling. Walaupun asma Aling tidak dapat sembuh, sekurang-kurangnya rawatan ini membantu ia menikmati kehidupan yang lebih baik,” kata Adilah mengakhiri perbualannya.

Pilihan insurans kucing yang ada di Malaysia

Peka dengan keadaan ini, pihak Oyen juga menawarkan insurans bagi kucing kesayangan anda. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sebelum kucing anda jatuh sakit dan anda terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi setiap bulan, dapatkan insurans sebagai perlindungan. Dengan harga yang murah, serta proses tuntutan hanya secara online, ketahui lebih lanjut mengenai insurans ini di sini!

Get your furkid a pawrfect plan today!

Get started by taking our eligibility quiz within 5 minutes and we’ll get your furkid the pawrfect plan.

Get quote now