Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Check out if your pet is eligible for insurance

It’s a fun quiz made just for pet parents like you!

Check Now
Join thousands of furparents who have done this quiz
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Kucing Murung: Mengapa Ia Berlaku & Bagaimana Mengatasinya?

Table of Content

Pastinya anda terhibur dengan telatah comel si kucing setiap hari, yang riang berlari ke sana dan ke mari. Namun, cuba bayangkan jika suatu hari, mereka tidak gembira seperti biasa, dan seolah-olah bersedih.

Tahukah anda, kucing juga sebenarnya boleh berada dalam keadaan murung. Malah, pada tahap yang teruk, kucing murung boleh mati disebabkan keadaan kesihatan yang merosot buat masa yang lama. 

Dalam artikel ini, ayuh kita pelajari mengapa ia berlaku dan bagaimana mengatasinya.

Sebab kucing murung

Tanpa angin, masakan pokok bergoyang. Sama dengan situasi ini, kucing yang murung pasti mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa mereka boleh berada dalam keadaan murung.

Kucing berada dalam keadaan sakit atau cedera

Sama seperti manusia, kucing yang berada dalam keadaan sakit  akan menunjukkan tanda-tanda murung. Di dalam keadaan sakit, kucing ini akan hilang selera makan serta bediam sahaja sepanjang hari.

Dalam situasi ini, bukan sahaja kesihatan fizikal mereka akan terjejas, malah emosi mereka juga terjejas dan berada dalam keadaan yang sedih dan murung.

Bersedih dengan kehilangan ahli keluarga atau kucing lain

Bukan sahaja manusia, haiwan seperti kucing juga boleh menjadi murung apabila mereka kehilangan ahli keluarga yang tersayang terutamanya yang paling dekat dengan mereka. 

Bukan sahaja akibat kehilangan nyawa, kucing yang ditinggalkan oleh pemilik buat jangka masa yang lama juga boleh menjadi sedih dan akhirnya murung.

Kucing hamil

Fasa kehamilan yang melibatkan perubahan hormon bukan sahaja sukar bagi manusia, tetapi kucing juga.

Sebenarnya, situasi ini biasanya hanya merupakan perubahan emosi disebabkan hormon. Namun, jika kucing ini dibiarkan tanpa perhatian dan langkah awal, tidak mustahil ia boleh menyebabkan kucing hamil murung.

Kucing murung anak mati

Sama seperti manusia, kucing juga boleh merasakan jika berlaku sesuatu kehilangan. Proses melahirkan anak sudah memenatkan daripada segi fizikal, apatah lagi sekiranya anak yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan.

Walaupun ia hanya sementara, namun kucing juga boleh menunjukkan perubahan sikap, hilang selera makan dan juga turun berat badan

Tanda kucing murung

Sebagai pemilik, pastinya anda mempunyai naluri jika sesuatu tidak kena dengan diri mereka. Cuba perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin boleh menjadi petanda kucing anda mengalami kemurungan.

  • Kucing jadi pendiam dan murung
  • Kucing jadi agresif
  • Tidur lebih lama
  • Hilang selera makan
  • Kencing merata

Cara merawat kucing murung

Sebenarnya, tiada rawatan kucing murung yang benar-benar spesifik dan boleh menyembuhkan kucing anda. Namun, biasanya ia boleh dikawal dan dicegah dengan mengenalpasti faktor dan punca  utama yang menyebabkan kucing anda murung.

1. Luangkan masa berkualiti bersama kucing anda

Pada masa yang sukar ini, ini masanya yang terbaik bagi meluangkan masa kualiti bersama kucing anda. Berikan mereka perhatian dan juga kasih sayang yang lebih bagi memberikan mereka rasa dihargai dan juga diperlukan.

Sekiranya anda terpaksa meninggalkan mereka atas urusan yang tidak dapat dielakkan, cuba minta ahli keluarga yang lain untuk meninjau keadaan kucing anda. Jangan lupa untuk menyediakan ruang bermain dan mainan secukupnya supaya mereka berasa selesa.

Jika boleh, sekiranya kucing anda masih belum pulih sepenuhnya, jangan tinggalkan mereka buat masa yang terlampau lama.

2. Pujuk makan dengan menukar makanan yang baru

Jika cara memujuk mereka dengan makanan kegemaran tidak menjadi, cuba pujuk dengan menukar makanan kucing yang baru. Anda boleh menukar jenis makanan atau memberikan snek kegemaran mereka.

Walaupun sukar, pastikan kucing anda makan dan minum walau dalam kuantiti yang sedikit. 

Jangan biarkan mereka langsung tidak makan dan minum buat masa yang lama sehingga mereka mengalami dehidrasi dan seterusnya mengancam nyawa.

3. Bantu mereka menguruskan diri

Pada situasi ini, kucing anda mungkin berada dalam keadaan tidak boleh membersihkan bulu dan menguruskan diri. Kali ini, ini masanya untuk anda menguruskan mereka.

Anda mungkin perlu memandikan kucing serta membersihkan bulu mereka. Pastikan juga mereka boleh menyediakan ruang dan kawasan yang selesa bagi mereka seperti pasir kucing yang selalu dibersihkan.

4. Berikan kucing anda teman bermain yang baru

Sekiranya kucing anda kelihatan sunyi dan murung selepas kehilangan teman, berikan kucing teman bermain yang baru. Namun, jangan lakukannya dalam keadaan yang mengejut dan mendadak.

Beri mereka ruang untuk mengenali kucing yang baru sebelum benar-benar tinggal di rumah yang sama.

5. Ubat-ubatan daripada pihak veterinar

Jika semua cara sudah tidak berkesan, ini masanya untuk melawat pihak veterinar. Pihak veterinar akan menyiasat punca yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Sekiranya perlu, pihak veterinar mungkin akan menyediakan ubat-ubatan atau terapi yang diperlukan bagi merawat kucing anda.

Kesimpulan

Masalah kucing murung bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan. Dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan kesihatan kucing merosot dan tidak mustahil boleh menyebabkan kematian.

Tahukah anda, Oyen juga menawarkan Oyen Preventive Care Plan yang merangkumi pelan vaksinasi, ubat cacing dan juga rawatan rutin. 

Dengan mendapatkan pelan ini, ia akan membantu kucing anda menjalani kualiti hidup yang lebih baik dan pada masa yang sama mampu menjimatkan kos bagi anda sebagai pemilik!

Semak kelayakan di sini.

Get your furkid a pawrfect plan today!

Get started by taking our eligibility quiz within 5 minutes and we’ll get your furkid the pawrfect plan.

Get quote now