Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

16 Senarai Vet Bagus & Murah di KL & Selangor

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi pemilik kucing atau haiwan kesayangan, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan datang. Tidak kira sama ada kucing anda jatuh sakit atau berlaku kemalangan yang tidak diingini, anda perlu bersedia untuk ke klinik atau hospital veterinar yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera.

Oyen akan kongsikan 16 senarai vet yang bagus dan murah di KL dan Selangor. Jangan lupa untuk kongsikan dan simpan senarai ini untuk kegunaan masa akan datang.

Berikut apa yang kami kongsikan:

  • Jadual perbandingan pantas semua klinik mengikut kawasan
  • 9 klinik veterinar di Kuala Lumpur (kerajaan dan swasta)
  • 7 klinik veterinar di Selangor
  • Soalan lazim tentang kos rawatan haiwan

Jadual Perbandingan Pantas — Klinik Vet KL & Selangor

Gunakan jadual ini untuk cari klinik vet yang paling sesuai mengikut kawasan anda.

No. Klinik Kawasan Jenis Keistimewaan
1 Hospital Veterinar KL (HVKL) Cheras, KL Kerajaan Harga paling murah, perkhidmatan lengkap
2 Bangsar Veterinary Clinic Bangsar, KL Swasta 10 tahun pengalaman, Dr Joel mesra
3 Klinik Veterinar Dwitasik Cheras, KL Swasta Rating 4.9 Facebook, grooming kucing
4 Hayward Animal Clinic Ampang, KL Swasta Harga berpatutan, doktor suka kongsi ilmu
5 Kitty's Cottage Desa Pandan Desa Pandan, KL Swasta Rawatan, grooming, boarding kucing
6 C&D Veterinary Clinic Kepong, KL Swasta Scaling gigi, ultrasound, harga berpatutan
7 VPAC (2 cawangan) Kuchai Lama & Mont Kiara, KL Swasta Cat Friendly Clinic (CFC), pembedahan lengkap
8 Wangsa Melawati Vet Clinic Wangsa Melawati, KL Swasta Khusus kucing sahaja
9 G Veterinary Clinic Desa Pandan, KL Swasta House call, terima haiwan eksotik
10 Jabatan Veterinar Selangor 8 daerah di Selangor Kerajaan Harga paling murah, 8 pejabat daerah
11 Klinik Haiwan Serv-U Shah Alam, Selangor Swasta Dr Ima popular, terima haiwan eksotik
12 iVet Petcare (8 cawangan) Shah Alam, PJ, Puchong, Ampang Swasta Aplikasi mobile, konsultasi online
13 Kitty's Cottage Klang Pelabuhan Klang, Selangor Swasta Fokus kucing, ada spa kucing
14 Klinik Veterinar Muezza Gombak, KL Swasta 5 doktor, harga mampu milik
15 Klinik Veterinar Dr Paws Sepang, Selangor Swasta Harga murah berbanding kawasan sekitar
16 Kitty's Care Kajang (4 cawangan) Kajang, Putrajaya, Cheras, Setapak Swasta Rawat kucing jalanan, adopsi, spa

Kuala Lumpur

Bagi pemilik kucing yang tinggal di Kuala Lumpur, anda bertuah kerana mempunyai pelbagai pilihan klinik veterinar yang boleh dikunjungi. Tidak kira klinik haiwan kerajaan atau swasta, pilih sahaja yang sesuai dengan bajet dan berdekatan dengan rumah anda!

1. Hospital Veterinar Kuala Lumpur

Hospital Veterinar Kuala Lumpur

Jika HKL terkenal sebagai hospital kerajaan di Kuala Lumpur, perkhidmatan klinik veterinar kerajaan tidak kurang hebatnya di Hospital Veterinar Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai HVKL.

Hospital Veterinar Kuala Lumpur ini turut menawarkan beberapa perkhidmatan yang tidak kurang hebatnya dengan perkhidmatan di klinik veterinar swasta seperti:

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Pembedahan Veterinar
  • Pemvaksinan
  • Pendaftaran Haiwan Kesayangan (Pet Passport, Microchipping)
  • Pengimejan Diagnostik (X-Ray dan Ultrasound)
  • Makmal diagnostik
  • Permit
  • Rawatan Pergigian (Scaling)
Hospital Veterinar Kuala Lumpur (HVKL)
Telefon 03-92849716/18
Waktu Operasi Isnin-Rabu: 7:45am-10am, 2pm-2:45pm
Khamis-Jumaat: 7:45am-10am
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
Alamat KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras, 56100 Cheras, KL
Pautan Laman web | Facebook

2. Bangsar Veterinary Clinic And Surgery

Bangsar Veterinary Clinic

Dengan pengalaman 10 tahun dalam bidang veterinar, Bangsar Veterinary Clinic And Surgery merupakan salah satu klinik veterinar yang mempunyai review yang positif di Google.

Kebanyakan ulasan positif yang diberikan di Google memberikan pujian kepada Dr Joel yang mesra dan berkebolehan mengendalikan haiwan peliharaan yang cemas dan sakit.

Bangsar Veterinary Clinic And Surgery
Telefon 03-2284 4051
Waktu Operasi Isnin-Jumaat: 9:30am-5:30pm
Sabtu: 9:30am-4:30pm
Ahad: Tutup
Alamat 94, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 KL
Pautan Instagram

3. Klinik Veterinar Dwitasik

Anda juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Veterinar Dwitasik yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Dengan ulasan yang positif 4.9 bintang di Facebook dan juga 4.6 bintang di Google, ramai pelanggan datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan di sini.

Klinik veterinar ini turut menawarkan perkhidmatan grooming kucing.

Klinik Veterinar Dwitasik
Klinik Veterinar Dwitasik
Telefon +60323030906
Waktu Operasi Ahad: 11am-12:45pm, 2:30pm-5pm
Isnin-Khamis: 11am-12:45pm, 2:30pm-8pm
Sabtu: 11am-12:45pm, 2:30pm-5pm
Jumaat & Cuti Umum: Tutup
Alamat 34-G, Jalan Danau Lumayan 1, 56000 Cheras, KL
Pautan Facebook

4. Hayward Animal Clinic

Hayward Animal Clinic

Antara klinik veterinar swasta dengan komen positif pelanggan tentang servis doktor veterinar yang mesra dengan harga berpatutan ialah Hayward Animal Clinic. Rata-rata pelanggan memuji pengalaman dan servis yang ditawarkan di sini.

Doktor veterinar di sini juga diberikan pujian kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang penjagaan haiwan kesayangan.

Hayward Animal Clinic
Telefon 03-42563175
Waktu Operasi Isnin-Jumaat: 10am-1pm, 3:30pm-5:30pm
Sabtu: 10am-4pm
Ahad: Tutup
Alamat No. 437, Jalan Batu 4 1/2, Jalan Ampang, 50450 KL

5. Kitty's Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Desa Pandan KL

Kitty's Cottage Desa Pandan

Bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan Desa Pandan, klinik ini boleh menjadi pilihan anda. Klinik ini mempunyai media sosial yang aktif di Facebook untuk anda mendapatkan maklumat terkini.

Klinik veterinar swasta ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:

  • Rawatan dan pembedahan
  • X-Ray
  • Vaksinasi
  • Servis grooming
  • Memandulkan kucing
  • Hotel kucing atau boarding
Kitty's Cottage Desa Pandan
Telefon 03-9202 1880 / 018-362 1880
Waktu Operasi Isnin-Jumaat: 10am-7pm
Sabtu-Ahad: 10am-4pm
Alamat 20, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 KL
Pautan Facebook | Instagram

6. C&D Veterinary Clinic

C&D Veterinary Clinic Kepong

Anda juga boleh berkunjung ke Klinik Veterinar C&D yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Klinik ini menawarkan perkhidmatan rawatan cuci gigi atau scaling yang mungkin tidak dijumpai di semua klinik.

Klinik ini juga mempunyai perkhidmatan ultrasound dan ujian makmal bagi membantu mengesan penyakit dengan lebih tepat dan cepat. Rata-rata pelanggan memuji perkhidmatan yang profesional dengan harga yang masih berpatutan.

Selain itu, klinik ini turut menawarkan:

  • Rawatan rutin
  • Microchipping
  • Pembedahan
C&D Veterinary Clinic
Telefon 03-62636371 / 018-2091088
Waktu Operasi Isnin: Tutup
Selasa-Jumaat: 10am-7:30pm
Ahad: 10am-2:30pm
Alamat 15, Jalan 9/62a, Bandar Menjalara, 52200 KL
Pautan Facebook | Instagram

7. VPAC (Vets For Pets Animal Clinic)

VPAC mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu di Kuchai Lama dan Solaris Mont Kiara.

VPAC Kuchai Lama
VPAC Solaris Mont Kiara

Klinik ini mempunyai perkhidmatan staf yang terlatih termasuk pakar bedah veterinar. Mereka menawarkan rawatan lengkap seperti pembedahan, rawatan gigi, X-Ray dan farmasi.

Salah satu keunikan klinik ini ialah kedua-dua cawangan mempunyai pengiktirafan Cat Friendly Clinic (CFC) oleh International Society for Feline Medicine.

VPAC (Vets For Pets Animal Clinic)
Telefon Kuchai Lama: 017-983 5980
Mont Kiara: 014-919 4980
Waktu Operasi Isnin-Jumaat: 10am-7pm
Sabtu-Ahad: 10am-3pm
Cuti Umum: 10am-2pm atau tutup
Alamat (Kuchai Lama) No. 49, Jalan Kuchai Lama, 58100 KL
Alamat (Mont Kiara) No. 5, Jalan Solaris 4, 50480 KL
Pautan Laman web | Facebook Kuchai Lama | Facebook Mont Kiara

8. Wangsa Melawati Veterinary Clinic

Wangsa Melawati Veterinary Clinic

Wangsa Melawati Veterinary Clinic hanya menawarkan perkhidmatan bagi rawatan kesihatan kucing. Sekiranya anda lebih selesa mendapatkan rawatan di klinik yang hanya menerima kucing, klinik ini mungkin boleh menjadi pilihan anda.

Wangsa Melawati Veterinary Clinic (Kucing Sahaja)
Telefon 03-4142 2854
Waktu Operasi Ahad: 11am-1pm
Isnin: 11am-3pm
Selasa: Tutup
Rabu-Khamis: 11am-3pm
Jumaat: 10:30am-12pm, 2pm-3pm
Sabtu: 11am-3pm
Alamat No. 41, Jalan Wangsa Setia 3, 53300 KL

9. G Veterinary Clinic & Surgery

G Veterinary Clinic

Dengan ulasan pelanggan yang menyatakan klinik veterinar ini merupakan yang terbaik di KL, klinik ini boleh menjadi salah satu pilihan utama. Salah satu keistimewaan klinik ini ialah ia memberikan perkhidmatan kepada semua jenis haiwan termasuk haiwan eksotik.

Klinik ini juga menawarkan perkhidmatan house call atau servis veterinar ke rumah bagi pemilik yang sukar membawa haiwan kesayangan ke klinik. Mereka juga aktif berkongsi ilmu veterinar di media sosial.

G Veterinary Clinic & Surgery
Telefon 03-9226 8766
Waktu Operasi Ahad: 9:30am-4:30pm
Isnin: Tutup
Selasa-Sabtu: 9:45am-4:30pm
Alamat 21, Tingkat G, Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 KL
Pautan Facebook | Instagram

Selangor

Seterusnya, Oyen akan kongsikan perkhidmatan veterinar kerajaan dan swasta yang ditawarkan di Selangor.

10. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor

Negeri Selangor mempunyai beberapa perkhidmatan veterinar kerajaan di sekitar negeri ini. Berikut merupakan maklumat daerah yang mempunyai perkhidmatan veterinar kerajaan:

Daerah Telefon Alamat
Petaling 03-61402979 / 03-61403217 No.1, Jalan PJU 10/1E, Damansara Damai, 47830 PJ
Hulu Selangor 03-60641041 Jalan Kolam Air, 44000 Kuala Kubu Bharu
Hulu Langat 03-87365002 C-17, Jalan TKS 2, 43000 Kajang
Klang 03-31686077 Jalan Haiwan, 42000 Pelabuhan Klang
Kuala Langat 03-31917193 Jalan Sungai Buaya, 42600 Jenjarom
Kuala Selangor 03-32891537 / 03-32811184 Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor
Gombak 03-60919962 / 03-60924148 Lot 4831, Greenpark, 48000 Rawang
Sepang 03-8705 2489 / 03-31421362 No. 32, Jalan 11, 43900 Sepang

Daerah Petaling

11. Klinik & Pembedahan Veterinar Serv-U (Klinik Haiwan Serv-U)

Klinik Haiwan Serv-U Shah Alam

Klinik veterinar swasta ini terletak di Shah Alam, Selangor. Bagi yang mengenali Dr Ima yang aktif berkongsi ilmu haiwan kesayangan di media sosial, pastinya akan gembira mendapatkan perkhidmatan di sini.

Klinik ini juga menerima apa jua haiwan kesayangan termasuk haiwan eksotik. Dr Ima akan memberikan penerangan yang jelas mengenai masalah kesihatan haiwan kesayangan anda.

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Rawatan veterinar dan pembedahan
  • Servis dandanan atau grooming
  • Hotel kucing atau boarding
Klinik & Pembedahan Veterinar Serv-U
Telefon 03-5131 9188
Waktu Operasi Isnin-Rabu: 10am-2pm, 3pm-7pm
Khamis: 9am-2pm, 3pm-5:30pm
Sabtu: 10am-2pm, 3pm-5pm
Jumaat & Ahad: Tutup
Alamat 32, Jln Anggerik Vanilla BE 31/BE, 40460 Shah Alam

12. Klinik Haiwan iVet Petcare

iVet Petcare

Klinik ini menawarkan kemudahan aplikasi iVet Petcare di mana anda boleh membuat temujanji, mendapatkan maklumat tentang haiwan kesayangan dan membuat pembelian secara online.

Mereka turut menawarkan kemudahan iVetZoom bagi sesi konsultasi secara online. Ini memudahkan pemilik haiwan kesayangan yang mempunyai kekangan masa untuk berkunjung ke klinik.

Cawangan Telefon Alamat
iVet Medical Centre 03-55453560 No 86-GF, Jalan Pelabur A 23/A, 40300 Shah Alam
iVET Alam Avenue 2 03-55243560 21-C Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam
iVET Setiawangsa 03-42666115 1-G, Jelatek Business Center, 54200 KL
iVET Bandar Kinrara 5 03-8082 2076 25, Jalan BK 5a/3a, 47180 Puchong
iVET PJ 03-7932 3528 3 Two Square, 46300 PJ
iVET Bukit Jelutong 03-7832 3443 No 5, Jalan Pelapik B U8/8, 40150 Shah Alam
iVET Ampang 03-4065 5912 B3-3A, Liberty ARC @ Ampang UKAY, 68000 Ulu Kelang

Facebook | Instagram | Youtube | Aplikasi iVet Petcare

Daerah Klang

13. Kitty's Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Klang

Kitty's Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Klang merupakan salah satu klinik swasta yang terkenal di daerah ini. Klinik ini memfokuskan rawatan dan penjagaan kucing, dan turut mempunyai pakej perkhidmatan spa kucing!

Klinik ini juga kerap menjalankan promosi di media sosial mereka bagi perkhidmatan rawatan kucing.

Kitty's Cottage Klang
Telefon 03-5166 5224
Waktu Operasi Isnin-Jumaat: 10am-1:30pm, 3pm-7pm
Sabtu-Ahad: 10am-3pm
Alamat 71, Lorong Sanggul 1f, 41200 Pelabuhan Klang

Daerah Gombak

14. Klinik Veterinar Muezza

Klinik Veterinar Muezza

Klinik Veterinar Muezza ditubuhkan sejak tahun 2011. Bermula daripada sebuah bilik kecil, klinik ini telah berkembang kepada bangunan dua tingkat yang lebih selesa.

Klinik ini menawarkan 5 orang doktor veterinar berpengalaman dan 8 staf. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:

  • Rawatan pesakit luar
  • Pembedahan
  • Wad
  • Analisis darah
  • Ultrasound
  • Penjagaan mulut dan pergigian
Klinik Veterinar Muezza
Telefon 03-40315082
Waktu Operasi Isnin-Khamis: 10:30am-5:30pm
Sabtu-Ahad: 10:30am-5:30pm
Jumaat & Cuti Umum: Tutup
Alamat 1-2, Residensi Gombak, G-3, 126 Jln Gombak, 53000 Gombak, KL

Daerah Sepang

15. Klinik Veterinar Dr Paws

Klinik Veterinar Dr Paws

Klinik Veterinar Dr Paws mempunyai ulasan pelanggan yang baik dari sudut layanan yang mesra. Salah seorang pelanggan memberikan komen harga rawatan yang dikenakan adalah murah dan berpatutan berbanding klinik veterinar lain di sekitar Kuala Langat dan Sepang.

Klinik Veterinar Dr Paws
Telefon 011-5862 5864
Waktu Operasi Isnin-Jumaat: 11am-2pm, 3pm-6:45pm
Sabtu: 11am-2pm
Ahad: Tutup
Alamat Kip Sentral, G-83A, Jalan Warisan Sentral 2, 43900 Sepang
Pautan Facebook

16. Kitty's Care Klinik Veterinar dan Surgeri Kajang

Kitty's Care Kajang

Bagi penduduk di daerah Hulu Langat, klinik ini bukan hanya sekadar sebuah klinik veterinar. Mereka juga merawat kucing jalanan, menjalankan adopsi kucing, bank makanan kucing dan program memandulkan kucing.

Klinik ini menawarkan perkhidmatan veterinar yang lengkap dari rawatan kecemasan, ujian diagnostik hingga pembedahan. Kucing anda juga boleh mendapatkan servis grooming dan spa di sini!

Cawangan Telefon Alamat
Kajang (Utama) - Kajang, Selangor
Putrajaya 011-11445002 No. 18, Jalan P8G1, Presint 8, 62250 Putrajaya
Cheras 011-55558644 No. 100, Jalan Dwitasik, 56000 Cheras, KL
Setapak 011-5558 0509 No 6-G, Jalan Suria Setapak, 53000 KL

Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 10:30am-4pm | Jumaat: 10:30am-12:30pm, 3pm-5:30pm | Sabtu-Ahad: 10:30am-4pm

Laman web | Instagram

Bagi rawatan kecemasan, anda boleh berkunjung ke senarai klinik veterinar 24 jam di KL & Selangor untuk mendapatkan rawatan segera.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa harga rawatan kucing atau anjing di klinik haiwan?

Harga rawatan berbeza mengikut jenis rawatan dan klinik. Rawatan asas seperti konsultasi biasanya bermula dari RM30-RM80 di klinik swasta. Rawatan pembedahan boleh mencecah RM500-RM3,000 bergantung pada jenis pembedahan. Klinik kerajaan seperti HVKL biasanya mengenakan caj yang jauh lebih rendah.

Di mana klinik haiwan murah di KL?

Hospital Veterinar Kuala Lumpur (HVKL) di Cheras adalah pilihan paling murah kerana ia klinik kerajaan. Untuk klinik swasta yang berpatutan, Hayward Animal Clinic (Ampang), C&D Veterinary Clinic (Kepong) dan Klinik Veterinar Dwitasik (Cheras) mendapat pujian pelanggan untuk harga yang berpatutan.

Adakah klinik haiwan kerajaan lebih murah?

Ya, klinik haiwan kerajaan seperti HVKL dan pejabat veterinar daerah di Selangor mengenakan caj yang jauh lebih rendah berbanding klinik swasta. Kelemahannya ialah waktu operasi yang terhad dan masa menunggu yang mungkin lebih lama. Selangor mempunyai 8 pejabat veterinar daerah yang boleh anda kunjungi.

Berapa kos vaksin kucing di Malaysia?

Kos vaksinasi kucing di klinik swasta biasanya antara RM50-RM150 bergantung pada jenis vaksin dan klinik. Di klinik kerajaan, kos vaksinasi jauh lebih murah. Vaksinasi adalah penting untuk melindungi kucing daripada penyakit berjangkit seperti parvovirus kucing.

Bagaimana nak kurangkan kos rawatan haiwan?

Ada beberapa cara untuk kurangkan kos rawatan. Pertama, pastikan vaksinasi dan pemandulkan kucing dilakukan mengikut jadual untuk elak penyakit yang lebih mahal. Kedua, pertimbangkan klinik kerajaan untuk rawatan rutin. Yang paling penting, anda boleh dapatkan insurans haiwan peliharaan seperti Oyen yang memberi perlindungan sehingga RM10,000 setahun untuk bil rawatan vet.

Kurangkan Kos Rawatan Vet dengan Oyen

Kos rawatan veterinar boleh mencecah ribuan ringgit, terutama untuk kes kecemasan dan pembedahan. Dengan insurans haiwan peliharaan Oyen, anda boleh menuntut semula sehingga RM10,000 setahun untuk bil rawatan vet.

Oyen melindungi lebih 1,000 jenis penyakit dan kecederaan di mana-mana klinik veterinar berlesen di Malaysia. Anda boleh pilih kadar bayaran balik 50%, 70% atau 90% mengikut bajet anda.

Semak kelayakan haiwan kesayangan anda sekarang — kurang dari 2 minit sahaja.

Penafian: Oyen tidak bertanggungjawab dengan sebarang isu tentang perkhidmatan dan tiada kaitan dengan mana-mana klinik yang dikongsikan. Artikel ini bertanggungjawab bagi memberikan perkongsian maklumat sahaja.