Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Zurich Malaysia dan Oyen Memperkenalkan 
Produk Takaful Kucing Pertama di Asia

Expert for this article

✈️ Are you travelling soon?

Your phone number
Get a special pet boarding discount from us! 🤩

Nickname
Email
Where are you going?
When are you travelling?
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.
Table of content

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Zurich Malaysia (Zurich) mengumumkan kerjasama sulung dengan Oyen, platform insurans haiwan peliharaan yang terkemuka di Malaysia, bagi memperkenalkan produk takaful kucing yang pertama, iaitu ‘Oyen Takaful Kucing’. Tawaran inovatif ini bertujuan memenuhi peningkatan permintaan terhadap perlindungan takaful haiwan peliharaan, di samping menetapkan piawaian baharu untuk pemilik haiwan peliharaan di seluruh Malaysia.

Oyen Takaful Kucing menawarkan perlindungan komprehensif sehingga RM8,000 untuk kos rawatan haiwan yang tidak dijangka apabila kucing pelanggan jatuh sakit atau mengalami kecederaan. Keunikan tawaran ini terletak pada permohonan, pemprosesan dan penjejakan tuntutan yang lancar melalui aplikasi Oyen yang dipertingkatkan dengan kecerdasan buatan (AI). Ini menjamin penilaian yang pantas sekali gus menjadikan pengalaman pemilik haiwan lebih mudah.

Perlindungan Oyen Takaful Kucing akan membolehkan pemilik haiwan peliharaan mendapatkan penjagaan veterinar yang berkualiti tinggi untuk teman kesayangan mereka. Produk yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah ini memberikan pemilik haiwan peliharaan pelan perlindungan yang selaras dengan prinsip-prinsip Islam dan nilai-nilai perkongsian perlindungan dan tanggungjawab bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman, menyatakan komitmen Zurich terhadap kerjasama inovatif ini. “Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Oyen dalam memperkenalkan produk takaful kucing yang pertama di Asia. Kami yakin produk ini sejajar dengan perkembangan keperluan pemilik haiwan peliharaan, dan menyokong komitmen kami terhadap inovasi dan penyelesaian yang mengutamakan pelanggan. Zurich berbangga menjadi sebahagian daripada kerjasama ini, dan kami berharap dapat mencetuskan impak yang bermakna dalam industri insurans dan takaful haiwan peliharaan di Malaysia. Ini selaras dengan kempen jenama kami “Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna” yang menegaskan dedikasi kami untuk melindungi perkara yang benar-benar penting bagi pelanggan kami."

Dengan kehadiran yang dominan dalam pasaran insurans haiwan peliharaan dan rangkaian yang meliputi kira-kira 1,000 klinik dan hospital haiwan di kesemua 14 negeri di Malaysia, Oyen berada di kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang dalam kalangan pemilik haiwan. Malah itu, ia juga berada di landasan kukuh untuk mencapai pertumbuhan tahun ke tahun 120% yang memberangsangkan pada tahun ini.

Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Oyen, Kevin Hoong, turut berkongsi pandangannya tentang pencapaian penting ini. “Sebagai peneraju dalam insurans haiwan peliharaan di Malaysia, kami berbangga melihat pertumbuhan eksponen dalam segmen ini sejak pelancaran kami pada tahun 2021. Kami telah menyaksikan peningkatan minat pemilik haiwan peliharaan terhadap takaful sebagai pilihan perlindungan untuk diri serta keluarga mereka (termasuk haiwan peliharaan mereka). Melalui tawaran takaful baharu kami dengan Zurich, sebuah jenama global terkemuka, kami berharap dapat membantu lebih ramai pemilik haiwan peliharaan di Malaysia mendapatkan penjagaan veterinar berkualiti tinggi, yang setaraf dengan negara maju seperti UK, Jepun dan Sweden. Kerjasama ini melambangkan satu langkah penting dalam memberikan ketenangan fikiran dan keyakinan kepada pemilik haiwan peliharaan, sambil menghormati prinsip yang berasaskan kepercayaan mereka,” kongsinya.

Untuk maklumat lanjut tentang manfaat dan syarat perlindungan Oyen Takaful Kucing, sila layari www.oyen.my/takaful-kucing.