Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Panduan Vaksin Kucing: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Tidak kira sama ada kucing anda tinggal di dalam atau luar rumah, mereka tetap terdedah kepada pelbagai risiko penyakit  kucing yang boleh membawa maut

Malang tidak berbau, namun salah satu cara terbaik untuk melindungi mereka daripada jangkitan ini adalah mendapatkan vaksin bagi kucing anda sejak dari awal lagi.

Oyen tahu, sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, pastinya anda mencari panduan vaksin kucing yang terbaik. 

Dalam artikel ini, Oyen akan kongsikan kepada anda segalanya yang anda perlu tahu tentang vaksin kucing ini. Jom kita bermula!

Apa itu vaksin kucing

Secara ringkasnya, vaksin merupakan virus yang telah dilemahkan. Ia akan disuntik ke dalam badan kucing ini bagi membantu badan dapat melawan serangan penyakit di masa akan datang.

Sekiranya kucing anda  terdedah kepada penyakit ini di masa akan datang, sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai antibodi badan yang mampu melawan jangkitan penyakit ini.

Kebaikan vaksin kucing

Jika anda masih ragu sama ada kucing anda perlu divaksin atau tidak, jom Oyen kongsikan lagi kepada anda manfaat vaksin kucing ini seperti berikut:

  1. Menaikkan tahap imuniti badan kucing

Setelah berhenti menyusu dengan ibu kucing, semakin lama, tahap imuniti badan anak kucing akan makin berkurangan. Dengan bantuan vaksin sejak usia mereka 2 bulan, ini akan membantu membina semula imuniti di dalam badan anak kucing.

  1. Melindungi anda daripada kos rawatan yang tinggi sekiranya dijangkiti

Tidak dinafikan lagi, apabila kucing anda telah disahkan dijangkiti penyakit berbahaya, ia pastinya akan menelan belanja dan kos rawatan yang mahal. Dengan melakukan langkah pencegahan dengan memberi vaksin kepada kucing anda sejak awal lagi, ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini.

3. Memberi perlindungan kepada pemilik kucing

Tahukah anda, terdapat penyakit yang boleh menjangkiti manusia yang boleh berpunca daripada kucing yang dijangkiti seperti Rabies? Dengan memberikan vaksin kepada kucing anda, ia akan mencegah jangkitan penyakit ini dan secara tidak langsung memberikan perlindungan kepada pemilik kucing itu sendiri.

Umur kucing vaksin

Secara umumnya, umur yang sesuai bagi kucing anda untuk menerima suntikan pertama ialah bermula umur 2 bulan bagi anak kucing. Suntikan vaksin ini akan diberikan sehingga anak kucing berusia 4 bulan.

Setelah mencecah umur setahun atau mencapai umur kucing dewasa, vaksin akan diberikan secara tahunan atau 3 tahun sekali.

Bagaimana pula sekiranya anda membela kucing yang sudah dewasa? Cara yang terbaik ialah pergi ke veterinar dan membuat pemeriksaan. Kebiasaannya, pihak veterinar akan menasihatkan program vaksinasi lengkap yang akan diberikan secara temujanji mengikut kesesuaian.

Jenis vaksin kucing

Secara ringkasnya, vaksin terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Vaksin asas (core vaccines)

Vaksin asas merupakan vaksin yang direkomenkan bagi semua kucing bagi melindungi mereka daripada penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Malah, vaksin asas ini juga akan melindungi pemilik kucing daripada penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti manusia.

Biasanya, terdapat 4 jenis vaksin kucing dalam kategori ini seperti berikut:

1.Feline Panleucopaenia (FPL)

Salah satu vaksin yang popular ialah FPL bagi mencegah virus parvo. Biasanya, penyakit ini akan lebih mudah menjangkiti kucing yang tidak divaksin. Bukan itu sahaja, penyakit ini lebih mudah menyerang anak kucing yang masih muda. 

Sekiranya kucing anda sudah dijangkiti virus parvo ini,  rawatan yang diperlukan boleh mencecah ribuan ringgit.Malah, penyakit ini mudah berjangkit sesama kucing sekiranya anda membela dalam jumlah yang ramai.

Jadi, dapatkan pencegahan lebih awal bagi penyakit ini dengan mendapatkan vaksin parvo kucing ini bagi semua kucing anda.

2. Feline Calicivirus (FCV)

Seterusnya, vaksin bagi penyakit Feline Calicvirus (FCV) diperlukan bagi mencegah penyakit yang mencegah saluran pernafasan kucing. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk kepada kucing.

Walaupun kucing anda boleh sembuh daripada virus ini, namun ia masih boleh menjadi penyebar virus ini dan menjangkiti kucing yang lain di rumah. 

3. Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)

Selain itu, Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) merupakan penyakit kucing yang sangat mudah berjangkit melalui air liur atau discaj daripada mata atau hidung. Malah, virus ini juga boleh menjangkiti kucing pada semua usia tidak kira muda atau tua.

Dengan mendapatkan vaksin ini, ia bukanlah termasuk kucing anda akan terselamat daripada jangkitan ini, namun ia boleh mengurangkan komplikasi penyakit ini serta memendekkan masa serangan jangkitan ini.

4. Rabies

Akhir sekali, penyakit Rabies bukan lagi penyakit yang diketahui boleh menjangkiti manusia. Ia boleh tersebar dengan gigitan oleh kucing yang dijangkiti virus ini atau luka terbuka yang terkena air liur kucing yang dijangkiti virus ini.

Apa yang menakutkan, virus Rabies ini boleh menyerang sistem saraf manusia sehingga menyebabkan kekeliruan dan perubahan sikap. Jadi, jangan ambil mudah kepentingan mendapatkan vaksin Rabies ini bagi kucing anda.

Vaksin bukan asas ( Non core- vaccines)

Selain itu, terdapat beberapa jenis vaksin lain yang juga digalakkan untuk diberi kepada kucing anda. Walaupun ia hanya sekadar pilihan dan juga diberikan bergantung kepada gaya hidup kucing anda, ia juga tidak kurang pentingnya.

Dapatkan nasihat pihak veterinar anda tentang pilihan vaksin terbaik yang boleh diberikan kepada kucing anda. Berikut merupakan pilihan beberapa jenis vaksin yang ada:

  • FeLV 
  • Chlamydia felis
  • Bordetella 

Syarat vaksin kucing

Sebelum anda membawa kucing bagi mendapatkan vaksin kucing, biasanya terdapat beberapa syarat yang dikenakan bagi mengelakkan sebarang masalah dan komplikasi iaitu:

  • Perlu berumur dua bulan ke atas
  • Sihat dan tidak demam sewaktu mengambil suntikan
  • Mempunyai berat badan yang mencukupi 

Kesan sampingan vaksin kucing

Sama seperti manusia sewaktu menerima vaksin, kucing anda boleh mengalami sebarang kesan sampingan atau tidak. Walaupun begitu, biasanya sebarang kesan sampingan ini tidak serius dan hanya buat tempoh masa yang pendek. 

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami oleh kucing anda setelah menerima vaksin:

  • Cirit-birit 
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Bengkak pada tempat suntikan
  • Demam

Sekiranya tanda atau simptom ini semakin teruk, hubungi pihak veterinar anda bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kos vaksin kucing

Sebenarnya, harga vaksin kucing akan bergantung kepada harga semasa. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan vaksinasi di pihak veterinar kerajaan atau swasta. Secara puratanya, bagi perkhidmatan klinik swasta anda mungkin akan dikenakan caj sebanyak RM 40 - RM 80 bagi proses vaksinasi ini.

Akhir sekali, jangan lupa untuk mendapatkan vaksin tahunan kucing atau vaksin booster sekiranya perlu. Ia boleh membantu mengekalkan kesihatan dan keberkesanan vaksin ini bagi kucing anda. 

Oyen juga ucapkan terima kasih kepada anda kerana telah menjadi pemilik yang bukan sahaja penyayang, tetapi bertanggungjawab kerana komited dan bersetuju memberikan vaksin kucing ini kepada si comel yang tersayang!

Tahukah anda, Oyen juga menawarkan Oyen Preventive Care Plan yang merangkumi pelan vaksinasi, ubat cacing dan juga rawatan rutin. 

Dengan mendapatkan pelan ini, ia akan membantu kucing anda menjalani kualiti hidup yang lebih baik dan pada masa yang sama mampu menjimatkan kos bagi anda sebagai pemilik!

Bukan itu sahaja, kami turut menawarkan Oyen Pet Insurance, yang akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.

Semak kelayakan di sini.