Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Panduan Makanan Kucing: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi pemilik kucing, pasti anda ingin menyediakan segala yang terbaik bagi kucing kesayangan anda. Salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah pemakanan yang betul dan sesuai dengan kucing.

Walaupun nampak mudah, pemilihan makanan yang sesuai dan betul mampu membantu kucing anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Dalam perkongsian kali ini, Oyen akan kongsikan tentang panduan yang anda perlu tahu tentang makanan kucing. 

  1. Apakah nutrien makanan yang perlu ada dalam makanan kucing?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, secara umumnya, terdapat beberapa komponen nutrien yang penting yang perlu ada dalam makanan kucing:

Protein 

Protein biasanya akan diperolehi daripada makanan kucing yang mengandungi protein daripada haiwan seperti lembu, ayam dan juga ikan. Protein penting bagi kucing untuk membina dan mengekalkan otot, bulu dan kulit yang sihat

Lemak

Kucing menggunakan lemak baik yang biasanya akan diperolehi melalui daging dan ikan bagi mengawal suhu badan mereka, menghasilkan tenada serta bagi menyerap vitamin penting. 

Antara jenis lemak baik yang hanya boleh diperoleh daripada makanan mereka ialah  Omega-3 dan Omega-6.

Karbohidrat

Walaupun karbohidrat hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil, ia masih boleh menjadi sumber tenaga kucing serta mengekalkan fungsi sistem penghadaman.

Air

Bukan itu sahaja, air juga memainkan peranan yang penting dalam makanan kucing. Selain mendapatkan air daripada bekalan air yang bersih dan mencukupi, anda juga boleh memberikan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. 

Sebagai contoh, makanan basah kucing akan membantu memastikan mereka kekal terhidrasi sewaktu memakannya.

  1. Jenis makanan kucing

Seterusnya, jom kita belajar tentang jenis makanan kucing yang mudah dijumpai di pasaran,

Wet food ( Makanan basah)

Wet food atau makanan  basah merupakan salah satu pilihan makanan kucing yang popular di pasaran. Ia mengandungi  sekurang-kurangnya 65% kelembapan. Biasanya, ia akan dimasak dalam suhu yang tinggi bagi menjalani proses steril bagi menjadikannya lebih tahan lama.

Di pasaran, biasanya ia akan mudah didapati di dalam tin atau  bungkusan paket kecil. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan  bagi makanan basah in kepada kucing iaitu:

Kelebihan

Mudah dikunyah

Disebabkan kandungan air yang tinggi, tekstur wet food atau makanan basah ini sangat mudah untuk dikunyah berbanding dengan dry food. Oleh itu, ia sesuai digunakan dalam diet pemakanan bagi anak kucing, kucing yang sudah tua dan juga kucing yang mengalami penyakit mulut atau gusi.

Membantu meningkatkan pengambilan air

Bagi kucing yang sakit atau yang sukar minum, wet food boleh membantu meningkatkan pengambilan air dalam kuantiti yang sedikit. Kucing anda tetap memerlukan bekalan air yang secukupnya dari air yang diminum.

Membantu beberapa masalah kesihatan

Seterusnya, diet pemakanan dalam bentuk makanan basah juga boleh membantu bagi beberapa masalah kesihatan. 

Sebagai contoh, bagi kucing yang mengalami masalah berat badan, wet food yang mengandungi kalori lebih rendah boleh membantu proses menurunkan berat badan.

Selain itu, bagi kucing yang mengalami masalah sembelit, wet food yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu kucing anda.

Kekurangan

Harga yang lebih mahal

Biasanya, harga yang ditawarkan bagi wet food ini lebih mahal berbanding dengan dry food di pasaran.

Jangka hayat yang tidak lama selepas dibuka

Disebabkan kandungan kelembapan yang tinggi, makanan wet food tidak akan tahan lama setelah ia dibuka atau tidak ditutup dengan baik.

Dry food ( Makanan kering)

Dry food atau biasanya dipanggil kibble kucing, merupakan makanan kucing yang biasanya akdn dijumpai dalam bentuk seperti biskut. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan kekurangan bagi dry food untuk kucing.

Murah 

Dry food atau kibbles biasanya akan dengan harga yang lebih murah berbanding makanan basah atau wet food dan dijual dalam kuantiti yang banyak.

Tahan lebih lama

Disebabkan kandungan kelembapan yang sangat rendah di dalam makanan ini, ia lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

Mudah untuk diberikan kepada kucing

Bagi makanan kibbles, ia mudah digunakan dan hanya perlu diletakkan di dalam bekas makanan kucing. 
Malah, ia juga boleh digunakan bersama food dispenser automatik yang sesuai digunakan sekiranya anda tidak berada di rumah.

Lebih banyak pilihan

Dry food atau kibbles lebih mudah dijumpai di pasaraya serta ditawarkan dalam pelbagai perisa. Malah, ada kibbles kucing yang dirumus khas dengan ramuan tersendiri bagi membantu masalah bulu gugur dan sebagainya.

Kekurangan

Kandungan air yang rendah

Disebabkan kandungan air yang rendah, kucing anda memerlukan bekalan air yang secukupnya di dalam kehidupan seharian mereka.

Tekstur yang keras dan lebih sukar untuk dikunyah

Disebabkan tekstur yang lebih keras, ia kurang sesuai diberikan kepada kucing tua atau anak kucing yang masih kecil.

  1. Apakah makanan kucing yang sesuai mengikut peringkat umur?

Secara umumnya, terdapat 4 peringkat umur bagi kucing yang memerlukan anda memberikan perhatian terhadap kandungan nutrien makanan yang diberikan ini.

Anak kucing

Bermula umur 4 minggu, anak kucing sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal selain susu ibu. Jika tekstur makanan masih lagi keras buat mereka, cuba lembutkan dengan membasahkan dengan sedikit air

  • Makanan kucing dalam saiz yang lebih kecil bagi memudahkan proses mengunyah dan juga penghadaman
  • Kandungan protein yang tinggi bagi membantu proses pembesaran dan juga membina otot
  • Kalsium tambahan bagi gigi dan tulang yang kuat serta sihat

Kucing dewasa

Setelah berusia 12 bulan, kucing anda sudah boleh diperkenalkan sepenuhnya kepada makanan kucing dewasa. Berikut merupakan beberapa ciri nutrien makanan yang boleh digunakan:

  • Makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 25%-30% protein
  • Makanan kucing yang dipilih juga perlu mengandungi khasiat yang seimbang seperti taurin yang boleh membantu menyokong jantung yang sihat

Kucing yang dimandulkan (neutered)

Sebenarnya, kucing yang telah dimandulkan memerlukan 20% kalori yang kurang daripada kucing yang tidak dimandulkan. Disebabkan kadar metabolism yang semakin menurun dan lebih mudah untuk naik berat badan.

Bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti makanan, kucing anda juga boleh mendapatkan formulasi makanan yang khusus dengan nutrien yang lengkap bagi kucing dimandulkan.

Jadual pemakanan kucing

Sebenarnya, jadual pemakanan kucing bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah dan kekerapan makanan perlu diberikan seperti:

  • Umur kucing
  • Masalah kesihatan (jika ada)
  • Saiz kucing

Berikut merupakan rujukan jumlah kalori yang boleh digunakan kepada kucing anda:

Sumber gambar: Be Chewy
  1. Di mana saya perlu memberi makanan kepada kucing?

Sebenarnya, ia bergantung kepada anda sebagai pemilik kucing untuk menyediakan yang selesa untuk memberikan makanan kepada kucing anda. Oyen kongsikan beberapa ciri tempat yang perlu ada bagi memastikan kucing anda selesa:

  • Jauh daripada kawasan pasir kucing atau tempat mereka membuang najis
  • Elakkan meletak bekas makanan di sudut bilik. Kucing biasanya ingin kawasan di mana mereka boleh berasa selamat dan memerhatikan keadaan sekeliling
  • Elakkan meletakkan bekas makanan di ruang rumah yang bising dan sentiasa dipenuhi orang
  • Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing yang kerap bergaduh sesama sendiri, asingkan tempat memberikan makanan
  1. Tips memilih bekas makanan kucing

Dengan lambakan bekas makanan kucing dengan pelbagai corak dan reka bentuk yang comel, pastinya anda boleh rambang mata untuk memilih. Bagi memilih bekas makanan yang sesuai untuk si comel ini, terdapat beberapa tips yang anda boleh cuba:

  • Gunakan bekas makanan yang cetek dan tidak dalam. Kucing suka melihat keadaan sekeliling sewaktu makan untuk lebih selesa dan memastikan misai kucing tidak menyentuh makanan.
  • Elakkan menggunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana ia boleh mengundang bau yang tidak menyenangkan. Kucing sangat sensitif kepada bau 
  • Gunakan puzzle feeder. Anda juga boleh menggunakan puzzle feeder, iaitu mainan kucing di mana kucing anda perlu berinteraksi dengan mainan tersebut sebelum mereka boleh mendapatkan makanan. Ia sangat sesuai bagi menggalakkan kucing anda menjadi  semakin aktif.

Kesimpulan

Walaupun nampak remeh dan mudah, makanan kucing merupakan salah satu faktor penting yang tetap perlu dititikberatkan oleh pemilik kucing. Bukan itu sahaja, perlindungan insurans dan perubatan juga sama pentingnya bagi kucing kesayangan anda.

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000. 

Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.