Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Check out if your pet is eligible for insurance

It’s a fun quiz made just for pet parents like you!

Check Now
Join thousands of furparents who have done this quiz
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Cara Menjaga Dan Merawat Kucing Yang Luka

Table of Content

Pernahkah anda pulang dan menemui kucing anda dalam keadaan luka yang teruk? Kucing anda mungkin bergaduh dengan kucing yang lain atau mungkin mengalami kemalangan. 

Jika berhadapan dengan sitasi ini, apakah langkah atau rawatan kecemasan yang anda perlu lakukan?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara menjaga dan merawat kucing yang luka yang boleh anda lakukan di rumah. Jom kita bermula!

Punca kucing luka

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara merawat kucing yang luka ini, jom kita lihat apakah punca kucing luka. Dengan mengetahui punca kucing luka, anda boleh melakukan langkah pencegahan bagi mengelakkan perkara ini berulang kembali.

1. Bergaduh dengan kucing lain dan berebut kawasan

Antara salah satu punca utama kucing luka terutamanya kucing jantan adalah disebabkan bergaduh sesama kucing dan berebut kawasan. Selain itu, kucing yang tidak dimandulkan pada musim mengawan akan keluar mencari pasangan.

Apabila mereka masuk ke kawasan kucing yang lain, ia boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan disebabkan berebut kawasan. Malah, pergaduhan juga boleh boleh terjadi akibat kucing ini berebut pasangan.

Oleh itu, kucing yang dimandulkan akan mengurangkan risiko mereka mendapat luka kerana biasanya mereka tidak lagi akan keluar jauh dari kawasan rumah.

2. Terkena benda tajam

Sewaktu kucing bergaduh sesama sendiri, mereka sudah tidak peka dengan kawasan persekitaran. Ia boleh menyebabkan mereka terkena benda yang tajam di persekitaran mereka seperti besi, kayu atau kaca.

Malah, cakaran kuku kucing yang tajam  sewaktu bergaduh juga boleh menyebabkan kesan luka pada badan kucing .

3. Dilanggar kenderaan yang lalu lalang di depan rumah

Sekiranya anda tinggal di kawasan perumahan yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang di depan rumah, jangan sesekali membiarkan kucing anda terlepas ke luar rumah.

Kucing anda bukan sahaja boleh mengalami luka ringan, malah boleh membawa maut sekiranya dilanggar kenderaan yang laju.

Tanda-tanda kucing luka

Secara semulajadinya, kucing yang cedera atau mempunyai luka akan menyembunyikan diri. Namun, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan pada kucing anda sekiranya terdapat luka di badan mereka.

  • Berjalan dengan mengangkat kaki yang sakit
  • Pendarahan pada bulu badan
  • Bengkak pada bahagian luka
  • Hilang bulu pada kawasan luka 

Sekiranya luka di badan kucing bukan luka yang baru, kesan luka tersebut mungkin sudah dijangkiti. Bagi keadaan ini, anda boleh memperhatikan beberapa tanda di bawah:

  • Luka kucing berbau busuk
  • Luka kucing berlubang 
  • Luka kucing berair

Cara bersihkan luka kucing

Perkara pertama yang perlu dilakukan pada luka kucing sebelum merawatnya ialah membersihkan terlebih dahulu kesan luka ini daripada sebarang kotoran. Berikut merupakan beberapa cara mudah bagi membersihkan luka kucing ini.

  1. Tenangkan kucing anda. Kucing yang cedera cenderung menjadi lebih agresif dan mungkin menyerang anda. Jika perlu, gunakan kain atau tuala tebal membalut kucing ini.
  2. Sekiranya terdapat kotoran pada kesan luka, alirkan kesan luka ini di bawah air bersih yang mengalir
  1. Sebelum membersihkan luka kucing ini dengan menggunakan antiseptik, sekiranya ada bulu yang melekat pada luka ini, bersihkan ia terlebih dahulu. Anda mungkin perlu mencukur atau menggunting bulu yang melekat pada kesan luka ini.
  2. Jika ada cecair antiseptik di rumah, larutkannya di dalam air.  Anda juga boleh menggunakan iodin untuk luka kucing ini. Kemudian, dengan menggunakan syringe atau picagari, bersihkan kawasan kesan luka tersebut dengan cecair ini.

Cara merawat luka kucing 

Sebelum anda terus merawat luka kucing, anda perlu melihat terlebih dahulu keadaan luka kucing tersebut. Kami akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai cara merawat jenis luka yang berbeza di bawah:

Cara merawat luka kucing yang ringan

  1. Lihat keadaan luka kucing. Sekiranya berdarah, beri tekanan di tempat luka bagi menghentikan pendarahan
  1. Bersihkan luka dengan menggunakan cecair antiseptik yang dilarutkan ke dalam air. Jangan menggunakan  alkohol atau hydrogen peroxide terus ke atas luka kerana ia boleh menyebabkan tisu mati
  2. Sekiranya luka tersebut merupakan luka ringan dan kecil, anda tidak perlu menggunakan sebarang balutan atau tampalan kerana ia akan lebih mudah sembuh
  3. Sekiranya perlu menggunakan balutan, gunakan kain yang bersih atau sterile gauze yang boleh didapati di mana-mana farmasi

Cara merawat luka kucing yang berulat

Seperti yang diketahui, penggunaan hydrogen peroxide secara terus pada luka boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil fibrolast atau tisu akan mati. Namun, sekiranya ia digunakan secara minimum ia sebenarnya boleh membunuh ulat pada luka kucing.

Lakukannya di rumah hanya berdasarkan nasihat veterinar serta cara penggunaan yang betul. 

  1. Setelah itu, buang ulat yang telah mati pada kesan luka tersebut. Cuba buang sebanyak mungkin yang boleh bagi mengurangkan risiko jangkitan
  1. Cuci luka tersebut dengan cecair antiseptik. Sekiranya terdapat bulu yang melekat pada kesan luka tersebut, potong atau cukur kawasan tersebut.
  1. Sapukan krim luka dan balut kawasan tersebut bagi mengelakkan kucing menjilat kawasan luka tersebut
  1. Cuci luka dengan cecair antiseptik setiap hari dan perhatikan kesan luka. Sekiranya semakin teruk, segera rujuk ke klinik veterinar yang berdekatan

Cara merawat luka kucing berlubang

Bagaimana pula dengan luka kucing yang berlubang dan terdedah? Berikut merupakan langkah yang anda perlu lakukan.

  1. Perhatikan pendarahan pada luka tersebut. Biasanya, luka kucing yang berlubang akan mempunyai pendarahan yang banyak. Beri tekanan pada luka tersebut bagi menghentikan pendarahan terlebih dahulu.
  1. Biasanya, luka kucing yang berlubang ini perlu mendapatkan jahitan bagi menghentikan pendarahan tersebut.
  1. Setelah mendapatkan rawatan sama ada memerlukan jahitan atau tidak, ulangi langkah membersihkan luka dengan cecair antiseptik sehingga luka benar-benar sembuh
  1. Berdasarkan arahan veterinar, anda juga mungkin perlu menyapu krim antibiotik pada kesan luka tersebut

Disebabkan luka kucing memakan masa yang lama untuk sembuh dan pulih semula, pemilik kucing perlu peka dalam memerhatikan perkembangan pada luka kucing. Lihat tanda-tanda sama ada mereka semakin baik atau sekiranya semakin teruk, rujuk segera ke klinik veterinar.

Kos rawatan kucing luka

Walaupun nampak remeh, cara yang terbaik bagi mendapatkan rawatan luka yang segera ialah mendapatkan khidmat klinik veterinar. Pihak veterinar mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terbaik bagi memberikan rawatan kepada kucing anda.

Walaubagaimanapun, kos bagi rawatan kucing luka ini bergantung kepada tahap luka pada kucing tersebut. Luka yang lebih besar dan berulat atau luka yang dalam dan berlubang yang memerlukan pembedahan kecil, ia mungkin akan memakan kos yang lebih besar.

Apa kata kali ini, anda dapatkan perlindungan yang terbaik bagi kucing anda. Pada masa yang sama,  anda tidak lagi perlu memikirkan lagi masalah mengeluarkan kos yang banyak sekaligus. 

Apa yang menarik,  Oyen menanggung sehingga 90% bayaran veterinari yang layak untuk sebarang kemalangan, penyakit, kecederaan dan kecemasan

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.

Semak kelayakan di sini.

Get your furkid a pawrfect plan today!

Get started by taking our eligibility quiz within 5 minutes and we’ll get your furkid the pawrfect plan.

Get quote now