Join over 7,930 pet owners!

Subscribe to learn everything about being the best furparent in Malaysia. We have 1-2 new articles every week.

Name
Email
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Bawa Kucing Atau Haiwan Peliharaan Naik Pesawat: Tips Berguna

Anda teruja untuk bercuti? Sayang nak tinggalkan si kucing di rumah atau di hotel? Lebih-lebih lagi jika anda merancang bercuti ke luar negara. Pasti anda tidak sanggup berpisah lama dengan si kucing kesayangan kan? 

Jangan risau, dalam artikel ini, kami akan kongsikan info dan tips bawa kucing naik pesawat.

Terdapat prosedur dan tips yang perlu diketahui dahulu. Perkara ini juga memerlukan perancangan yang rapi. Anda memerlukan sekurang-kurangnya tempoh 1 bulan sebelum berlepas untuk menguruskan dokumen dan hal-hal berkaitan untuk bawa kucing naik pesawat.

Baca selanjutnya artikel di bawah.

Bolehkah kucing naik pesawat?

Ya, sudah tentu boleh! Namun harus diingat, kucing melebihi 3 bulan sahaja yang dibenarkan naik pesawat. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk membawa kucing anda naik pesawat.

Syarat Dan Prosedur Membawa Kucing Naik Pesawat

Sebelum menguruskan hal-hal berkaitan untuk membawa kucing anda menaiki pesawat, anda harus yakin kucing anda tenang di dalam kenderaan. Ini kerana perjalanan menaiki pesawat lazimnya mengambil masa yang lama. 

Jika kucing anda tidak boleh tenang, anda boleh dapatkan nasihat veterinar untuk memberikannya preskripsi yang sesuai. Jika tidak, anda tiada pilihan selain terpaksa meninggalkannya di hotel kucing atau ia akan stress dan mengganggu kesihatannya.

Jika anda tiada masalah di atas, teruskan membaca.

Syarat Umum

Terdapat beberapa syarat umum yang harus anda ketahui. Pertama, pastikan anda menguruskan segala dokumen dan temu janji yang diperlukan beberapa minggu lebih awal, sekurang-kurangnya 4 minggu awal! 

Kenapa?

Hal ini kerana prosedur yang diperlukan mengambil masa untuk diproses. Ini tidak termasuk dokumen pengenalan dan temu janji-temu janji lain.

Elakkanlah berurusan di saat-saat akhir. Percayalah, permohonan anda mungkin tidak dilayan atau memerlukan kos yang lebih besar daripada yang sepatutnya.

Prosedur

1. Dapatkan suntikan vaksin lengkap dan mikrocip di klinik haiwan.

Vaksin penting supaya kucing anda tidak sakit semasa berada dalam pesawat. Selain itu, pihak lapangan terbang juga tidak akan membenarkan kucing anda menaiki pesawat jika ia didapati tidak sihat. 
2. Dapatkan permit eksport.

Sebelum anda berjaya mendapat permit eksport melalui laman sesawang Davetsa, pastikan anda tentukan tarikh untuk membawa si kucing berpindah. Anda perlu mendaftar dahulu, kemudian isilah info yang diperlukan melalui laman sesawang tersebut. 

Selepas permohonan untuk mendapat permit eksport diluluskan, anda perlu membawanya ke klinik untuk disahkan sihat. 

3. Tempah tiket kapal terbang

Setelah anda menetapkan tarikh yang sesuai, hubungi pihak MAS kerana setakat ini, hanya MAS yang menyediakan perkhidmatan membawa kucing menaiki pesawat. 

Anda boleh menghubungi mereka dan berikan info-info yang diperlukan termasuklah nombor tempahan tiket kapal terbang, maklumat destinasi, bilangan, jenis, warna, dan berat kucing, dan berat sangkar.

4. Sediakan sangkar yang sesuai

Anda digalakkan menyediakan sangkar yang luas dan selesa untuk si kucing. Jika tidak, si kucing akan statik dan berasa bosan atau stress. Ini tidak akan memberikannya pengalaman yang baik.

5. Sediakan dokumen lengkap

Segala dokumen berkaitan si kucing haruslah dilengkapkan dan dibawa semasa hari berlepas. Dokumen-dokumen itu termasuklah kad vaksin, maklumat mikrocip, permit eksport, dan tiket kapal terbang.

6. Berlepaslah dengan selamat

Anda digalakkan membeli tiket asing untuk si kucing agar dapat duduk bersama anda. Harga tiket tertakluk kepada kos semasa. Namun, kucing masih perlu ditimbang di kaunter ‘check-in’ sebelum berlepas. 

Kemudahan Lain

Untuk pengetahuan anda, jika anda dari Sarawak dan ingin membawa kucing ke Semenanjung, anda perlu mendapatkan suntikan rabies sebelum berlepas. Kucing juga perlu dikuarantin selama 2 minggu.

Kos Membawa Kucing Naik Pesawat

Antara kos yang terlibat untuk membawa kucing naik pesawat ialah seperti di bawah:

  1. Kos vaksin: RM50-RM60
  2. Kos mikrocip: RM100
  3. Permit eksport: RM5
  4. Tiket kapal terbang: (tertakluk kepada harga semasa)
  5. ‘Check-in’ kucing ikut berat: (tertakluk kepada berat si kucing)
  6. Bayaran sokongan import kucing: RM25

Walau bagaimanapun, mungkin akan terdapat caj-caj servis tambahan, oleh itu, anda digalakkan bersedia dengan wang tambahan.

Tips Membawa Kucing Naik Pesawat

Terdapat banyak tips yang boleh anda gunakan sebelum membawa kucing naik pesawat dengan selamat.

Sebelum berlepas

Cari info daripada syarikat perkapalan/pesawat

Pastikan anda maklum syarikat penerbangan mana yang menyediakan khidmat membawa kucing naik pesawat. Setakat ini di Malaysia, hanya MAS yang menyediakan perkhidmatan ini. Tetapi, jika anda memerlukan perkhidmatan ‘boarding’, and bolehlah berhubung dengan lapangan terbang tertentu untuk membuat tempahan dan kepastian.

Gunakan sangkar yang sesuai

Pastikan anda menggunakan sangkar yang tidak terlalu kecil, selesa, dan luas untuk si kucing. Hal ini membantu untuk menenangkannya dan mengelakkan si kucing stress. Hal ini juga dapat mengelakkan kucing menghidu najisnya sendiri dengan lama jika ia terbuang air.

Lawati doktor haiwan

Pastikan anda merujuk doktor haiwan sama ada si kucing cukup sihat untuk menaiki pesawat. Dapatkan juga suntikan vaksin dan mikrocip untuk memudahkan proses. Jika anda memerlukan ubat penenang, dapatkan juga nasihat pakar untuk mendapatkan preskripsi yang sesuai.

Jangan beri makan

Elak beri makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas. Hal ini untuk mengelakkan si kucing membuang air besar dalam sangkar. Ini akan menimbulkan perasaan tidak senang kepada orang lain dan kita sendiri. Kucing juga akan berasa tidak selesa dan stress. 

Semasa dalam pesawat

Jangan buatkan kucing stress

Jika anda ingin kucing tidak stress, pastikan anda meletakkan permainan atau item yang disukainya bersama dalam sangkar. Anda juga boleh memainkan muzik instrumental.

Sediakan air dan makanan sedikit

Anda boleh memberikan si kucing minum dan makan sedikit semasa dalam pesawat, jika perlu. Ini hanya untuk mengisi perut.

Selepas tiba

Berikan makanan secukupnya

Setibanya di lapangan terbang, pastikan anda memberinya makan secukupnya. Anda juga boleh memberikannya ‘treat’ untuk memujinya.

Membawa Haiwan Peliharaan Lain Naik Pesawat

Prosedur dan tips di atas sama juga jika anda ingin membawa haiwan peliharaan lain seperti hamster, kura-kura, dan anjing naik pesawat. Walau bagaimanapun, dapatkan kepastian terlebih dahulu daripada syarikat perkapalan. 

Hal ini kerana di Malaysia, tidak banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Oleh itu, variasi jenis haiwan yang boleh menaiki kapal mungkin berbeza.

Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa segala prosedur untuk membawa kucing naik pesawat mudah dan boleh dilakukan. Tetapi, ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mengambil masa untuk diuruskan. 

Dapat juga ditekankan sekali lagi di sini bahawa anda hanya boleh membawa kucing melebihi usia 3 bulan untuk menaiki pesawat. Anak kucing tidak digalakkan kerana mungkin boleh menyebabkan stress yang melampau.

Akhir kata, rancanglah perjalanan anda dengan rapi agar semuanya berjalan lancar dan perkara ini tidak mengganggu perancangan percutian anda. Selamat berseronok!