Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Sangkar Kucing: Keperluan, Saiz, Cara Buat Sendiri, dan Tips Pembersihan

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Sebagai pemilik kucing, ada masanya kita memerlukan sangkar kucing. Walaupun kucing anda terpelihara dan bersih di dalam rumah, ada beberapa keadaan yang memerlukan adanya sangkar kucing di rumah.

Adanya sangkar kucing tidak bermakna anda harus terus mengurung kucing dan tiada waktu untuknya bebas. Artikel ini akan menerangkan keadaan-keadaan di mana kita sebagai pemilik perlu mengurungnya.

Anda boleh membeli atau menggunakan sangkar kucing buatan sendiri. Jika anda ingin membuat sendiri sangkar kucing, ikuti pengalaman pemilik yang membuatnya sendiri dengan mudah. Jika anda ingin menempah, kami juga ada maklumat untuk anda ikuti.

Keadaan-keadaan yang memerlukan penggunaan sangkar kucing

Berikut merupakan keadaan-keadaan yang memerlukan adanya sangkar kucing di rumah:

1. Semasa kehadiran tetamu

Ada tetamu yang alergik atau takut kucing pada kucing. Oleh itu, adalah wajar anda mengurung kucing dalam sangkar sebentar.

2. Semasa sedang membersihkan rumah

Anda tidak mahu kucing mengganggu proses pembersihan rumah. Jika tidak, rugi sahajalah rumah dibersihkan, kan?

3. Kehadiran kucing baharu

Hal ini penting kerana jika anda ada membawa kucing baharu, anda tidak boleh terus menggaulnya dengan kucing sedia ada. Hal ini boleh menyebabkan stres kepada kedua-dua pihak dan mereka mungkin tidak akan 'masuk' jika tidak dipisahkan dahulu.

Ciri-ciri sangkar kucing yang baik

Untuk mendapatkan sangkar yang sesuai dengan persekitaran dan kucing anda, fikirkan ciri-ciri di bawah:

1. Kucing tidak stress

Untuk memastikan kucing tidak stress, pastikan saiz sangkar tidak terlalu kecil. Elakkan mengurung kucing anda dalam ruangan yang terbatas terlalu lama. Bulunya boleh gugur akibat stress dan ia mungkin akan menjadi gelisah.

2. Kucing sihat

Pastikan kucing anda sihat setiap masa sebelum memasukkannya ke dalam sangkar. Jika ia tidak sihat, asingkan daripada kucing lain (jika ada) dan letak di bilik isolasi sehingga sihat.

3. Pergerakan kucing tidak terbatas

Jangan mengurung kucing anda dalam ruangan yang terbatas dan sempit. Ini akan membuatkan kucing bernafas laju kerana berasa tidak selesa dan selamat.

4. Kucing boleh tidur nyenyak

Jika kucing anda boleh tidur lena dalam sangkar yang anda sediakan, ini bererti ia selesa. Jangan ubah apa-apa kerana sebarang perubahan yang tidak selesa akan menjadika kucing stress.

5. Mudah dibersihkan

Untuk kemudahan anda, pastikan sangkar yang anda sediakan mudah dibersihkan. Jadikan rutin untuk membersihkan sangkar sekurang-kurangnya dua hari sekali.

6. Ukuran yang sesuai dengan saiz dan jumlah kucing

Pilih atau bina sangkar kucing yang sesuai dengan saiz dan bilangan kucing anda. Jika anda mempunyai banyak kucing, sediakan sangkar yang luas dan selesa untuknya.

Cara buat sangkar kucing

Berikut dinyatakan cara-cara membuat sangkar kucing diy di rumah sahaja. Cara-cara di bawah sesuai untuk anda yang ingin menjimatkan kos selain menyediakan sangkar kucing khusus berdasarkan keperluan rumah dan kucing anda.

Paip PVC merupakan bahan yang terkenal untuk membuat sangkar kucing kerana tahan lasak dan tidak karat. Namun, anda juga boleh menggunakan kayu dan besi sebagai bahan membuat rangka, bergantung kepada bajet dan kepakaran anda. 

Bahan-bahan yang disenaraikan di bawah boleh didapati di Mr DIY sahaja. Bahan dan harga yang tertera sesuai untuk membuat sangkar kucing 2 atau 3 tingkat. Mudah bukan?

Bahan-bahan:

  • Paip pvc dan penyambung (RM40)
  • Jaring plastik berwarna hitam atau hijau (RM70)
  • Cable tie (RM10)

Cara-cara:

1. Bina rangka yang anda inginkan. Boleh rujuk contoh sangkar yang ada di pasaran. Potong paip pvc dengan berhati-hati menggunakan pemotong. Berikut ialah contoh rangka oleh Badrulbacter.

2. Sambungkan paip pvc menggunakan penyambung.

3. Ukur jaring dan potong mengikut kesesuaian.

4. Pasangkan jaring menggunakan cable tie.

5. Pastikan tidak ada ruang yang boleh dibolosi kucing. Anda boleh menggunakan papan sebagai lantai.

Jenis sangkar kucing

Jika anda menghadapi masalah membuat keputusan untuk membina sangkar kucing, anda juga boleh merujuk senarai di bawah.

1. Setingkat 1.5 kaki

Sangkar kucing saiz ini sesuai untuk seekor kucing dewasa bersaiz biasa atau untuk 3-4 anak kucing.

2. 2 tingkat

Sangkar 2 tingkat sesuai untuk 1-2 kucing dewasa atau 5-6 anak kucing.

3. 3 tingkat

Sangkar 3 tingkat sesuai untuk 1-2 kucing dewasa bersaiz besar, 3-4 kucing dewasa bersaiz biasa, atau ibu kucing bersama 4-5 anak kucing.

4. Pagar grid

Sangkar jenis ini paling mudah kerana anda boleh membeli grid dan membina sangkar mengikut kehendak anda dan keperluan kucing. Anda boleh dapatkan inspirasi pagar grid di sini dan boleh beli di sini.

5. Mudah alih

Sangkar mudah alih sesuai untuk 1-2 kucing dewasa kerana ia biasanya sempit dan sesuai untuk perjalanan jauh.

6. Grid plastik lutsinar

Sangkar kucing grid plastik lutsinar sesuai untuk anak kucing kerana ia tidak tahan lama jika digunakan untuk kucing dewasa. Grid plastik lutsinar lazimnya berfungsi sebagai dinding pemisah antara kucing berlainan kelompok sebelum berkenalan dan bergaul.

7. 3 kaki platform dan tangga

Sangkar jenis ini boleh memuatkan 3 ekor kucing dewasa kerana ia ialah sangkar biasa yang digabungkan menjadi 3 tingkat. Sangkar 3 kaki platform lazimnya digunakan di hotel kucing.

8. Premium 2 tingkat

Sangkar jenis ini lebih tinggi dan diperbuat daripada besi berkualiti yang tahan lama. Anda boleh menempah sangkar jenis ini di sini.

9. Beg kapsul mudah alih

Jika anda sering membawa kucing anda bersama ke mana-mana sahaja, anda bolehlah mendapatkan beg kapsul mudah alih. Sangkar jenis ini hanya boleh memuatkan seekor sahaja kucing pada satu-satu masa untuk menjamin keselesaannya.

Senarai sangkar kucing terbaik di Malaysia

Jika anda ingin mendapatkan sangkar kucing terbaik di Malaysia tanpa perlu membinanya sendiri, anda boleh merujuk senarai kedai di bawah. Anda boleh menempah mengikut rekaan sedia ada yang anda gemari.

1. Sangkar kucing 1 tingkat

  • Ukuran: 60cm (P) x 40cm (L) x 50cm (T)
  • 1 pintu depan
  • 1 tangga lebar
  • 1 dulang lebar
  • 1 platform lebar
  • Muat seekor kucing dewasa

2. Sangkar kucing 3 kaki

  • Ukuran: 92cm (P) × 59cm (L) × 69cm (T)
  • 2 pintu: 1 pintu di bawah, 1 pintu di atas
  • Tiada tangga
  • 1 dulang lebar
  • 1 platform lebar
  • Beroda
  • Muat 2 kucing dewasa 

3. Sangkar kucing 2 tingkat

  • Ukuran: 62cm (P) x 43cm (L) x 99cm (T)
  • 2 pintu: 1 pintu di bawah, 1 pintu di atas
  • 3 tangga
  • 1 dulang lebar
  • 2 platform 
  • Beroda
  • Muat 1-3 kucing dewasa 

4. Sangkar kucing 2 tingkat Dr Cage

  • Ukuran: 555mm (P) × 160mm (L) × 790mm (T) 
  • 2 pintu: 1 pintu di bawah, 1 pintu di atas
  • 3 tangga
  • 1 dulang lebar
  • 2 platform 
  • Beroda
  • Muat 3 kucing dewasa

5. Sangkar kucing 3 tingkat

  • Ukuran: 90cm (P) x 59cm (L) x 134cm (T) 
  • 3 pintu
  • Tiada tangga
  • 1 dulang lebar
  • 3 platform 
  • Beroda
  • Muat 3-5 kucing dewasa

6. Sangkar kucing 4 tingkat

  • Ukuran: 91.4cm (P) x 58.5cm (L) x 137cm (T) 
  • 3 pintu
  • 4 tangga
  • 1 dulang lebar
  • 4 platform 
  • Beroda
  • Muat 5-6 kucing dewasa

7. Sangkar kucing 5 tingkat

  • Ukuran: 75cm (P) x 51cm (L) x 170cm (T) 
  • 3 pintu: 2 pintu depan 1 pintu tepi
  • 4 tangga
  • 1 dulang lebar
  • 5 platform: 3 saiz normal 2 saiz biasa
  • Beroda
  • Muat 8 kucing dewasa

Penutup

Kesimpulannya, anda digalakkan mempunyai sangkar kucing jika anda ingin mengurung kucing anda pada waktu-waktu dan situasi-situasi tertentu. Terdapat pelbagai jenis sangkar kucing yang ada di pasaran untuk memudahkan anda. Jika anda ingin lebih jimat, anda boleh buat sangkar kucing anda sendiri. 

Namun, jika anda mahukan perlindungan lebih untuk kucing anda selain sangkar kucing yang sesuai, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini