Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Baju raya kucing 2023: Pilihan baju raya untuk si comel anda!

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Dalam sibuk untuk membuat persiapan membeli baju raya baru buat sekeluarga, jangan lupa baju raya buat kucing kesayangan anda. Mereka juga boleh bergaya dan sedondon dengan anda di hari raya nanti. Eee mesti comel! Dalam artikel kali ini, Oyen akan kongsikan pilihan baju raya untuk si kucing kesayangan  yang boleh anda cuba.

Tips membeli baju untuk kucing

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai pilihan baju raya bagi si comel, Oyen ingin kongsikan beberapa tips membeli baju untuk kucing.

1. Rekaan baju yang selamat untuk kucing

Sewaktu memilih rekaan, pastikan rekaan itu selamat daripada perkara yang boleh mencederakan kucing anda. Contohnya, plastik atau hiasan manik yang boleh digigit perlu dielakkan.

2. Pastikan anda memilih saiz yang betul

Seterusnya, memilih saiz yang betul sangat penting bagi memastikan kucing anda berada dalam keadaan selesa. Bagi memastikan anda memilih yang sesuai, ikuti panduan yang disediakan oleh peniaga yang menjual.

Biasanya, mereka telah meletakkan panduan bahagian yang perlu diukur serta saiz yang sesuai untuk digunakan.

ukuran baju kucing

Contoh panduan cara mengukur yang telah disediakan. Sumber rujukan Meowku Trading

Apa yang menarik, kebanyakan peniaga ini juga menawarkan khidmat custom made di mana anda boleh menggunakan ukuran kucing anda yang benar-benar tepat. Sungguh menarik!

3. Pilih material yang sesuai

Akhir sekali, jangan lupa untuk pastikan material yang dipilih sesuai untuk dipakai oleh kucing. Pastikan material ini tidak mudah berbulu, dan juga lembut serta selesa untuk dipakai oleh kucing sepanjang hari raya nanti.

1. Baju Raya Melayu Kucing

Baju Raya Melayu Kucing

Sumber rujukan: Gun Pet Outlet

Tak lengkap rasanya, kalau hari raya tak ada baju melayu. Bagi kucing jantan, apa kata anda cuba rekaan baju Melayu yang ringkas ini. Lengkap dengan butang, baju Melayu ini mempunyai 4 pilihan warna yang menarik.

Harga: RM 25.90

Pilihan saiz: S, M, L

Beli di sini: Shopee

2. Baju Kurung Raya Kucing

Si kucing jantan sudah segak bergaya dengan baju melayu, bagaimana pula pilihan untuk si  kucing betina? Jika anda inginkan gaya klasik dan sopan, apa kata cuba pilihan baju kurung untuk si comel anda.

Dengan pilihan pelbagai warna untuk baju kurung raya kucing, pastinya anda akan rambang mata memilih.

Baju Kurung Raya Kucing

Sumber rujukan: Meowku

Harga: RM 48

Pilihan saiz: S, M, L, XL

Beli di sini: Shopee

3. Baju Melayu Kucing Teluk Belanga Songket Emas

Baju Melayu Kucing Teluk Belanga

Sumber rujukan: Meowku

Selain itu, bagi pilihan sentuhan gaya klasik seterusnya ialah Baju Melayu Teluk Belanga dengan Songket Emas. Dengan gabungan songket emas, baju melayu ini nampak lebih premium tetapi masih mengekalkan gaya klasik yang cukup indah.

Harga: RM 55

Pilihan saiz: S, M, L, XL

Beli di sini: Shopee

4. Baju Raya Kebaya Batik Kucing

Baju Raya Kebaya Batik Kucing

Sumber rujukan: Meowku

Jika si gadis cantik berpakaian kebaya di hari raya lebaran ini, tidak ketinggalan juga si comel anda! Bagi pemilik yang inginkan gaya klasik tetapi nampak unik, apa kata cuba kebaya untuk kucing ini?

Dengan kebaya klasik diperbuat daripada kain yang premium serta digandingkan bersama kain batik, pastinya si comel ini menjadi tumpuan di hari raya nanti!

Harga: RM 65

Pilihan saiz: S, M, L, XL

Beli di sini: Shopee

5. Batek Edition - Baju Kebaya Saloma

Baju kebaya kucing

Sumber rujukan: Paola & Peeps

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih rekaan Baju Kebaya Saloma bagi kucing anda. Rekaan daripada Paola & Peeps ini menjanjikan  rekaan baju yang unik dan juga praktikal.

Ia bukan sahaja akan memberikan gaya yang menarik kepada kucing, tetapi lebih keselesaan terutamanya jika si comel ini ingin berjalan sambil mengenakan busana raya mereka ini.

Harga: RM 59

Pilihan saiz: S, M, L, XL, XXL

Beli di sini: Shopee

6. Baju Raya Kucing Peplum Lite

Baju Raya Kucing Peplum

Sumber rujukan: Meowku

Seterusnya, bagi pemilik kucing yang inginkan gaya yang moden, Baju Raya Kucing Peplum Lite merupakan salah satu pilihan yang menarik. Peplum merupakan sejenis gaya pakaian yang memiliki bentuk kembang di bawah.

Jika anda memilih busana ini, ia akan digayakan bersama kain peplum yang kembang. Jangan bimbang, kucing anda masih akan berada dalam keadaan selesa dengan fabrik premium yang digunakan.

Harga: RM 42

Pilihan saiz: S, M, L, XL

Beli di sini: Shopee

7. Eid Apparel Juli Edition

baju raya kucing

Sumber rujukan: Paola & Peeps

Kalau rasa teringin nak pakaikan kucing dengan skirt yang kembang-kembang, ini merupakan salah satu pilihan yang bukan sahaja unik, tetapi selesa.

Rekaan Eid Apparel Juli Edition daripada Paola & Peeps, ini cukup cantik untuk digayakan di hari lebaran nanti!

Harga: RM 55

Pilihan saiz: S, M, L, XL, XXL

Beli di sini: Shopee

8. Baju Batik Kucing

Baju Batik Kucing

Sumber rujukan: Meowku

Bagi anda yang inginkan gaya kasual dan moden bagi si kucing jantan, anda boleh memilih Baju Batik Kucing  ini.

Dengan gaya kain batik yang premium, si comel pastinya akan nampak eksklusif tetapi masih bergaya di hari lebaran ini!

Harga: RM 52

Pilihan saiz: S, M, L, XL

Beli di sini: Shopee

9. Aksesori raya kucing Meowku

Tak lengkap rasanya pakaian raya tanpa aksesori raya kan! Jadi, kami akan kongsikan senarai aksesori raya yang menarik daripada Meowku. Jangan lupa untuk pilih mana satu yang berkenan di hati.

Songkok Baldu Meow

songkok kucing

Sumber rujukan: Meowku

Kalau dah segak berbaju melayu, lagi kacak jika digandingkan dengan Songkok Baldu Meow ni. Ringan dan mudah dipakai tau! 

Apa yang menarik, anda boleh pakaikan songkok ini mengikut keselesaan kucing dengan adjustable slider yang disediakan.

Harga: RM 26 ( Songkok Baldu Meow+ Cat Nip Ketupat Raya)

Beli di sini: Shopee

Ketupat Catnip

aksesori hari raya kucing

Sumber rujukan: Meowku

Nak bagi  kucing anda sesuatu yang boleh mereka bermain di hari raya nanti? Apa kata hadiahkan mereka Ketupat Catnip, mainan kucing dengan loceng.

Mainan kucing ini juga dilengkapi dengan catnip bagi menggalakkan kucing untuk bermain, dan ia juga selamat untuk digigit atau dicakar oleh kucing anda.

Harga:  RM 12

Beli di sini: Shopee

Riben dan Bunga Headwear

riben baju raya kucing

Sumber rujukan: Meowku

Bagi kucing betina, jangan lupa untuk letakkan hiasan kepala reben dan bunga ini. Pastinya bertambah kecomelan di hari raya nanti!

Harga:  RM 6

Beli di sini: Shopee

Cara pakaikan baju kucing

1. Wujudkan persekitaran yang selesa dan senyap

Kucing merupakan haiwan yang sangat sensitif dengan bunyi, jika ini kali pertama memakaikan baju kepada kucing, ini pastinya sesuatu yang asing bagi mereka. Bagi membantu proses memakaikan baju ini lebih mudah, asingkan mereka dahulu di persekitaran yang selesa dan tidak bising. Ia akan membantu mengurangkan rasa ketakutan dan mereka juga akan lebih relaks.

2. Buka bahagian kepala dan leher pakaian seluas mungkin

Bagi memudahkan proses memakaikan baju ini, pastikan anda membuka bahagian kepala dan leher ini seluas mungkin sebelum memasukkan kepala kucing. Ia akan memudahkan baju masuk dengan mudah dan kucing anda juga tidak akan merasa seperti tersekat.

3.Masukkan tangan kucing ke dalam lengan baju

Akhir sekali, jika mereka nampak tenang dan relaks, masukkan tangan kucing ke dalam lengan baju secara perlahan-lahan. Sekiranya mereka meronta-ronta, jangan sesekali memaksa kucing anda dan biarkan mereka masa untuk bertenang.

Kesimpulan

Dalam kegembiraan kucing kita beraya sakan, jangan lupa untuk memberi perlindungan kesihatan kepada kucing anda.

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000. 

Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.