Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Panduan Kucing Sphynx: Segalanya yang anda perlu tahu

Expert for this article

✈️ Are you travelling soon?

Your phone number
Get a special pet boarding discount from us! 🤩

Nickname
Email
Where are you going?
When are you travelling?
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.
Table of content

Dari mana kucing sphynx berasal dan kenapa mereka tidak berbulu?

Tahukah anda, walaupun nama kucing ini dinamakan sempena kucing legenda Sphynx Mesir, kucing Sphynx sebenarnya berasal dari Ontario, Kanada.

Pada tahun 1966, seekor kucing daripada baka shorthair domestic di Ontario melahirkan beberapa ekor anak kucing dan salah seekor daripada mereka bermutasi secara genetik, dan tidak mempunyai bulu.

Sebenarnya, mutasi genetik berlaku kepada banyak haiwan seperti anjing, tikus dan tikus belanda.Tidak dinafikan, salah satu daya tarikan kucing Sphynx disebabkan ciri unik mereka yang tidak berbulu. Malah, keunikan kucing Sphynx ini membuatkan mereka dibiakkan disebabkan mendapat permintaan ramai.

Fakta menarik: Tahukah kebanyakan kucing moden Sphynx pada hari ini adalah keturunan daripada 2 ekor anak kucing di Minnesota pada tahun 1975 dan 3ekor  kucing di Toronto pada tahun 1978? 

Sikap dan personaliti

Bagi kucing Sphynx, mereka dikategorikan sebagai kucing yang ekstrovert disebabkan mereka gemarkan perhatian. Mereka merupakan kucing penuh dengan tenaga, mesra dan juga sedikit menunjuk-nunjuk. :)

Ya, betul! Mereka suka menunjuk-nunjuk untuk mencuri perhatian anda! Disebabkan kebolehan semulajadi mereka seperti menyeimbangkan badan, memanjat rak buku atau duduk di atas bahu anda seperti burung, kucing baka ini merupakan penghibur semulajadi.

Dengan sikap mereka yang penuh dengan tenaga dan rasa ingin tahu, perangai si kucing yang comel ini juga perlu diberikan perhatian. Mereka mungkin akan terlibat dengan situasi berbahaya dan menjadi salah satu sebab mereka hanya sesuai sebagai kucing yang tinggal di dalam rumah.

Adakah kucing Sphynx sesuai dibela bersama kanak-kanak atau kucing yang lain?

Ya, kucing Sphynx yang gemarkan perhatian pastinya menjadi peneman yang menghiburkan bagi si kecil. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu:

  • Disebabkan keadaan kucing Sphynx tanpa bulu, ajar anak kecil anda cara bermain dengan kucing Sphynx yang mempunyai kulit yang lebih lembut dan sensitif
  • Pastikan ada orang dewasa yang sentiasa memerhatikan waktu bermain kanak-kanak bersama kucing ini terutamanya kanak-kanak masih kecil
  • Anda boleh mewujudkan waktu bermain yang seronok bersama anak kecil dan kucing dengan menggunakan cat toy
  • Kucing Sphynx sangat gemar bersosial dengan kucing lain. Seperti mana-mana baka lain, pastikan anda memperkenalkan kucing ini secara berperingkat. Tak tahu macam mana? Jangan bimbang, anda boleh gunakan tips bawa balik kucing baru ke rumah ini!

Adakah kucing Sphynx hypoallergenic?

Bagi mereka yang ingin memiliki kucing namun mempunyai alergik, pastinya anda mencari-cari kucing hypoallergenic.

Walaupun secara luarannya, kucing ini seperti  kucing tanpa bulu, namun kucing Sphynx bukan sepenuhnya hypoallergenic. Malah, tidak ada kucing yang sepenuhnya hypoallergenic. 

Disebabkan kurang bulu, kucing Sphynx menghasilkan lebih banyak minyak pada kulit berbanding dengan baka lain. Oleh itu, mereka perlu kerap dimandikan untuk mengelakkan permukaan kulit berminyak. Sekiranya anda mempunyai alahan kepada kulit kucing yang berminyak, pastinya ia menjadi satu masalah pula untuk menjaga mereka.

Walaupun nampak tidak berbulu, kucing baka ini sebenarnya mempunyai bulu yang halus. Kulit mereka juga akan menghasilkan kesan alergi yang normal seperti kucing lain kepada manusia.

Disebabkan setiap individu mempunyai kesan alahan yang berbeza kepada penyebab alergi yang berbeza, anda disyorkan untuk menyiasat apakah penyebab alergi anda sebelum mendapatkan kucing Sphynx. Penyebab alergi ini boleh disebabkan air liur kucing, bulu kucing, minyak pada kulit kucing dan lain-lain. 

Adakah kucing Sphynx mempunyai bulu gugur?

Sebenarnya, kucing Sphynx mempunyai bulu yang sangat halus dan susah untuk dikesan oleh mata kasar. Oleh itu, sekiranya ada bulu halus ini gugur, ia tidak akan jelas kelihatan. 

Walaupun begitu, mereka masih memerlukan penjagaan kebersihan terutamanya bagi kulit mereka yang berminyak.

Bagaimana menjaga Kucing Sphynx?

Diet dan pemakanan kucing Sphynx

Kucing Sphynx suka untuk makan dan buktinya perut si comel ini yang bulat! Walaupun mereka mempunyai sistem penghadaman sensitif dan  kadar metabolisma yang tinggi, ia akan makan apa sahaja yang diberikan. 

Namun, ini bukan bermaksud anda perlu mengabaikan berat dan nutrisi yang diperlukan. Kucing yang mengalami obesiti mempunyai jangka hayat hidup yang pendek dan berisiko mempunyai komplikasi lain seperti arthritis dan diabetes.

Berikan makanan dalam kuantiti kecil dengan kekerapa yang sama setiap hari merupakan cara paling sesuai untuk kucing Sphynx. Anda boleh memberikan pelbagai jenis makanan seperti makanan kering, wet food atau gabungan kedua-duanya sekali. 

Tidak kira apa jenis makanan yang diberikan, kandungan makanan tersebut perlu tinggi dengan protein, serta sederhana dengan kandungan lemak serta karbohidrat. 

Persekitaran yang selesa bagi kucing Sphynx untuk tinggal

Bagi memastikan kucing Sphynx selesa tinggal bersama anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan iatu:

  1. Suhu yang tidak terlalu sejuk. Disebabkan kucing Sphynx tidak mempunyai bulu, mereka sangat sensitif kepada sebarang perubahan susu. Oleh itu, pastikan suhu di dalam rumah anda tidak menjadi terlalu sejuk
  1. Pendedahan kepada cahaya matahari. Kucing Sphynx gemar berjemur di bawah sinaran matahari untuk memastikan mereka kekal panas. Berikan kepada mereka kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari atau belikan sahaja katik kucing yang dilengkapi dengan fungsi haba.

Memandikan kucing Sphynx

Ramai yang menyangkakan disebabkan kucing Sphynx tidak mempunyai bulu, mereka tidak perlu dimandikan dan diberikan perhatian. Sebenarnya itu semuanya salah! 

Sebenarnya, mereka perlu dimandikan lebih kerap berbanding daripada baka lain. Disebabkan kekurangan bulu, kulit mereka menghasilkan lebih banyak minyak. Ini bermakna, anda perlu mempunyai rutin mandian yang tetap seperti setiap minggu dan atau dua minggu sekali untuk mengekalkan kesihatan kulit dan juga kebersihan perabot anda (ya, mereka boleh meninggalkan kesan tompokan minyak pada perabot). 

Satu lagi fakta menarik! Tahukah anda, disebabkan mereka tidak mempunyai bulu, kucing Sphynx cat lebih mudah bertoleransi dengan air berbanding dengan kucing lain? Comel kan!

Selain itu, perhatikan juga pengumpulan tahi telinga kucing. Walaupun tidak berbulu, kucing baka ini masih boleh mengumpul habuk dan tahi telinga di dalam telinga mereka. Oleh itu, kucing ini masih memerlukan pembersihan telinga secara rutin. 

Dengan keadaan tanpa bulu, biasanya mereka akan berjemur di bawah matahari bagi mendapatkan haba, namun jangan lupa untuk memerhatikan mereka. Ini kerana, terlalu berjemur di bawah matahari boleh menyebabkan kulit mereka terbakar dan pastinya menyakitkan! Cara mudah, belikan sahaja kucing Sphynx sebuah katil kucing yang selesa dan juga yang dilengkapi dengan fungsi haba!

Kesihatan kucing Sphynx

Kucing Sphynx merupakan baka yang kuat dengan beberapa isu kesihatan. Terdapat beberapa masalah kesihatan yang diketahui melibatkan kucing Sphynx iaitu  hypertrophic cardiomyopathy (HCM), urticaria pigmentosa dan penyakit periodontal.

Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM)

Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM) merupakan sejenis penyakit yang menebalkan otot jantung dan menyebabkan kesukaran mengepam darah serta berlakunya pembentukan darah beku. Antara simptom yang boleh diperhatikan ialah keletihan, kurang selera makan dan pernafasan laju. 

Urticaria Pigmentosa

Penyakit ini merupakan sejenis keadaan kulit yang menyebabkan ruam gatal pada badan kucing. Punca sebenar bagi penyakit ini masih belum boleh disahkan namun kemungkinan besar ia diwarisi secara genetik. 

Oleh itu, jangan lupa untuk membawa anda ke veterinar bagi mendapatkan ujian diagnostik. Dengan ujian yang dilakukan, anda akan mempunyai pilihan rawatan yang sesuai dilakukan serta boleh melegakan simptom kucing anda secepat mungkin.

Malah, anda juga boleh melakukan ujian DNA kepada kucing  Sphynx untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan genetik kucing anda, alergi dan sebarang risiko penyakit lain. Maklumat  yang diperolehi boleh membantu anda melakukan sebarang langkah pencegahan berkaitan dengan penyakit yang disebabkan oleh genetik. 

Penyakit Periodontal 

Penyakit Periodontal merupakan penyakit gigi yang bermula dengan sisa makanan yang mengeras dan melekat di bahagian gigi kucing. Ini akan menyebabkan berlakunya jangkitan pada gusi dan juga akar gigi. Oleh itu, sebagai pemilik kucing pastikan anda memberus gigi mereka secara kerap disebabkan rawatan  penyakit ini sangat stres kepada kucing malah kosnya jugai lebih mahal.

Di mana saya boleh membela atau membeli kucing Sphynx di Malaysia?

Malangnya, kucing Sphynx breed bukanlah antara baka pilihan yang popular breed di Malaysia. Pilihan untuk mengambil kucing angkat atau dijual di Malaysia sangat terhad dan hampir tiada. Namun, sekiranya anda  berminat mendapatkan Sphynx, cuba layari laman  web Mother of Sphynxes di Thailand untuk menguruskan proses import kucing Sphynx ini. 

PENAFIAN: Maklumat yang dikongsikan ini adalah benar sewaktu artikel ini ditulis, dan walaupun kami mencadangkan platform ini bagi membantu proses membeli atau mengambil kucing angkat, kami mencadangkan anda berhati-hati sewaktu berurusan dengan penjual online bagi mengelakkan anda ditipu. Oyen tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan bisnes yang disebutkan dan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian dan masalah yang terjadi sewaktu berurusan dengan mereka.

Penutup

Kucing boleh menjadi peneman hidup, sumber kegembiraan dan juga kebahagian. Namun, setiap kali rawatan ke pihak veterinar bagi memberikan mereka kesihatan yang terbaik, juga memakan kos yang mahal. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kos veterinar mungkin boleh menjejaskan kewangan anda.

Apa kata anda dapatkan insurans/ takaful Oyen bagi kucing anda dan nikmati perlindungan kos perubatan RM8,000 setiap tahun? Jom WhatsApp kami sekarang!