Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

11 Makanan Basah Kucing Terbaik Di Malaysia (Jenis, Jenama, & Kuantiti)

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Makanan kucing sangat penting untuk memastikan tumbesaran dan kesihatan kucing anda. Namun, selain kibbles, makanan basah kucing (wet food) juga perlu untuk kepelbagaian tekstur makanan. 

Nutrisi dalam wet food mungkin sedikit berbeza sedikit berbanding kibbles biasa. Bagaimana mencari wet food premium terbaik untuk kucing anda? Jangan risau, baca selanjutnya untuk lebih maklumat!

Apakah makanan basah kucing

Makanan basah atau wet food merupakan makanan kucing yang disediakan dalam bentuk jeli, bersup, atau berkuah dan biasanya bertekstur lembut dan kenyal.

Ia juga diperbuat daripada daging ikan, ayam, daging, tuna, salmon, atau isi dalaman. Berbanding kibbles, wet food biasanya lebih mahal kerana cara penyediaannya dan ia tidak tahan lama. 

Satu hidangan selalunya perlu terus dihabiskan dan tidak boleh disimpan lagi kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bakteria membiak.

Bilakah makanan basah boleh diperkenalkan

Wet food boleh diperkenalkan kepada kucing seawal usia 4-5 minggu. Hal ini kerana anak kucing pada usia tersebut sudah mempunyai gigi kanin dan molar yang diperlukan untuk menggigit dan mengoyakkan daging.

Jenis-jenis makanan basah kucing

  • Wet food lengkap (complete)

Wet food lengkap merupakan makanan utama yang penting untuk tumbesaran. Wet food ini mempunyai protein tinggi, terdiri daripada organ dalaman, dan diperkaya dengan taurin. Jika kucing anda gemar wet food berbanding kibbles, anda boleh memilih wet food lengkap untuk memberinya makan setiap hari.

  • Wet food pelengkap (complementary)

Jika makanan utama kucing anda adalah kibbles, wet food pelengkap pula sesuai sebagai snek. Ia boleh dicampur dengan makanan lain sebagai makanan tambahan. Antara contoh snek ialah treat yang terdapat dalam paket-paket kecil. 

Ciri-ciri makanan basah kucing terbaik

Terdapat pelbagai jenis wet food yang dijual di pasaran. Adalah penting untuk anda ketahui perbezaan yang ada. Hal ini kerana kucing yang berbeza mempunyai citarasa berbeza. Oleh itu, antara ciri-ciri makanan basah kucing iialah:

  • Wet Food Berkeping (Flaked)
  • Wet Food Berketul (Chunky)
  • Berkuah (Gravy)
  • Cincang (Minced)
  • Wet Food Pate (Teksture halus dan lembut)
  • Bersup (Broth)
  • Jeli (Jelly)

11 Makanan basah kucing terbaik di Malaysia

1. Monge

Monge Grill Chunkies in Jelly merupakan sejenis wet food yang berketul. Ia mempunyai tekstur yang tebal dan beraroma daging yang baru dimasak.

Bahan-bahan: Daging kambing New Zealand, minyak ikan salmon

Maklumat Pemakanan: Omega 3, taurin, bijirin, mineral, vitamin D3, vitamin E, zat besi, iodin, 

Sesuai untuk: Kucing dewasa 

Dapatkan di: Lazada | Shopee

2. Snappy Tom

Snappy Tome Lites Ayam dan Salmon merupakan sejenis wet food yang disediakan dalam jeli. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi tanpa perasa tambahan.

Bahan-bahan: Ayam, salmon

Maklumat Pemakanan: Karbohidrat, protein, lemak, fiber, vitamin A, vitamin D, tiamin, niasin, kalsium, iodin 

Sesuai untuk: Kucing dewasa

Dapatkan di: Lazada | Shopee

3. Carnilove

Carnilove chicken and lamb.

Bahan-bahan: Isi dalaman ayam, kambing

Maklumat Pemakanan: Karbohidrat, protein, lemak, fiber, vitamin A, vitamin D, tiamin, niasin, kalsium, iodin 

Sesuai untuk: Kucing dewasa

Dapatkan di: Lazada | Shopee

4. AvoDerm

Pernah dengar wet food yang mempunyai avokado? Hanya keluaran Avoderm. Diperkaya dengan ayam dan itik, ia juga penuh khasiat sebagai wet food lengkap kucing anda.

Bahan-bahan: Ayam, itik, minyak avokado, minyak ikan salmon,

Maklumat Pemakanan: Vitamin A, D, E, dan K, tiamin, asid folik, mineral, kalsium

Sesuai untuk: Kucing dewasa, bulu lebat dan berkilat

Dapatkan di: Lazada | Shopee

5. Fussie Cat

Fussie Cat Tuna dan Ikan Kerisi boleh membantu mengekalkan penglihatan yang baik dan mengelakkan jangkitan pundi kencing pada kucing. Ia juga diperbuat di kilang yang dijamin bersih. 

Bahan-bahan: Tuna, ikan kerisi, minyak biji bunga matahari, 

Maklumat Pemakanan: Asid folik, taurin, tiamin, kalsium, vitamin B2, vitamin B12, mineral 

Sesuai untuk: Kucing dewasa
Dapatkan di: Lazada | Shopee

6. Aixia Kuro

Aixia Kuro Kin-can Dashi merupakan suatu produk berkuah yang mengandungi kelembapan optimum dalam makanan kucing. Ia mempunyai standard emas, iaitu berkualiti makanan manusia yang selamat.

Bahan-bahan: Tuna skipjack, dashi (kuah stail Jepun)

Maklumat Pemakanan: DHA, taurin, zat besi untuk mengurangkan anemia 

Sesuai untuk: Kucing dewasa

Dapatkan di: Lazada | Shopee

7. Fancy Feast

Fancy Feast Chicken Feast Classic Paté Senior sangat sesuai untuk kucing berusia 7 tahun ke atas. Tekstur wet food paté yang halus dan lembut sangat sesuai untuk kucing yang lebih tua

Bahan-bahan: Ayam

Maklumat Pemakanan: Taurin, vitamin E, protein 

Sesuai untuk: Kucing berusia 7 tahun ke atas

Dapatkan di: Purina

8. Cindy’s Recipe

Cindy’s Recipe Tuna White meat with Salmon merupakan resepi original indy’s recipe untuk kucing. 

Bahan-bahan: Ayam segar, tuna, ikan salmon, jeli, air

Maklumat Pemakanan: Protein, lemak, fiber, kelembapan, tenaga, taurin

Sesuai untuk: Kucing dewasa

Dapatkan di: Lazada | Shopee

9. Sheba

Jenama Sheba terkenal dengan kualiti premium. Diperkaya dengan protein tanpa lemak, Sheba ketulan ayam dan daging bakar berkuah sesuai untuk diet seimbang kucing anda. 

Bahan-bahan: Ayam bakar, daging, hati ayam, minyak ikan, perasa semula jadi

Maklumat Pemakanan:Protein, lemak, fiber, taurin 

Sesuai untuk: Anak kucing, kucing dewasa

Dapatkan di: Sheba

10. Royal Canin

Jenama Royal Canin memang tidak asing lagi dalam kalangan pencinta kucing. Ia merupakan makanan premium yang sangat bagus untuk kucing. Royal Canin Intense beauty Gravy sangat sesuai untuk anda yang mementingkan kesihatan bulu kucing, mengekalkan berat ideal, dan memastikan kesihatan pundi kencing. Dengan bahan-bahan terpilih dan nutrien lengkap, ia sesuai untuk kucing kesayangan anda.

Bahan-bahan: Daging, bijirin, ikan, minyak dan lemak, sayuran, gula

Maklumat Pemakanan: Omega 3 dan 6, vitamin D3, zat besi, protein

Sesuai untuk: Kucing dewasa

Dapatkan di: Shopee

11. Nature’s Brit Premium

Nature’s Brit Tuna Fillets for Kitten sangat sesuai untuk anak kucing kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran anak kucing. Ia juga diperkaya dengan formula hipoalergenik tanpa perasa tiruan, GMO, dan pewarna tambahan. 

Bahan-bahan: Tuna

Maklumat Pemakanan: Protein, lemak, fiber, lembapan, kalsium, fosforus

Sesuai untuk: Anak kucing
Dapatkan di: Lazada

Berapa kuantiti wet food sekali makan

Jika kucing anda mengambil wet food sebagai diet utama, maka ia boleh makan sekerap 2-4 kali sehari, iaitu pada waktu tengah hari dan makan malam. Kekerapan bergantung kepada usia dan keperluan hariannya.

Pastikan kucing menghabiskan setiap hidangan. Elakkan menghidang makanan yang sama pada waktu makan seterusnya. Ini bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Anda juga boleh merujuk jadual ini sebagai panduan memberikan wet food.

Kesimpulan

Kesimpulannya, memilih dan memperkenalkan wet food pada kucing adalah perlu jika ia mahukannya. 

Jika anda mahukan perlindungan lebih untuk kucing anda selain pemakanan seimbang, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Semak kelayakan di sini