Check out if your pet is eligible for insurance

It’s a fun quiz made just for pet parents like you!

Check Now
Join thousands of furparents who have done this quiz
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

5 Sebab Perlunya Insurans Haiwan Peliharaan (Yang Perlu Anda Tahu)

Table of Content

Pernahkah kucing anda sakit dan bil rawatan tinggi? Jika anda mempunyai insurans haiwan peliharaan, anda mungkin tidak perlu membayar semahal itu. 

Oleh itu, amat penting untuk anda mempunyai insurans haiwan peliharaan. Bayangkan jika haiwan kesayangan anda memerlukan surgeri atau rawatan perubatan yang mahal.

Ramai yang masih tidak cakna akan perlunya insurans haiwan peliharaan. Anda harus tahu, haiwan juga akan sakit dan mungkin memerlukan rawatan intensif untuk terus hidup. Oleh itu, terus membaca dan kenali sebab-sebab perlunya insurans haiwan peliharaan!

5 Sebab Perlunya Insurans Haiwan Peliharaan

1. Mengurangkan beban bil 

Ini merupakan sebab utama perlunya insurans haiwan peliharaan. Bil rawatan veterinar sememangnya tidak murah kerana tidak ramai orang sedar pentingnya rawatan untuk haiwan peliharaan. 

Walaupun insurans haiwan membayar hanya sebahagian besar bil rawatan. Itu sudah sangat memadai.

Ramai juga tahu kos pemeliharaan haiwan sangat tinggi. Dengan adanya insurans, ia dapat mengurangkan bebanan kewangan anda di samping membantu anda.

2. Pendaftaran mudah

Kedua-dua syarikat insurans yang kami senaraikan di bawah menyediakan pendaftaran mudah secara online sahaja. Anda hanya perlu klik pautan yang diberikan dan ikuti langkah-langkah mudah untuk mendaftar.

Jika anda mendaftar dengan Oyen, anda juga akan mendapat hadiah pengenalan istimewa tanda sebahagian keluarga kami! (hanya untuk bayaran secara tahunan)

3. Melindungi pihak ketiga yang terkesan

Ada masa, haiwan peliharaan kita akan menyebabkan kecederaan atau keroskan kepada pihak ketiga. Jika anda mempunyai insurang haiwan peliharaan, anda tidak perlu runsing lagi. Hampir semuanya akan ditanggung untuk anda. 

Mudah bukan?

4. Bayaran bulanan murah

Seperti insurans lain, bayaran bulanan yang murah juga tidak akan membebankan anda. 

Dengan serendah RM32 sebulan di Oyen, anda mampu menikmati banyak faedah untuk haiwan kesayangan anda. Jika anda mampu, anda boleh memilih untuk membayar secara tahunan iaitu sebanyak RM299 setahun.  

5. Had perubatan yang tinggi

Dengan bayaran bulanan yang rendah, anda layak mendapat had perubatan yang tinggi daripada Oyen sebanyak RM8,000 (yang tertinggi di Malaysia setakat ini). 

Hal ini sangat menguntungkan anda dan haiwan kesayangan anda. Selain perubatan, Oyen juga menyediakan kos selamat tinggal untuk haiwan kesayang anda.

Kisah benar Annie dan Shih Tzu miliknya, Jazz

Jika anda masih ragu-ragu akan pentingnya memiliki insurans haiwan, ikuti kisah Annie dan Jazz.

Jazz berusia 6 tahun apabila ia didapati menghidap katarak bilateral, yang menyebabkan kehilangan deria penglihatan. Jazz memerlukan rawatan segera untuk memulihkan penglihatannya yang semakin merudum.

Jazz diberikan ubat mata lanosterol dan akan dijadualkan untuk menjalani pembedahan mata. Sebelum pembedahan dijalankan, Jazz didapati menghidap bronkitis dan isu gastrik pula. Keseluruhan rawatan dan ubat-ubatan Jazz melebihi RM4000

Oleh sebab Annie sudah mendapatkan insurans awal sebelum Jazz didapati menghidap keadaan-keadaan di atas, dia layak menuntut sehingga RM5000 dan jimat sehingga 90% keseluruhan bayaran rawatan dan ubat-ubatan!

Mungkin ramai pemilik tidak yakin perlunya insurans haiwan peliharaan, namun, jika anda di tempat Annie, anda pasti bersyukur. Berikut disenaraikan dua insurans haiwan terbaik di Malaysia.

2 Insurans haiwan terbaik di Malaysia

Dengan kepentingan insurans perubatan haiwan peliharaan di atas di Malaysia, hanya dua syarikat sahaja yang menyediakan insurans haiwan peliharaan. 

CG Cover tidak menyediakannya buat masa ini. Oleh itu, anda mempunyai dua pilihan sahaja, seperti di bawah:

1. Oyen Pet Insurance

Melalui Oyen Pet Insurance, anda boleh memilih pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Ada tiga jenis pelan yang berbeza untuk kucing dan anjing. Pelan-pelannya adalah seperti berikut:

Untuk Anjing:

  • Dog Basic (RM499/ tahun; RM51/bulan)
  • Dog Plus (RM649/ tahun; RM66/ bulan)
  • Dog CHampion (RM799/ tahun; RM80/ bulan)

Untuk Kucing

  • Cat Basic (RM299/ tahun; RM32/ bulan)
  • Cat Plus (RM399/ tahun; RM41/ bulan)
  • Cat Champion RM499/ tahun; RM51/bulan)
Maklumat lanjut untuk Insuran Oyen

2. MSIG Pet Insurance

MSIG Pet Insurance Malaysia juga menyediakan pakej yang menarik untuk anjing dan kucing kesayangan anda. Pakej-pakejnya adalah seperti berikut:

Untuk Anjing:

  • Plan 1 (RM500.52/ tahun)
  • Plan 2 (RM646/ tahun)
  • Plan 3 (RM750.94/ tahun)

Untuk Kucing: 

  • Plan 1 (RM358294.61/ tahun)
  • Plan 2 (RM375.70/ tahun)
  • Plan 3 RM437.71/ tahun)

Jenis-jenis Insurans Haiwan Peliharaan

Anda boleh meilih untuk mendapatkan insurans yang bagaimana untuk haiwan kesayangan anda. Anda boleh bayar bulan-bulan serendah RM32 untuk insurans perubatan atau bayaran sekali untuk perjalanan atau travel. Kedua-duanya berbeza dari segi kos dan syarat keperluan.

1. Medical

Anda perlu mendaftar dan membayar secara bulanan untuk menikmati segala kelebihan insurans perubatan. Insurans ini melindungi hampir keseluruhan kos perubatan yang diperlukan haiwan kesayangan anda.

2. Travel

Insurans perjalanan hanya melindungi haiwan dalam tempoh perjalanan tersebut sahaja. Jika anda merancang bercuti dengan haiwan kesayangan, anda digalakkan mendapatkan insurans ini untuk sebarang kejadian atau kecederaan semasa dalam tempoh bercuti dan perjalanan. 

Soalan Lazim

1. Mengapakah perlu mendapatkan insurans haiwan kesayangan sejak awal?

Anda sentiasa digalakkan untuk mengambil pelan insurans haiwan kesayangan sebaik sahaja si bulus kesayangan anda layak. 

Hal ini kerana terdapat tempoh menunggu selama 14 hari dan insurans haiwan peliharaan tidak akan melindungi apa-apa keadaan sebelum mendapatkan insurans (sama seperti insurans untuk manusia).

2. Apakah syarat kelayakan insurans haiwan?

Terdapat beberapa syarat kelayakn untuk mendapatkan insurans haiwan peliharaan, terutamanya di Oyen. Anda boleh rujuk senarai di bawah:

  • Umur haiwan: antara 12 minggu hingga 10 tahun
  • Keadaan kesihatan haiwan: Bebas dari sebarang kecederaan atau ketidak upayaan fizikal
  • Lokasi: Tinggal bersama anda dan sentiasa dalam jagaan anda
  • Kerja: Mesti bukan haiwan buruh (haiwan untuk melakukan tugas-tugas praktikal), haiwan peliharaan sahaja
  • Perlesenan: Berlesen sewajarnya oleh pihak berkuasa (tidak wajib disediakan)

3. Perlukah pemeriksaan kesihatan dijalankan sebelum memohon insurans haiwan peliharaan?

Jawapannya tidak wajib! Berdasarkan polisi, andahanya diminta untuk membuat pengesahan kesihatan haiwan kesayangan anda dahulu sebaik mungkin. 

Jika anda tidak memberikan sebarang info yang tepat, anda tidak akan didenda.

4. Berapa lamakah proses tuntutan?

Anda hendaklah menyerahkan sebarang notis tuntutan dalam tempoh 5-10 hari selepas haiwan anda mendapat rawatan.

Anda harus tahu bahawa sebarang tuntutan akan disemak berdasarkan kepada kes dan mungkin mengambila masa yang lebih lama untuk tuntutan yang lebih tinggi. 

5. Kenapa hanya kucing dan anjing yang mempunyai insurans?

Buat masa ini, hanya kucing dan anjing sahaja yang layak mendapat perlindungan insurans. Ini kerana kedua-dua spesies haiwan in merupakan haiwan peliharaan yang lazim ditemukan di Malaysia.

6. Bagaimana insurans haiwan peliharaan berfungsi?

Berikut adalah cara mudah untuk anda mendapatkan tuntutan dengan Oyen:.

Langkah 1: Jawab beberapa soalan asas tentang haiwan kesayangan anda di sini 

Langkah 2: Pilih pelan: Basic, Plus, atau Champion 

Langkah 3: Isikan maklumat pemilik seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, dan alamat

Langkah 4: Isi pengesahan kesihatan haiwan kesayangan anda dan jika anda ada lebih daripada satu haiwan kesayangan, klik “Add Pet” dan anda akan dapat terus menikmati diskaun 10% dengan pelan tahunan 

Langkah 5: Bayar menggunakan kad kredit atau perbankan atas talian FPX 

Langkah 6: Anad akan menerima sijil insurans haiwan peliharaan hampir serta-merta and muat naik sebarang dokumen yang diperlukan seperi kad vaksin (atau ID Mikrocip untuk anjing) 

7. Bagaimana membuat tuntutan insurans haiwan peliharaan?

Melalui Oyen, anda boleh membuat tuntutan dengan cara berikut:

  • Tetapkan janji temu
  • Dapatkan resit veterinari lengkap
  • Muat naik dan hantar
  • Tuntutan akan dikreditkan ke akaun selepas diluluskan

Melalui MSIG pula, anda boleh menuntut dengan cara berikut:

  • Simpan dan buat salinan sebarang bukti rawatan veterinar
  • Kunjungi atau hubungi agen MSIG Pet Insurance untuk membuat tuntutan

8. Apakah erti liabiliti pihak ketiga?

Secara mudahnya, .iabiliti pihak ketiga bererti segala jenis kerosakan atau kecederaan yang memberi kesan kepada pihak ketiga, iaitu bukan pemilik haiwan peliharaan tersebut. Jika haiwan kesayangan anda ada memberi kesan dan menepati syarat-syarat, maka anda layak membuat tuntutan untuk pihak ketiga.

9. Adakah berbaloi memiliki insurans haiwan peliharaan?

Semestinya ya! Dengan kos yang bukan murah dan berlakunya kecederaan atau kerosakan yang todak dijangka, adanya insurans haiwan peliharaan akan banyak membantu para pemilik. Oleh itu, dapatkanlah sekarang untuk kepentingan anda.