Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

8 Cara Hilangkan Kurap Kucing (Tips dan petua berguna)

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Sebagai pemilik kucing, anda tentu sentiasa menjaga kebersihan dan memantau kesihatan kucing anda. Namun. Anda juga perlu tahu cara menghilangkan kurap kucing jika kucing anda mengalaminya. Ini kerana kucing anda mungkin tidak akan lari daripada terkena penyakit ini.

Jadi, apa itu kurap kucing?

Tahukah anda kurap kucing yang sering menyerang kucing merupakan kudis buta atau scabies? Kurap ini berpunca daripada sejenis parasit iaitu Notoedres Cati yang ada di kulit kucing. Oleh itu, kurap kucing atau scabies bukanlah sejenis infeksi tetapi infestasi.

Parasit ini bertindak masuk ke bawah kulit kucing untuk bertelur dan makan. Kesannya, kucing akan berasa gatal. Sisanya akan menggerutu, keras berkerak, dan bertompok-tompok pada kulit. Bagi sesetengah orang, kurap kucing ini kotor dan jijik.

Kebiasaannya, scabies bermula di hujung-hujung telinga sehingga merebak ke muka, kelopak mata, leher, dan hidung. Jika terus dibiarkan, ia mampu merebak ke badan dan celah-celah jari kaki. 

Lama-kelamaan tempat jangkitan akan mengeras dan menyusahkan pergerakan kucing. Ia juga akan menyebabkan kegatalan. Kesannya, kucing kerap menggaru dan menggigit badannya. 

Selain itu, kulit kucing juga akan luka dan dijangkiti fungus dan bakteria. Baunya akan menjadi busuk, keguguran bulu, dan kurang berat badan. 

Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan kurap kucing secara berkesan? Jika anda mengikuti tips-tips yang diberikan, kucing anda tidak perlu menderita akan kurap kucing lagi.

Cara hilangkan kurap kucing

8 Tips dan Petua Berguna Untuk Hilangkan Kurap Kucing

Nah, baca dan jangan lupa praktikkan cara-cara hilangkan kurap kucing di bawah ya! 

Gunakan ubat kurap

Antara cara hilangkan kurap kucing dengan cepat ialah menggunakan ubat kurap, sama ada jenis krim atau semburan. 

Jika anda menggunakan krim kurap kucing, anda perlu memastikan tangan anda bersih atau menggunakan sarung tangan untuk lebih yakin semasa menyapunya pada kulit kucing. Jika tidak, anda boleh sahaja menggunakan cotton bud. Pastikan krim mengenai sepenuhnya bahagian kurap yang menginfestasi kulit kucing.

Cara paling mudah ialah menggunakan ubat jenis semburan. Pastikan juga setiap semburan meliputi keseluruhan kulit kucing. Jika kucing berasa tidak selesa, lakukannya sedikit demi sedikit. Dan perlahan-lahan.

Bawa jumpa veterinar

Cara paling mudah ialah dengan berjumpa veterinar. Veterinar akan membuat pemeriksaan penuh dan menyarankan rawatan terbaik untuk kucing anda.

Gunakan minyak ikan goreng

Jika anda tiada masa untuk ke veterinar, antara petua hilangkan kurap kucing yang boleh diamalkan dan berkesan ialah menggunakan minyak ikan goreng. 

Caranya, anda asingkan siap-siap minyak ikan goreng ke tepi. Sejukkan dahulu sebelum dilumur ke serata badan kucing yang dijangkiti kurap. Lakukan sebanyak 2-3 kali sehari sehingga kesan kurap hilang.

Gunakan air gamat

Air gamat juga boleh digunakan untuk merawat kurap kucing. Seperti minyak girengan ikan, air gamat juga perlu disapu pada kurap setiap hari sehingga kesan kurap hilang dan kulit kucing bersih.

Gunakan air garam kasar

Garam kasar ada di dapur? Larutkan dalam air dan gunakan atas kurap kucing. Anda boleh sahaja memasukkan air garam kasar ini ke dalam bekas semburan dan sembur sahaja pada bahagian kurap. Anda boleh menyembur setiap hari.

Anda juga boleh memandikan kucing menggunakan garam kasar sebagai salah satu cara buang kurap kucing. Namun, elak memandikan kucing setiap hari. Mungkin anda boleh mandikan sekali seminggu.

Kurap kucing- tips atasi

Gunakan cuka apple (apple cider)

Cuka epal mempunyai pelbagai khasiat untuk kucing. Antaranya merawat scabies. ANda boleh menggunakan sebagai semburan atau melumurkan badan kucing dengannya. Gunakan setiap hari.

Gunakan air laut

Seperti air garam, air laut merupakan air masin semula jadi. ANda boleh menggunakannya sebagai air mandian atau semburan mudah. Boleh disembur atau dilumur pada badan kucing setiap hari.

Gunakan air kelapa

Air kelapa merupakan petua berguna seterusnya. Caranya sama juga seperti di atas. Anda boleh semburkan atau lumurkannya pada badan kucing sehingga kurap hilang.

Bawang merah dan minyak kelapa dara

Bawang merah terkenal dengan fungsinya membunuh bakteria. Oleh itu. Anda boleh cuba menghirisnya sedikit dan campurkan dengan minyak kelapa dara. Lumurkan minyak ini ke serata badan kucing sehingga hilang kurap dan kulit kucing bersih.

Gunakan panadol

Tentu anda tidak tahu bahawa panadol boleh digunakan untuk menghilangkan kurap, bukan? Caranya, hancurkan dua biji panadol dan larutkan dalam air. Gunakan sebagai semburan harian atau sebagai air mandian.

Cara-cara merawat kurap kucing

Kurap kucing boleh terjadi berpunca daripada persekitaran yang kotor, terjangkit daripada kucing lain, makan makanan bergoreng, dan faktor cuaca. Kurap kucing pada manusia juga boleh berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati. Oleh itu, pastikan anda:

  • Menjaga kebersihan 

Pastikan anda menggunakan sarung tangan setiap kali mahu memegang dan merawat kucing anda. Selain itu, cuci tangan dengan betul dan bersih setiap kali selepas merawat. 

  • Gunakan cotton bud

Anda juga boleh menggunakan kapas atau cotton bud untuk memudahkan pengaplikasian rawatan ke atas kurap kucing.

Soalan Lazim

Jawapan tentang kurap kucing

Apakah cara hilangkan kurap kucing guna kunyit?

Selain petua-petua di atas, anda sebagai pemilik kucing boleh juga melumurkan kucing dengan kunyit. Caranya, tumbuk kunyit hidup dan lumurkan menggunakan sarung tangan ke seluruh badan kucing. Anda juga boleh melarutkan serbuk kunyit dan lumurkan ke seluruh badan kucing. Elakkan kucing menjilatnya, kemudian bilas bersih selepas anda yakin ia sudah meresap ke dalam kulitnya.

Apakah penyebab kurap kucing?

Terdapat pelbagai penyebab kurap kucing. Antaranya:

  • Persekitaran yang kotor dan berhabuk
  • Memberikan kucing makan makanan yang bergoreng seperti ikan atau ayam goreng
  • Terjangkit daripada kucing lain atau kucing luar
  • Faktor cuacsa yang panas dan lembab setiap hari
Penyebab kurap kucing

Apakah ubat kurap kucing paling berkesan di farmasi?

Jika anda ke farmasi, anda boleh cuba dapatkan kapsul minyak ikan (fish oil) yang kaya dengan omega 3 sebagai salah satu bahan untuk merawat kurap atau scabies. Caranya, campurkan minyak ikan dengan kunyit, kemudian sapukan pada badan kucing yang berkurap. 

Penutup

Ubat kurap kucing

Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun, pastikan anda merawat kurap kucing dengan cara yang anda rasa terbaik. Pastikan juga kucing tidak stress dengan memandikannya secara berkala, bukan hari-hari. Ia mungkin sedang menanggung sakit yang tidak kita rasai. 

Jika anda mahukan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini

Anda juga boleh mendaftar Oyen Pet Wellness untuk perlindungan lebih holistik termasuk pemeriksaan kesihatan dan ubat cacing!