Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

8 Jenama Makanan Kucing Untuk Gemuk

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi pemilik kucing, pastinya anda inginkan kucing kesayangan kelihatan sihat dan gebu? Namun, bagaimana pula sekiranya kucing yang dibela semakin kurus dari hari ke hari? Bimbangnya!

Salah satu cara untuk menambah berat badan kucing yang mengalami masalah kurang berat badan ini ialah memberikan makanan yang akan membantu menambah berat badan. Kali ini, Oyen akan kongsikan kepada anda senarai  8  jenama makanan kucing untuk gemuk. 

Sebelum itu, jom kita belajar beberapa fakta mengenai berat badan kucing yang anda perlu tahu.

Berapa berat badan normal kucing?

Secara umumnya, berat badan normal kucing biasanya dalam anggaran 4kg - 4.5 kg. Namun, ia juga bergantung kepada jenis baka kucing tersebut. Kucing dengan baka yang lebih besar akan mempunyai berat badan yang lebih berat.

Tanda kucing kurus dan tidak sihat

Sebagai panduan umum, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengesan dan menentukan adakah kucing anda sebenarnya berada dalam kategori kurus dan kurang berat badan.

Berikut merupakan empat bahagian badan yang boleh diperhatikan iaitu:

  1. Tulang rusuk

Bahagian tulang rusuk akan jelas kelihatan dan boleh dirasa dengan sentuhan tangan

  1. Tulang punggung

Bahagian tulang punggung  dan belakang badan akan nampak timbul dengan tanpa atau hanya sedikit lapisan lemak

  1. Perut

Perut dalam keadaan leper di belakang tulang rusuk. Sekiranya kucing anda berbadan kurus, tetapi mempunyai perut atau buncit, ia mungkin merupakan tanda-tanda awal penyakit kucing lain yang membawa maut.

  1. Tulang belakang

Bahagian tulang belakang jelas menampakkan tulang. Lapisan lemak hanya sedikit atau tiada langsung.

Anda boleh menjadikan gambar di bawah sebagai salah satu rujukan:

Mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan?

Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan? Apakah punca sebenar perkara ini boleh berlaku.

Bagi kucing, kehilangan berat badan boleh berlaku disebabkan faktor usia, namun ia juga boleh disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:

  • Kalori dan nutrisi harian yang tidak cukup
  • Stres atau kucing berada dalam keadaan murung (akan membuatkan mereka berhenti makan)
  • Diabetes kucing
  • Masalah penghadaman atau parasit pada usus
  • Hyperthyroidism
  • Virus seperti FIP, FeLV, dan FIV
  • Penyakit buah pinggang
  • Kanser
  • Masalah mulut dan gigi, jangkitan pada gusi atau mulut termasuklah gigi yang sudah reput

Disebabkan berat badan normal kucing hanya mencecah 4 kg hingga 4.5 kg, apabila kucing anda telah kehilangan berat badan walaupun serendah 1 kg, ia akan membawa perubahan besar kepada kucing.

Sekiranya kehilangan berat badan ini berterusan, ia boleh mengancam nyawa kucing. Segera berjumpa dengan veterinar sekiranya perkara ini masih berterusan.

Tips merawat kucing kurus kering

Salah satu cara merawat kucing yang kurus kering adalah mengesan sekiranya ada masalah lain seperti penyakit dan sebagainya. Sebagai pemilik kucing pula, salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah mengubah diet pemakanan atau gaya hidup mereka.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan sebagai salah satu cara membuat kucing gemuk dan bulu lebat:

  • Ubah tempat makan sekiranya suasana di sekitar terlampau kuat atau bising. Kucing anda mungkin tidak selesa dan membuatkannya hilang selera makan
  • Berikan kucing anda beberapa jenis atau jenama makanan kucing. Kucing anda mungkin berubah selera apabila mereka semakin berusia 
  • Beli makanan dengan nutrisi atau yang lebih baik bagi membantu proses penghadaman dan penyerapan nutrien
  • Sekiranya kucing anda mempunyai sistem penghadaman yang sensitif, pilih jenama makanan kucing yang khas untuk masalah penghadaman
  • Sebelum ini, sekiranya anda hanya memberikan makanan kering atau dry food, cuba bertukar ke makanan basah atau  wet food, untuk membangkitkan selera kucing anda kembali
  • Kucing sangat sensitif kepada bau, oleh itu sekiranya anda memberikan makanan kering atau dry food, pastikan ia baru dihidangkan. Makanan kering atau kibbles yang telah didedahkan pada waktu yang lama akan hilang bau dan sudah tidak menarik bagi si comel anda lagi
  • Sekiranya menghidangkan wet food, jangan hidangkan dalam kuantiti yang banyak, kerana kuantiti yang tidak habis akan sudah tidak segar dan hanya kering di bekas makanan. Oleh itu, berikan kuantiti makanan yang lebih sedkit, tetapi kerap
  • Berikan makanan kucing yang mengandungi minyak ikan atau fish oil. Ia akan meningkatkan kandungan kalori selain memberikan rasa yang lebih enak kepada makanan kucing. Selain itu, ia akan membantu bulu kucing menjadi lebih gebu dan sihat
  • Beri makan kepada kucing anda lebih kerap, dalam kuantiti yang lebih kecil
  • Jangan ubah makanan kucing anda secara tiba-tiba. Letakkan kuantiti makanan baru secara sedikit demi sedikit menggantikan yang lama untuk  kucing anda membiasakan diri

Jenama makanan kucing yang bagus untuk bulu dan gemuk

Bagi membantu kucing menambah berat badan, anda perlu memastikan makanan kucing yang diperbuat daripada bahan utama seperti daging, ayam atau ikan akan lebih menarik dan mudah dihadam.

Bagi makanan dry food, kucing yang kurus perlu mengambil makanan dengan kandungan  30% protein dan juga 20% lemak, manakala wet food  dengan kandungan  7% protein dan juga  5% lemak, atau lebih tinggi.

Jom kita lihat senarai jenama makanan kucing yang anda boleh cuba di pasaran:


1. Royal Canin Digestive Care (0.4kg) Adult Dry Cat Food Feline Care Nutrition

© royalcanin.os

Bagi pemilik kucing yang mencari makanan kucing royal canin untuk gemuk, ini merupakan salah satu pilihan yang boleh dicuba. Bukan itu sahaja, makanan kucing ini sesuai bagi si comel yang mengalami masalah penghadaman.

Sekiranya kucing anda kerap mengalami simptom seperti sembelit atau cirit-birit, sehingga menyebabkan kehilangan berat badan, jangan lupa untuk mencuba makanan ini.

Hanya dalam masa 10 hari, makanan kucing ini dikatakan mampu membantu  masalah penghadaman anda.

© royalcanin.os

Bukan itu sahaja, kandungan protein dalam makanan ini sebanyak 38% dan juga 15% lemak, boleh membantu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada kucing anda.

Beli di sini: Shopee | Lazada

Harga bermula: RM 19.90

2. Instinct Original Grain Free Recipe With Real Chicken Cat Food 5kg

Seterusnya, jika anda mencari kibbles dengan kandungan protein yang tinggi, cubalah Instinct Original Grain Free Recipe With Real Chicken Cat Food.

Apa yang menarik, makanan ini diperbuat daripada tanpa sebarang pengawet dan pewarna tambahan yang  boleh mengganggu sistem penghadaman mereka. Setiap butir kibbles ini akan disalut dengan protein daripada daging  ayam yang telah disejuk beku.

Tidak hairanlah sekiranya kandungan nutrisi makanan ini mencatat 41% protein dan juga 21% lemak yang cukup sesuai untuk menambah berat kucing anda.

Beli di sini: Shopee | Lazada

Harga: Bermula RM 152 bagi 2.2 Kg

3. IAMS Proactive Health Premium Cat Food–Cat Food Dry Food in Chicken & Salmon Meal Flavor, 8kg

©whiskaspedigree.os

Seterusnya, anda juga boleh mencuba makanan daripada jenama IAMS ini yang juga mengandungi kandungan protein yang tinggi daripada salmon dan juga ayam.

Selain itu, dengan kandungan minyak ikan, dan juga ubi beet ia akan membantu 

sistem penghadaman, sistem pertahanan badan dan juga menjadikan kulit dan bulu kucing lebih sihat. 

Beli di: Shopee | Lazada

Harga bermula: RM 152.60 bagi 8 KG 

4. Hills Prescription Diet Restorative/Urgent Care

©chibicosplayshop

Selain itu, anda juga boleh mencuba memberikan wet food ini kepada kucing. Makanan wet food ini, bukan sahaja tinggi kalori tetapi kaya dengan nutrien.

Walaupun ia dikhaskan bagi kucing yang sedang dalam proses penyembuhan daripada kemalangan atau pembedahan, namun kandungan nutrien yang tinggi dalam makanan  ini juga sesuai bagi membantu kucing kurus dan salah satu cara bagi kucing gemuk kembali.

Dengan tekstur yang lembut, ia sangat sesuai bagi anak kucing atau kucing anda yang mengalami masalah mulut. Sekiranya perlu, ia juga mudah untuk diberikan melalui syringe atau picagari.

Kandungan nutrisi makanan ini juga tinggi dengan protein dan lemak serta  potassium dan Omega-3.

Beli di sini: Shopee

5. Royal Canin Mother & Babycat

©tailscorner

Tahukah anda, makanan anak kucing juga kaya dengan tenaga dan juga nutrien bagi membantu si kecil ini untuk  membesar dengan sihat dan kuat. Oleh itu, makanan anak kucing juga sesuai digunakan sebagai salah satu diet makanan bagi mana-mana peringkat kucing bagi membantu menambah berat badan dan meningkatkan imuniti.

©royalcanin.os

Sebenarnya, kandungan makanan ini direka bagi anak kucing dalam usia beberapa bulan atau ibu kucing yang mengandung atau menyusu. Disebabkan itu, kandungan makanan ini juga penuh dengan antioksidan untuk menguatkan imuniti badan.

Dalam tekstur wet food, ia akan lebih mudah dihadam serta lebih mudah untuk dimakan kucing yang mengalami masalah mulut.

Selain itu, ia juga didatangkan dalam bentuk dry food atau kibbles dengan kandungan nutrisi yang sama yang juga dapat membantu bagi kucing yang kurus dan mengalami masalah kurang berat badan.

©royalcanin.os

Beli di sini:  Wet food: Shopee  Dry food: Shopee

Harga: Bermula RM 11

6. PURINA ONE® Healthy Adult with Salmon & Tuna

purinamalaysia

Sekiranya anda mencari makanan kucing untuk gemuk, tetapi dengan manfaat imuniti tambahan, jangan lupa untuk mencuba pilihan ini.

Makanan ini mengandungi 3 bahan utama bagi membantu memberi imuniti tambahan iaitu:

  • Vitamin E dan C yang mengelakkan kerosakan sel
  • Omega 3 dan 6 asid lemak bagi kulit yang sihat
  • Beta glukan bagi membantu memberi sokongan imuniti
purinamalaysia

Dengan protein daripada salmon dan tuna, ia mampu membangkitkan selera si comel dan pada masa yang sama memberikan nutrisi yang secukupnya.

©purinamalaysia

Beli di sini: Shopee

7. PRO PLAN® Adult Fussy Beauty with Salmon in Gravy

©purinamalaysia

Bagi anda yang mencari makanan kucing untuk bulu gugur, dan pada masa yang sama mempunyai nutrien yang secukupnya, apa kata cuba PRO PLAN® Adult Fussy Beauty with Salmon in Gravy.

Dengan kandungan inulin membantu penyerapan nutrien serta Zinc dan methionine untuk mengurangkan masalah bulu gugur. Bukan itu sahaja, kandungan Omega 3 juga akan membantu kucing mempunyai kulit dan bulu yang lebih sihat dan gebu.

©purinamalaysia

Anda boleh memberikan makanan wet food ini sebagai diet makanan seharian, atau sebagai tambahan dalam diet pemakanan kucing anda.

Beli di sini:  Shopee

Harga: Bermula RM 3.67 bagi satu paket (85 g)

8. PRO PLAN® Adult Sensitive with Chicken in Gravy

©purinamalaysia

Bagaimana cara membuat kucing menjadi gemuk sekiranya kucing anda mengalami masalah penghadaman yang sensitif?

Apa kata anda cuba PRO PLAN® Adult Sensitive with Chicken in Gravy yang mempunyai probiotik yang membantu sistem penghadaman kucing anda. Selain itu, makanan kucing ini juga diperbuat daripada kandungan bahan yang mudah dihadam.

©purinamalaysia

Hasilnya, penyerapan nutrien akan menjadi lebih baik, kucing anda akan lebih sihat serta bertenaga!

Beli di sini: Shopee 

Harga: Bermula RM 3.67 bagi satu paket (85 g)

Penafian: Oyen tidak menyokong sebarang tabiat pemakanan yang tidak sihat. Artikel yang dikongsikan ini sebagai panduan dan perkongsian maklumat untuk membantu masalah kucing yang kurang nutrisi dan berat badan sahaja.

Sekiranya berlaku sebarang masalah atau sebarang simptom pada kucing anda, sila rujuk kepada veterinar bagi mendapat nasihat dan tindakan profesional.

Penutup

Tidak kira masalah kucing kurus atau kucing gemuk, pastinya sebagai seorang pemilik kucing, kita inginkan yang terbaik untuk si comel ini. Sekiranya anda sudah memberikan penjagaan makanan yang terbaik untuk kucing kesayangan, apa kata kali ini berikan perlindungan kesihatan yang terbaik pula?

Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.

Semak kelayakan di sini.