Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

8 Jenama Makanan Kucing Untuk Gemuk

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Penafian: Artikel ini menyediakan panduan umum mengenai kesihatan haiwan peliharaan di Malaysia. Kos rawatan berbeza mengikut klinik, lokasi, dan tahap keterukan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor veterinar berlesen untuk nasihat perubatan khusus bagi haiwan peliharaan anda.

Bagi pemilik kucing, pastinya anda inginkan kucing kesayangan kelihatan sihat dan gebu? Namun, bagaimana pula sekiranya kucing yang dibela semakin kurus dari hari ke hari? Bimbangnya!

Salah satu cara untuk menambah berat badan kucing yang mengalami masalah kurang berat badan ini ialah memberikan makanan yang akan membantu menambah berat badan. Kali ini, Oyen akan kongsikan kepada anda senarai  8  jenama makanan kucing untuk gemuk. 

Sebelum itu, jom kita belajar beberapa fakta mengenai berat badan kucing yang anda perlu tahu.

Berapa berat badan normal kucing?

Secara umumnya, berat badan normal kucing biasanya dalam anggaran 4kg - 4.5 kg. Namun, ia juga bergantung kepada jenis baka kucing tersebut. Kucing dengan baka yang lebih besar akan mempunyai berat badan yang lebih berat.

Tanda kucing kurus dan tidak sihat

Sebagai panduan umum, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengesan dan menentukan adakah kucing anda sebenarnya berada dalam kategori kurus dan kurang berat badan.

Berikut merupakan empat bahagian badan yang boleh diperhatikan iaitu:

  1. Tulang rusuk

Bahagian tulang rusuk akan jelas kelihatan dan boleh dirasa dengan sentuhan tangan

  1. Tulang punggung

Bahagian tulang punggung  dan belakang badan akan nampak timbul dengan tanpa atau hanya sedikit lapisan lemak

  1. Perut

Perut dalam keadaan leper di belakang tulang rusuk. Sekiranya kucing anda berbadan kurus, tetapi mempunyai perut atau buncit, ia mungkin merupakan tanda-tanda awal penyakit kucing lain yang membawa maut.

  1. Tulang belakang

Bahagian tulang belakang jelas menampakkan tulang. Lapisan lemak hanya sedikit atau tiada langsung.

Anda boleh menjadikan gambar di bawah sebagai salah satu rujukan:

Mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan?

Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa kucing boleh kurus atau hilang berat badan? Apakah punca sebenar perkara ini boleh berlaku.

Bagi kucing, kehilangan berat badan boleh berlaku disebabkan faktor usia, namun ia juga boleh disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:

  • Kalori dan nutrisi harian yang tidak cukup
  • Stres atau kucing berada dalam keadaan murung (akan membuatkan mereka berhenti makan)
  • Diabetes kucing
  • Masalah penghadaman atau parasit pada usus
  • Hyperthyroidism
  • Virus seperti FIP, FeLV, dan FIV
  • Penyakit buah pinggang
  • Kanser
  • Masalah mulut dan gigi, jangkitan pada gusi atau mulut termasuklah gigi yang sudah reput

Disebabkan berat badan normal kucing hanya mencecah 4 kg hingga 4.5 kg, apabila kucing anda telah kehilangan berat badan walaupun serendah 1 kg, ia akan membawa perubahan besar kepada kucing.

Sekiranya kehilangan berat badan ini berterusan, ia boleh mengancam nyawa kucing. Segera berjumpa dengan veterinar sekiranya perkara ini masih berterusan.

Tips merawat kucing kurus kering

Salah satu cara merawat kucing yang kurus kering adalah mengesan sekiranya ada masalah lain seperti penyakit dan sebagainya. Sebagai pemilik kucing pula, salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah mengubah diet pemakanan atau gaya hidup mereka.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan sebagai salah satu cara membuat kucing gemuk dan bulu lebat:

  • Ubah tempat makan sekiranya suasana di sekitar terlampau kuat atau bising. Kucing anda mungkin tidak selesa dan membuatkannya hilang selera makan
  • Berikan kucing anda beberapa jenis atau jenama makanan kucing. Kucing anda mungkin berubah selera apabila mereka semakin berusia 
  • Beli makanan dengan nutrisi atau yang lebih baik bagi membantu proses penghadaman dan penyerapan nutrien
  • Sekiranya kucing anda mempunyai sistem penghadaman yang sensitif, pilih jenama makanan kucing yang khas untuk masalah penghadaman
  • Sebelum ini, sekiranya anda hanya memberikan makanan kering atau dry food, cuba bertukar ke makanan basah atau  wet food, untuk membangkitkan selera kucing anda kembali
  • Kucing sangat sensitif kepada bau, oleh itu sekiranya anda memberikan makanan kering atau dry food, pastikan ia baru dihidangkan. Makanan kering atau kibbles yang telah didedahkan pada waktu yang lama akan hilang bau dan sudah tidak menarik bagi si comel anda lagi
  • Sekiranya menghidangkan wet food, jangan hidangkan dalam kuantiti yang banyak, kerana kuantiti yang tidak habis akan sudah tidak segar dan hanya kering di bekas makanan. Oleh itu, berikan kuantiti makanan yang lebih sedkit, tetapi kerap
  • Berikan makanan kucing yang mengandungi minyak ikan atau fish oil. Ia akan meningkatkan kandungan kalori selain memberikan rasa yang lebih enak kepada makanan kucing. Selain itu, ia akan membantu bulu kucing menjadi lebih gebu dan sihat
  • Beri makan kepada kucing anda lebih kerap, dalam kuantiti yang lebih kecil
  • Jangan ubah makanan kucing anda secara tiba-tiba. Letakkan kuantiti makanan baru secara sedikit demi sedikit menggantikan yang lama untuk  kucing anda membiasakan diri

Jenama makanan kucing yang bagus untuk bulu dan gemuk

Bagi membantu kucing menambah berat badan, anda perlu memastikan makanan kucing yang diperbuat daripada bahan utama seperti daging, ayam atau ikan akan lebih menarik dan mudah dihadam.

Bagi makanan dry food, kucing yang kurus perlu mengambil makanan dengan kandungan  30% protein dan juga 20% lemak, manakala wet food  dengan kandungan  7% protein dan juga  5% lemak, atau lebih tinggi.

Jom kita lihat senarai jenama makanan kucing yang anda boleh cuba di pasaran:

1. Hill's Science Diet Adult Perfect Weight

Hill's® Science Diet® Adult Perfect Weight Cat Food 1.36kg | Shopee Malaysia

Hill’s Science Diet Adult Perfect Weight diformulasikan untuk membantu kucing mencapai berat badan ideal dengan menambah otot tanpa meningkatkan lemak berlebihan. Mengandungi protein berkualiti tinggi dan serat yang seimbang, makanan ini menyokong sistem penghadaman yang sihat. Ia juga kaya dengan antioksidan untuk memperkuatkan sistem imun serta menjaga kesihatan kulit dan bulu kucing.

  • Kelebihan: Mengandungi serat tinggi yang membantu mengawal berat badan sambil membina otot. Sesuai untuk kucing dewasa yang gemuk atau berlebihan berat badan.
  • Rating Pengguna: 4.5/5 berdasarkan lebih 1,200 ulasan
  • Harga: RM 32.90 bagi 1.5kg
  • Beli di sini: Shopee | Lazada

2. LeaH Premium Cat Food

LeaH 34 Hair and Skin Gemuk 1.1kg Grain Free Premium Dry Cat Food Picky Cats  High Protein Makanan Kucing 无谷猫粮 Repack (1100g) | PGMall

Leah Premium Cat Food merupakan pilihan yang sangat baik untuk kucing yang memerlukan diet seimbang dan penuh nutrisi. Mengandungi campuran protein berkualiti dan bahan semula jadi yang memberikan tenaga dan meningkatkan kesihatan bulu serta kulit dengan tambahan rumpai laut.

  • Kelebihan: Mengandungi serat tinggi yang membantu mengawal berat badan sambil membina otot. Sesuai untuk kucing dewasa yang gemuk atau berlebihan berat badan.
  • Rating Pengguna: 4.6/5 berdasarkan lebih 500 ulasan
  • Harga: RM 25.57 untuk 1.1 kg
  • Beli di sini: Shopee

3. Royal Canin Recovery RS Wet Food

ROYAL CANIN VETERINARY DIET Recovery Ultra Soft Mousse in Sauce Wet Dog & Cat  Food, 5.1-oz, case of 24 - Chewy.com

Royal Canin Recovery RS Wet Food sesuai untuk kucing yang sedang dalam pemulihan selepas pembedahan atau penyakit. Makanan ini kaya dengan kalori dan nutrien yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan dengan cepat.

  • Kelebihan: Memudahkan proses pemulihan selepas pembedahan dan disarankan oleh veterinar untuk kucing yang perlu menambah berat badan.
  • Rating Pengguna: 4.8/5 berdasarkan lebih 500 ulasan
  • Harga: RM 16.00 bagi 195g
  • Beli di sini: Shopee

4. Tiki Cat After Dark Chick Recipe

Tiki Cat After Dark Chicken Recipe Canned Cat Food – Petland Canada

Tiki Cat After Dark mengandungi protein tinggi dari ayam dan kambingyang mudah dicerna, meningkatkan berat badan dengan sihat. Bebas karbohidrat dan tanpa pemekat tambahan, menjadikannya pilihan terbaik untuk kucing yang sensitif terhadap bahan tambahan.

  • Kelebihan: Tanpa karbohidrat dan bahan tambahan buatan, sesuai untuk kucing yang cerewet atau sensitif terhadap bahan kimia.
  • Rating Pengguna: 4.6/5 berdasarkan lebih 1,000 ulasan
  • Harga: RM 14.90 bagi 80g
  • Beli di sini: Shopee | Lazada

5. IAMS Proactive Health Premium Cat Food

Cat Food For Weight Control 7 Hairball Care - IAMS Malaysia

IAMS Proactive Health mengandungi protein tinggi daripada ayam dan salmon, memberikan kucing tenaga yang diperlukan untuk membina otot dan meningkatkan berat badan. Makanan ini juga menyokong kesihatan sistem penghadaman dan jantung kucing.

  • Kelebihan: Menyokong sistem pencernaan yang sihat dan membantu kucing menambah berat badan secara semula jadi.
  • Rating Pengguna: 4.4/5 berdasarkan lebih 700 ulasan
  • Harga: RM 36.10 bagi 1kg
  • Beli di sini: Shopee | Lazada

6. Pro Plan® Adult Sensitive with Chicken in Gravy

PRO PLAN® Adult Sensitive Skin with Chicken Wet Cat Food

Pro Plan® Adult Sensitive dengan ayam dalam kuah ini sesuai untuk kucing yang mempunyai masalah penghadaman. Mengandungi probiotik yang membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik, dan memberikan kalori tinggi untuk kucing yang memerlukan penambahan berat badan.

  • Kelebihan: Sesuai untuk kucing dengan penghadaman sensitif dan membantu memperbaiki kesihatan usus serta meningkatkan berat badan.
  • Rating Pengguna: 4.5/5 berdasarkan lebih 900 ulasan
  • Harga: RM 4.80 bagi 85g
  • Beli di sini: Shopee

7. Royal Canin Mother & Babycat

Royal Canin Mother & Babycat 4kg Dry Cat Food - Online Pet Shop | Malaysia  Online Pet Store | Petico.my

Royal Canin Mother & Babycat menyediakan nutrisi yang sangat baik untuk anak kucing serta ibu yang mengandung atau menyusu. Makanan ini mengandungi antioksidan yang kuat dan nutrisi mudah dihadam untuk membantu perkembangan optimal anak kucing dan ibu mereka.

  • Kelebihan: Sesuai untuk ibu mengandung dan anak kucing, membantu perkembangan yang sihat dan meningkatkan berat badan.
  • Rating Pengguna: 4.7/5 berdasarkan lebih 800 ulasan
  • Harga: RM 74.70 bagi 2 kg
  • Beli di sini: Shopee | Lazada

8. Instinct Original Grain-Free Recipe with Real Chicken

Instinct Cat Original 2.2kg Grain Free Recipe With Real Chicken Dry Cat Food  - Online Pet Shop | Malaysia Online Pet Store | Petico.my

Instinct menawarkan protein beku semula jadi dari ayam yang membantu menambah berat badan dan meningkatkan tenaga kucing. Makanan ini bebas bijirin dan kaya dengan lemak yang diperlukan untuk pemulihan badan dan penghasilan tenaga yang berterusan.

  • Kelebihan: Kaya dengan protein dan bebas bijirin, memberikan tenaga yang diperlukan untuk perkembangan sihat.
  • Rating Pengguna: 4.6/5 berdasarkan lebih 800 ulasan
  • Harga: RM 169 bagi 2kg
  • Beli di sini: Shopee | Lazada
__wf_reserved_inherit
Jadual Perbandingan 8 Jenama Kucing

Penutup

Tidak kira masalah kucing kurus atau kucing gemuk, pastinya sebagai seorang pemilik kucing, kita inginkan yang terbaik untuk si comel ini. Sekiranya anda sudah memberikan penjagaan makanan yang terbaik untuk kucing kesayangan, apa kata kali ini berikan perlindungan kesihatan yang terbaik pula?

Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.

Semak kelayakan di sini.

Lindungi Kucing Anda Bermula Dari Sini

Kos rawatan vet boleh mencecah ribuan ringgit tanpa diduga. Dengan insurans haiwan peliharaan Oyen, anda boleh mendapat perlindungan sehingga RM10,000 setahun di mana-mana klinik vet berlesen di Malaysia.

Semak kelayakan haiwan peliharaan anda sekarang - hanya mengambil masa kurang dari 2 minit.